Chappy 39

13.7K 654 22
                                    

Assalamualaikum dan hai! Mesti korang pelik kan? Rajin pulak cik penulis update chappy 39 seawal ni. Hehe.. saja je. Nak lepaskan tension. Rajinla menaip. Pendek je chappy 39 ni. Haha. Enjoy reading!

Ariz menghela nafas. Dani yang sedang berdiri dipandang sekilas. Dia tahu lambat laun ingatan Dani akan pulih, tapi sebelum apa-apa yang lebih buruk jadi pada Dani, baik dia ceritakan semula. Ariz tidak mahu Dani terpedaya dengan lakonan baik keluarganya. Bukan dia tidak tahu, mereka semua ingin mengaburi mata Dani. Membutakan mata Dani dengan memburukkan Amanda. Supaya Dani tinggalkan Amanda.

Jujurnya, dia pun tidak tahu untuk buat apa bagi membuka mata keluarganya bahawa apa yang telah terjadi dahulu bukan salah Amanda. Tetapi, janjinya dengan Amanda membuatkan dia mengunci mulut. Amanah orang. Janji perlu ditepati.

"Ariz, cuba ceritakan kat abang supaya abang tahu apa yang berlaku dalam family ni.. " pinta Dani lagi. Sudah berkali dia meminta adik iparnya menceritakan semua kisah yang pernah berlaku dalam keluarga mertuanya. Perasaan ingin tahu Dani makin meluap-luap.

"Abang suruh la Kak Manda yang ceritakan.." Ariz menggaru kepalanya. Serba salah dibuatnya.

"Dia tak nak bagitahu. Dia nak abang tahu sendiri bila ingatan abang dah pulih nanti. Tolonglah, Riz.." Dani duduk pula di sebelah Ariz.

"Bukan Ariz tak nak bagitahu bang, tapi kalau Kak Manda tak cerita tu, Ariz pun tak berani nak buka cerita. Adalah tu sebab dia tak nak cerita kat abang."

Dani buat muka pasrah. Hmm.. Takkanlah dia nak upah penyiasat hanya untuk tahu kisah keluarga sendiri kan? Orang lain pula yang tahu asal usul keluarganya. Patutnya dia sendiri yang korek rahsia keluarga. Dia tak boleh buka kisah keluarga pada orang lain. Bagi dia, bila dia upah orang lain untuk cari tahu sesuatu rahsia pasal keluarga, dah macam membuka aib pula. Yelah, macam bagi orang luar tahu baik buruk family. Tak boleh macam tu. Aib keluarga perlu ditutup. Memanglah kita boleh suruh orang yang kita upah tu rahsiakan apa yang dia tahu. Tapi, mulut orang mana boleh ditutup. Tak ke?

Ariz melirik pada Dani yang seperti sedang memikirkan sesuatu. Dia tahu abang iparnya tidak akan berputus asa untuk tahu rahsia keluarganya. Ariz tersedar. Dalam mindanya, dia terfikir jika Dani akan meminta Puan Marlinah atau Encik Fauzi menceritakan perkara lebih 10 tahun dahulu.

Lebih teruk lagi kalau... Amina yang menceritakannya! Pasti tiada satu pun yang betul. Semuanya hanya penipuan. Ariz menggeleng. Dia tak mahu perkara itu terjadi. Dia tidak mahu Amanda menerima lebih banyak musibah dari keluarga ini.

"Err.. abang." Dani menoleh melihat muka Ariz yang serba salah.

"Ariz boleh ceritakan semuanya, tapi.. abang kena janji satu perkara dengan Ariz." Dani terus teruja apabila Ariz ingin memberitahu segala rahsia dalam keluarga mertuanya. Tak lama lagi, terjawablah segala persoalan yang bermain di benaknya.

"Okey. okey." Laju sahaja Dani mengangguk dan bersetuju.

"Sebenarnya.. Kak Manda.."


Dani terdiam setelah habis mendengar cerita dari mulut Ariz. Dia tidak menyangka Amanda akan menderita seperti itu sekali hanya kerana sebuah dendam. Tambahan pula, dikhianati oleh adik kandung sendiri. Kembar pulak tu.

"Abang janji dengan Ariz yang abang akan terus pura-pura tak tahu kisah sebenar tau." Ariz mengingatkan syaratnya. Dani hanya senyum dan membuat tanda 'okey' dengan jarinya.

Ariz senyum manis. Itu sahaja yang dia mampu untuk menolong Amanda dari terus menderita. Sekurang-kurangnya, ada yang masih percaya pada kebaikan Amanda.

Dani mengurut dagunya sambil memandang Amina yang dari jauh berborak melalui telefon.

'Segala rahsia buruk kau akan terbongkar, Mina. And that time.. baru kau tahu apa maksud kebenaran.' Dani senyum sinis.

Dia perlu lakukan sesuatu untuk bersihkan nama Amanda dari semua penipuan yang Amina cipta.

Perlu!


Apa pulak yang Dani nak buat kan? Tu jelah untuk chappy 39. Chibubu ni kacau saya nak menaip pulak.. Orang menaip, dia pun nak menaip.. Haihhh..  Apapun, jangan lupa vote dan comment ya.!

p/s; AAS! dah nak sampai ke penghujungnya.. rasa sedih pula. Tapi bila tengok, dah byk chappy publish, takut readers malas nak tunggu cerita ni yang tak tahu nak habisnya bila. so saya decide, nak habiskan cerita ni cepat2.. huhu :') so, bye!


Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now