Chappy 19

15.4K 733 13
                                    

Assalamualaikum.. hello hello! Bab kali ni dituju khas buat pembaca setia AAS! (haha.. ayat poyo) XD Jom kita check it out siapa watak baru yang saya cakap sebelum ni..! Yeahh XD


Berita tentang kehamilan Amanda sampai ke pengetahuan keluarga Encik Fauzi. Walaupun begitu, mereka tidak teruja untuk menyambut cucu sulung mereka. Berlawanan dengan mereka, Aqira sungguh teruja untuk menanti kelahiran bayi Amanda . Katanya tidak sabar untuk menerima sepupu baru.

Dani mengambil keputusan untuk pulang ke kampungnya yang terletak di Kedah. Kepulangan mereka telah dikhabarkan melalui telefon sehari sebelum mereka bertolak. Dani ingin membuat kejutan kepada kelurganya di Kedah. Amanda berasa sangat teruja untuk menemui keluarga mertuanya. 

Tepat jam 2 petang, Dani dan Amanda sampai di rumah Haji Izwal. Dani mengerling Amanda yang sudah terlena sebelahnya. Aqira di kerusi belakang juga tertidur kerana kebosanan. 

"Manda?" panggil  Dani lembut. Enjin kereta sudah dimatikan.

"Manda..." panggil Dani lagi. 

"Ha?" Amanda memisat matanya.

"Dah sampai ke?" tanya Amanda mamai.

"Dah.. Manda masuk dulu. Abang nak angkat barang dengan Qira kejap." ujar Dani.

"Abang tak nak Manda tolong ke?" tanya Amanda sambil menyangkut beg tangan di bahu.

"Takpe. Abang boleh buat. Manda masuk dulu." Amanda menganggukkan kepala dan kakinya melangkah keluar.

"Assalamualaikum.." Amanda memberi salam sambil kakinya menanggalkan kasut flat yang dipakai.

"Waalaikumusalam.." jawab seorang gadis lebih kurang sebayanya. Amanda pelik. 'Siapa pulak ni..?'. Namun, dalam rasa peliknya dia tetap mengukirkan senyuman. Tangan dihulur untuk bersalam.

"Awak ni Amanda ke?" tanya gadis tersebut. Amanda mengangguk dengan senyuman.

"Saya Wani. Sepupu Abang Dani." kata Wani memperkenalkan dirinya. 

"Ermm.. Abang Dani mana? Tak nampak pun..?" tanya Wani sambil matanya melilau mencari bayang abang sepupunya.

"Dia angkat barang dan Qira. Kejap lagi dia naiklah tu.." jawab Amanda. Dalam hati dia sudah rasa pelik dengan kelakuan Wani.

"Oh.. Awak tak tolong dia angkat barang ke?" tanya Wani lagi.

"Err.." Amanda teragak-agak untuk menjawab. 

"Tak payah. Abang tak nak susahkan Manda." jawab Dani dengan tangan kiri menjinjit beg, manakala tangan kanan mendukung Qira. Amanda tersenyum. 'Fuh..'. Wani pula tersenyum kelat.

"Takpelah. Abang mesti penat kan? Wani buatkan air kejap." ujar Wani lalu pergi ke dapur. Amanda menghulurkan tangannya untuk mengambil Aqira dari dukungan Dani. Aqira dipeluk dengan penuh kasih sayang. Dani mengambil beberapa beg lagi di dalam bonet kereta.

Selesai meletakkan Aqira di atas katil, Amanda ke dapur untuk bersalaman dengan uminya. Dalam langkahnya ke dapur, dia terdengar Wani berborak dengan Hajah Raizah. Langkahnya terhenti di balik dinding.

"Mak Long dah lama kenal ke dengan Amanda tu? Wani tengok Amanda tu macam Queen Control je.." suara Wani yang berbaur fitnah kedengaran di cuping telinga Amanda.

"Memanglah Mak Long tak berapa kenal dengan Amanda tu. Tapi Mak Long yakin menantu Mak Long tu baik orangnya." ujar Hajah Raizah sambil memotong bawang.

