43~ Gerai pisang goreng

72 9 0
                                    

Pisang emas dan tanduk dilonggok dengan cermat sebelum dia duduk mengupas kulit pisang satu-satu.

Isi pisang dicampakkan ke dalam besen sederhana besar. Sesekali lelaki itu menyeka peluh yang menitik. Bajunya basah akibat cuaca yang agak panas hari ini. Wajahnya agak masam jika dibanding dengan dua lagi lelaki yang lincah bekerja itu.

"Laris meniaga ya tuan hamba? Boleh beli motorkar sudah ini..hehe."

Susuk itu dijeling sekilas sebelum kembali mengukir senyum bertukar bungkusan pisang goreng dengan seorang anak kecil.

"Baik tuan hamba diam sebelum hamba sumbat pisang setandan ke dalam mulut tuan hamba!"

Tangan Darma ligat menggaul isi pisang dengan tepung dengan cekap.

Teja hanya menghambur ketawa. Dia yang sedang berdiri di hadapan kuali besar terhibur dengan ulah dua sahabat itu.

Arjuna mencebik. Kulit pisang dibaling ke arah Darma yang sedang tekun menggaul tepung itu.

"Oi!" Lelaki bertubuh sasa itu menjeling dan menjengil matanya.

"Masalahnya kini, mengapa pula aku turut serta di sini? Terlibat dalam idea gila kau, Darma? Huh!"

"Lah, bukankah kawan yang baik ada di saat susah atau senang?" Lelaki itu menayang gigi. Dia mencapai timba dan membasuh tangannya yang dilumuri tepung tadi.

Besen berisi pisang bersalut tepung dihulur ke arah Teja yang sedang meletakkan pisang panas ke dalam raga disediakan.

"Cubalah jadi seperti Teja ini. Ikhlas dan rela hati membantu aku berniaga."

Anak muda berambut ikal itu hanya tersengih sambil mengacau pisang dalam kuali panas.

"Eh tak apa. Kamu berdua sudah sukarela bantu kami, apa salahnya aku balas serba sedikit. Lagipula dapat makan pisang goreng dan cucur pisang percuma bukan?"

Mereka bertiga menghamburkan tawa serentak. Geli hati dengan ulah pemuda itu barangkali.

"Oh, jadi kamu bantu si Darma ini kerana ingin pisang goreng percuma sahaja ya?"

"Hehe tidak salah bukan?" Dia menayang giginya yang putih itu.

"Hei! Kamu bertiga!"

Serentak dengan itu mereka bertiga menoleh. Siapa pula lelaki berotot besar ini?

"Ada gelanggang tinjukah di sekitar sini? Seram aku melihat ototnya itu!" Arjuna berbisik pada Teja.

Teja hanya menggeleng.

"Sekitar sini memang tiada. Jika ada pun, di pekan sana."

"Ya bang? Ada pisang goreng, cucur pisang dan kerepek pisang." Darma melayan lelaki itu dengan ramah meski dia nampak seperti samseng sahaja.

"Aku datang ini bukan mahu beli pisang kau! Berikan aku 30 ringgit sekarang atau aku hancurkan gerai kamu ini!" Ugut lelaki berotot itu dengan kasar.

"Mengapa ya saya perlu beri duit pada abang? Untung saya bukan seberapa. 5 keping pisang baru dapat 5 sen. Banyak abang minta itu!"

BAMM!

Meja tempat letak pisang dan tepung terbalik ke tanah.

Darma mengepal penumbuknya apabila melihat tingkah lelaki samseng itu. Ini sudah melampau!

"Aku mahu duit! Beri atau aku belasah kamu bertiga!?!"

Darma tersenyum sinis. Lengan bajunya disinsing hingga ke siku. Mahu tunjuk samseng? Dia tidak kenal lagi dengan Darma keturunan pahlawan agung agaknya?

"Datang kacau perniagaan orang. Lepas itu mahu belasah orang? Banyak cantik muka kau, gemuk! Sudahlah badan berketul seperti tauhu goreng!"

Teja terkejut dengan spontan menoleh ke arah Arjuna. Eh, tadi bukan main bersembunyi di belakangnya, sekarang berani pula lelaki ini?

Lelaki samseng itu kelihatan mendidih dengan kata-kata pedas Arjuna. Dia kelihatan seperti mahu menerpa ke arah Teja dan Arjuna di sudut gerai.

"Oi, Sebelum serang dia, lawan sama aku dahulu! Kita tengok siapa yang jaguh! Aku atau kau!" Jerit Darma.

Ini pasti sebahagian ahli samseng yang pernah datang membawa kayu besbol tempoh hari.

"Baik, mari kita lihat siapa lagi jantan!"

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now