Halaman 10: Tidak sengaja

146 22 1
                                    

"Ayahanda!"

"Ayahanda!"

Lengan ayahandanya dipaut erat.

"Mawar teringin makan kuih koci. Boleh ayahanda belikan nanti?"

Susuk itu senyap tidak membalas. Eh, mengapa ayahanda diam?

"Ayahanda?" Dia mengerutkan dahi.

Riak wajah Mawar bertukar. Lelaki yang sedang berteleku di pelantar rumahnya itu bukan ayahandanya!

Itu...Arjuna! Spontan tangannya melepaskan pegangannya di lengan lelaki itu.

Haih, apa lelaki ini buat di sini?
Malunya, sudahlah terpegang lengannya!

Wajahnya memerah menahan segan. Bodohnya kau, Mawar!
Lain kali jangan terburu-buru! Kan sudah tersalah orang!

Lelaki itu serentak menoleh dan merenungnya tajam. Riak wajahnya menunjukkan riak terkejut.

"Ayahandamu di halaman. Menyiram bunga. Mengapa Mawar?"

Mata helang itu menikam wajahnya. Mawar menelan air liur pahit.

"Er..."

Sengaja buat orang berdebar!

"Hah, mengapa Mawar? Kau cari ayahanda?"

Teguran itu membuatkan Mawar tersentak. Dia terkulat memandang pakaian ayahandanya yang berpalit dengan tanah.

Dia tersengih. Apa ayahanda bersilat dengan tanah di bawahkah tadi?

"Tidak..Mawar..hanya.." Gadis itu kelihatan tergagap. Lagipula tenungan jejaka itu masih tidak lepas dari wajahnya.

"Hamba pulang dahulu, Temenggung. Mungkin Mawar terkejut dengan kehadiran hamba."

Lelaki bertubuh sasa itu berwajah selamba melangkah turun selepas menyalami tangan lelaki sebaya bapaknya itu.

Mawar terlopong. Apakah?

Lelaki tidak memberi sebarang reaksi. Ceh, dasar lelaki tiada perasaan!

"Kamu ada apa-apa dengan Arjuna?"

Mawar membulatkan mata.

"Ayahanda!"

Lelaki separuh abad itu menyengih lebar. Dia menggosok kepala anaknya perlahan.

"Ayahanda hanya bergurau."

"Mawar ingatkan itu..." Haih ayahanda ini. Tidak lucu tahu tak?

"Masakan kamu tidak dapat membezakan susuk Arjuna yang gagah dan ayahandamu yang tua ini?"

"Tapi dia memakai baju ayahanda! Bukan salah Mawar!"

Sekali lagi lelaki itu menghamburkan tawa. Geli sungguh hatinya dengan telatah anaknya petang itu.

"Ayahanda beri pinjam pada dia baju kerana bajunya basah ditimpa hujan. Kan hujan tadi?"

Mawar memasamkan muka. Dia menghampiri timba besar berdekatan tangga.

Tangannya dibasuh berulang kali. Terasa lagi bahangnya kulit kasar lelaki itu sebentar tadi.

Haih.

Malu bukan kepalang dia. Ini pertama kali dia memeluk lengan sasa yang bukan mahramnya!

Nampaknya dia perlu buat solat taubat malam ini. Maafkan hambamu ya Allah!

"Mengapa dia ke sini?" Soalnya lagi. Masih tidak berpuas hati.

"Dia ingin berguru silat pencak dengan ayahanda."

Mawar membulatkan mata seluas luasnya.

"Ayahanda terima?"

"Masakan ayahanda menolak tuah? Guru silat tidak sesekali menolak, Mawar."

Mawar seperti mahu rebah ke lantai. Itu bermakna dia akan bertemu lagi dengan lelaki sasa itu setiap malam!

Arghhhh! Malunya dia dengan peristiwa tadi!

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now