"Wani bukan apa.. Tengoklah, Amanda tu.. sampai sekarang tak jumpa Mak Long lagi. Goyang kaki kat depan sambil tengok tv. Abang Dani yang sibuk angkat Qira dengan beg dia yang bertimbun-timbun tu..". Amanda sedikit terguris mendengar kata Wani. 

"Ish, kamu ni. Nanti adalah dia ke dapur. Penat lah tu.. KL ke Kedah bukan dekat." kata Hajah Raizah pula.

"Yelah tu penat. Bukan dia bawak kereta pun." Omel Wani. Nampak sangat tak puas hati dengan Amanda yang dibela oleh Mak Longnya. 

Amanda sudah tidak sanggup untuk mendengar fitnah Wani. Baru sahaja kakinya ingin melangkah ke dapur, tangannya dicapai oleh seseorang. Amanda terkejut dan menoleh ke belakang.

"Jangan pedulikan kata Wani tu. Jom." Dani menarik tangan Amanda ke dapur.


"Assalamualaikum, umi.." Dani menghulurkan tangan untuk bersalam diikuti dengan Amanda di belakang. Dani kemudian duduk di kerusi meja makan di depan Hajah Raizah. Amanda turut duduk disebelah suaminya. Amanda perasan wajah Wani yang asyik merenung Dani.

"Abang nak air?" tanya Wani dengan gedik seraya menghulurkan gelas berisi air oren. Dani menyambutnya dan dihulurkan kepada Amanda. Wajah Wani bertukar muram. 'Aku bagi kat dia, dia pass kat orang lain pula.!'

 Amanda meneguk minuman itu selepas membaca bismillah. Setelah setengah diminum Amanda, Dani menghabiskan minuman tersebut dan mengelap mulut Amanda. Amanda tersengih. Hmm.. daripada muram terus cemberut jadinya muka Wani. Hajah Raizah yang melihatnya tersenyum bahagia.

"Kamu balik berapa lama, Dani?" tanya Hajah Raizah.

"2 ke 3 hari je umi, Dani tak mintak cuti lama.." balas Dani sambil melirik Amanda di sebelahnya.

"Sekejapnya. Umi nak juga menantu umi ni duduk lama sikit kat kampung ni.. Boleh kan Manda?" Amanda tersenyum ceria.

"Boleh umi!" Dani ketawa kecil melihat isterinya yang gembira.

"Dani tak boleh lama-lama. Kerja dekat ofis tu banyak lagi. Manda pun ada kelas. Kenalah balik cepat. Lagipun Dani balik ni, ada benda nak bagitahu." kata Dani dengan senyum penuh makna. Berkerut dahi Hajah Raizah.

"Apa dia yang kamu nak bagitahu tu?"tanya Hajah Raizah pelik. Amanda cuba sembunyikan senyum. Wani menjeling penuh menyampah.

"Eh, baba mana, umi?" Dani mengubah topik. Amanda disisinya sudah bangun menolong Hajah Raizah memasak. 

"Hmm.. baba kamu tu ke masjid la. Sekarang kan waktu solat Zuhur. Ada minum-minum sikit la tu.." Dani mengangguk faham. Dia bangun kemudiannya dan berdiri di sisi Amanda. Seperti biasa Dani akan menolong Amanda memasak. 

"Wani minta diri dululah, Mak Long. Nanti mak marah pulak bertandang lama-lama ni." pamit Wani seraya menyalam tangan Hajah Raizah. 

"Hmm.. eloklah tu. Baik kamu tolong mak kamu masak kat rumah." Hajah Raizah meneruskan kerjanya mengacau lauk di atas dapur. Sebelum keluar dari dapur, Wani sempat melemparkan senyuman termanisnya buat Dani. Dani buat endah tak endah dan terus menempek di sisi Amanda. Amanda terasa sedikit cemburu melihat senyuman dan layanan Wani buat suaminya. Tetapi, dihalaunya rasa itu kerana dia percaya akan suaminya.



So.. how? Siapa suka watak baru ni, angkat tangan!! Haha.. jangan lupa comment dan vote! Bab seterusnya is on the way...! Keep waiting and happy reading.. :)

Awak Ada Saya!Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon