Chappy 1

28.4K 1.1K 43
                                    


Langit mencurahkan titisan hujan yang dikandung lama oleh awan. Seorang gadis terduduk di tepi tingkap dengan air mata yang meleleh di pipi. Tiada sebarang esakan kedengaran. Mindanya menerawang memikirkan di mana salahnya sehingga dibenci oleh ahli keluarga sendiri. Dia hanya punya seorang adik yang masih mengakui kedudukannya di rumah agam itu. Adik yang masih setia menghulurkan tangan sekiranya dia terjatuh, tersungkur dalam permainan kembarnya sendiri. 


Telefon bimbit berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Air mata dikesat. Nama pemanggil dilihat sebelum dijawab dengan salam. 


"Waalaikummusalam Manda. Hang ada pi mana-mana dak cuti ni?" tanya si pemanggil dengan riak gembira. Amanda tersenyum senang.


"Takde. Family aku semua pegi bercuti dekat Pulau Tioman. Aku tinggal sorang je kat rumah ni. Kenapa tanya?".


Ucapan 'yess' yang kedengaran di talian membuatkan Amanda pelik.


"Baguih la kalau lagu tu. Hang pi siap-siap. Kemas beg semua, setengah jam lagi aku sampai." Amanda semakin pelik.


"Kau nak bawak aku pegi mana ni, Rynn? Siap kena kemas beg lagi..?" Amanda meluahkan pertanyaan buat sahabat baiknya itu. Dia melabuhkan duduk di birai katil.


"Hishh.. hang ni Manda. Toksah tanya lah. Hang siap-siap ja. Kemas baju untuk seminggu. Setengah jam lagi aku sampai." jawab si pemanggil yang digelar Rynn. 


"Tapi, Rynn..." Panggilan dimatikan sebelum sempat Amanda bertanya lebih lanjut. Nak tak nak, dia terpaksa ikut kata sahabatnya itu.


Setengah jam kemudian..


"Assalamualaikum, Manda!" laung seseorang dari luar rumah.


Terkejut Amanda dibuatnya. Terbantut aktiviti dia menonton tv. Amanda mengurut dadanya perlahan. 


"Eh, kau ni Rynn! Terkejut aku. Tak boleh ke kau bagi salam dengan penuh kelembutan? Ni tak. Mak cik sebelah rumah aku ni boleh sakit jantung dengar kau bagi salam.."bebel Amanda sambil membuka pintu pagar rumahnya. Rihan mencebik.


"Dah kira baguih aku bagi salam, tau.. Hang nak membebel pulak."Langkah dilajukan masuk ke halaman rumah Amanda. Panas menyengat!


"Masuklah. Kau nak air tak?" tanya Amanda sopan. Dari kecil, dia sememangnya hormat melayan tetamu. Rihan duduk di atas sofa empuk berhadapan sebuah tv LCD jenama Panasonic. 


"Boleh jugak. Tapi hang tak payah la nak hidang aku biskut ka, kek ka... Aku singgah kejap ja." jawab Rihan sambil tangannya mencapai majalah di atas meja kopi. Lebih baik dia cakap awal-awal, kalau tak.. dengan segala biskut, roti, kek dihidangkan Amanda buat dirinya. Amanda mengangguk dan berlalu ke dapur. 


Setelah bersiap-siap, Amanda mengunci pintu bilik dan rumah agam milik keluarganya. Beg-beg dimasukkan ke dalam bonet kereta Axia kepunyaan Rihan. Kereta Suzuki Swift miliknya sudah disimpan di dalam garaj.

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now