Chappy 37

14.5K 619 31
                                    

Assalamualaikum guyss.. Alhamdulilah, dapat jugak post chappy 37 dalam kesibukan kerja, dengan badan yang tak berapa sihat.. Hmm dugaan hidup. Apapun, harap korang enjoy chappy yang tak seberapa ni. Ada masa, saya update lagi. Hehe . Happy reading !


"Manda.."

'Betul ke ni? Aku tak mimpi kan?' Amanda menggosok telinganya di sebalik tudung bawal yang dipakai.

"Manda.." Amanda membeliakkan matanya. 'Aku tak salah dengar!'

Sejak kejadian dulu, Arif tidak pernah sekali pun memanggilnya dengan nama tersebut. Nama tersebut bagaikan racun buat mulut Arif. Tapi kini..

Amanda menggeleng. Dia takkan termakan dengan panggilan tersebut. Hatinya sudah cukup sakit dengan penderitaan yang Arif taburkan buat dia. Amanda kembali melangkah dengan laju.

Arif tegak berdiri. Statik.

'Takkan dia tak perasan aku panggil nama dia?'

'Aku cakap slow sangat ke?'

Seketika, Arif mengeluh.

'Atau mungkin dia tak dapat maafkan aku..'

Memang itu kenyataannya. Amanda tidak dapat memaafkan Arif. Kehilangan nyawa seseorang bukan seperti hilang pensel. Boleh dibeli yang lain. Bukan seperti hilang duit. Boleh dikumpul semula.

Bukan.

Hilang nyawa tak mungkin dapat kembali. Menangislah air mata darah sekalipun.

Arif tahu dia bersalah. Kejadian beberapa hari yang lepas memang berpunca dari dia. Tak sepatutnya dia perlakukan Amanda seperti itu. Lagipula masa itu Amanda sedang mengandung. Dia patut tahu emosi wanita mengandung tidak stabil. Beria-ria Amanda menafikan tuduhannya pada hari itu.

Sebenarnya, dia nampak kejujuran pada mata Amanda pada pagi itu. Bagaimana Amanda membela dirinya yang dilemparkan tuduhan bertubi-tubi. Dia tahu adiknya tidak menipu.

Tahu.

Tapi Arif termakan hasutan makhluk keji. Mudah percaya pada dusta. Tambahan, dendam dulu menyebabkan dia langsung tidak mengendahkan kata-kata Amanda.

Sudahlah Arif.. Semuanya dah terlambat. Amanda mungkin akan ambil masa yang lama untuk maafkan kau.

Amanda duduk disebelah Dani setelah bersalaman dengan Encik Fauzi. Mindanya menerawang memikirkan kenapa Arif memanggilnya Manda.

Dani menyiku lengan Amanda, berterabur terus lamunannya.

"Apa?"

"Ayah tanya awak sihat ke tak." Dani menjawab pertanyaan Amanda. Amanda memandang wajah ayahnya yang menanti jawapan.

"Selama ni ayah tak pernah tanya pun Manda sihat ke tak." jawab Amanda dingin. Semua yang ada di ruang tamu terkaku. Mungkin tak pernah menyangka jawapan seperti itu akan keluar dari mulut Amanda.

Amanda masih selamba. Pedulilah apa kata dorang sekalipun. Biarlah kalau Dani menganggap dia kurang ajar. Cukuplah dia mengalah dengan keluarga ini. Tengoklah apa yang Puan Marlinah buat padanya tadi. Dirinya tidak mahu bermusuhan dengan keluarga sendiri, tapi terang-terang keluarganya tidak mahu berbaik dengan dia.

Entah kenapa Puan Marlinah tiba-tiba mengambil berat tentang Dani. Arif memanggilnya dengan panggilan yang dah bertahun tak didengar. Kemudian, Encik Fauzi bertanya khabar pada dia. Apa lagi lepas ni? Amina meminta maaf dengan dia? Sungguh, Amanda tidak faham dengan apa yang terjadi pada keluarganya hari ini. Jangan cakap dorang simpati dengan apa yang menimpa dirinya dan Dani sudahlah. Kerana sebelum ini, keluarganya tidak pernah kisah tentang mereka bertiga pun.

"Kenapa awak cakap macam tu kat ayah?" tanya Dani keras. Menegur salah laku Amanda pada pandangan matanya.

"Dia memang macam tu Dani. Bercakap dengan orang tak pernahnya baik." sampuk Puan Marlinah dari dapur. Amanda memandang tajam ibunya. Lantas dia bangun dan terus ke bilik. Pintu dihempas kuat.

Amanda menyembamkan mukanya di atas katil dan .. menangis. Janjinya untuk tidak menangis kerana keluarganya termungkir begitu sahaja. Sepatutnya dia tahu, keluarganya hanya akan gembira dengan melihat air matanya jatuh.

"Kenapa macam tu perangai Manda, ibu? Masa umi dengan babah datang, dia okey je." tanya Dani perlukan kepastian.

"Entahlah Dani. Ibu pun tak tahu dengan perangai dia tu. Dari mana datangnya panas baran dia tu. Dani kenalah hati-hati dengan dia ya?"Puan Marlinah senyum sambil menghulurkan segelas jus buat Dani.

"Mungkin punca panas baran Kak Manda tu berpunca dari rumah ni jugak. Penat melayan muka-muka plastik dalam rumah ni, kan Qira?" Ariz bersuara tiba-tiba. Aqira mengangguk laju. Ariz memang akan pertahankan Amanda. Takkanlah dia nak biarkan Dani bersangka buruk dengan Amanda walhal hakikatnya Amanda seorang yang baik?

Semakin pening Dani dengan kata-kata Ariz dan Puan Marlinah. Seorang kata itu, seorang kata ini. Haihh..


Huhu. That's it. Ini je yang mampu saya publishkan untuk entry kali ni. Badan tak berapa sihat. Nak menghadap lappy lama-lama boleh berpinau mata. Nak menaip pun tak larat. Doakan cik penulis cepat sembuh ye. Boleh cik penulis sambung buat chappy baru, mungkin lebih panjangggg dari yang ni. Hehe XD

Anyway, do vote and comment!

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now