Chappy 46

15.5K 626 44
                                    

Assamualaikum dan hai geng! Maaf menunggu lama chappy ni. Cik penulis busy hehe. Hope korang happy baca bab kali ni !


"Minaaa...!!!!"

Mata Amanda terbuka luas. Jantung dirasakan berdegup terlalu laju. Macam nak terkeluar dari rangka je. Peluh merenik di dahi.

Pandangan disebarkan di segenap ruang bilik berwarna peach. Amanda bangun dari baringan dengan perlahan.

'Ini.. bilik Amina..' Dahi Amanda berkerut.

Dua orang budak dalam lingkungan 6 tahun berlari kejar-mengejar di dalam bilik tersebut. Riak mereka sangat riang. Bergurau senda. Bergeletek ketawa. Bagaikan dunia ini mereka yang punya.

Tiba-tiba salah seorang dari mereka terjatuh lalu terkena bucu meja dan menangis.

Kakak.. janganlah nangis.." pujuk seorang lagi. Mukanya kelihatan risau melihat dahi kembarnya berdarah.

"Kenapa ni?" Muncul seorang wanita lingkungan 30-an dari pintu bilik bersama seorang budak lelaki di sisi. Lihat sahaja si kakak yang sedang menangis, wanita dan budak lelaki tersebut meluru ke arah mereka berdua.

"Manda, kenapa ni?" tanya budak lelaki tadi risau. Si kakak tetap tidak berhenti menangis.

"Mina, apa yang Mina dah buat? Kenapa Manda menangis ni?" tanya wanita tersebut tegas.

"Mi.. Mina main kejar-kejar dengan kakak. Lepas tu.. kakak jatuh.." terang si adik dengan takut.

"Manda jatuh ke Mina yang tolak kakak?" tanya wanita itu lagi. Kali ini dengan suara yang lebih tegas.

Si adik terdiam seribu bahasa. Matanya tunduk merenung lantai yang bersih.

"Tepilah..!" Budak lelaki tadi menolak bahu si adik sambil membantu si kakak untuk berjalan keluar dari bilik.

"Kalau ibu tahu Mina yang buat Manda jatuh, siap Mina!" Wanita tadi sempat memberi amaran sebelum turut keluar dari bilik.

Si adik hanya mampu melihat langkah ibu, abang dan kakaknya keluar dari bilik dengan perasaan sedih.

"Bukan Mina yang buat kakak.. Kakak yang jatuh sendiri.. Mina sayang kakak. Mina takkan tolak kakak.." Si adik menggumam sendirian. Menerangkan apa yang berlaku. Tapi malangnya.. tiada siapa yang mahu mendengar.

Lalu si adik menangis sendirian. Meratap kesedihan apabila dituduh mencederakan kakak sendiri.

Amanda menangis apabila melihat si adik yang terduduk sambil menangis. Dia kenal itu siapa. Adik kembarnya, Amina. Dan dia dapat rasakan sakitnya dituduh mencederakan orang yang disayangi. Amanda juga sedar. Itu cuma bayangan.

Bayangan.

Masa lalu mereka semasa kecil. Dia ingat peristiwa itu kerana sampai sekarang parut luka itu masih ada di dahi. Bukti kecuaian diri sendiri. Tapi, dia tak pernah menerangkan bahawa kecelakaan itu berpunca dari dirinya sendiri. Dan akibatnya, Amina yang dituduh.

Peristiwa demi peristiwa masa silam kembali melayar di minda. Apa yang Amanda nampak cuma tangisan Amina. Amina menangis di belakang dapur. Amina menangis di dalam almari. Amina menangis belakang rumah. Dan dia? Bergembira dengan Arif dan Ariz. Bergelak tawa macam tiada apa-apa yang berlaku.

Lebih teruk lagi, setiap kali dia bermain dengan Amina, pasti dirinya akan terluka dengan kecuaian diri. Bila dah menangis tu, memang mulut tak terbuka nak mengadu, cerita apa yang jadi sebenarnya. Akhirnya, Amina dituduh. Setiap kali bermain bersama, itu lah pengakhirannya. Amina dituduh cederakan Amanda. Tapi sekalipun, Amina tidak pertahankan dirinya atas apa yang berlaku. Seolah-olah semuanya memang berpunca dari dirinya.

Ralatnya Amanda rasa, sampai sekarang dia langsung tak terfikir untuk ceritakan apa yang jadi sebenarnya. Bahawa selama ini, dia terluka atas kelalaian sendiri. Bukan sebab Amina. Bukan!

'Ya Allah...' rintih Amanda.

'Apa yang aku dah buat..? Amina yang banyak menderita disebabkan aku..' Tangisan tidak dapat dibendung. Dada terasa sempit dengan perasaan pilu, menyesal..

Amanda menumbuk dadanya kasar. "Apa yang kau dah buat, Manda? Kenapa kau biarkan Mina menderita..? Kenapa?!" Teresak-esak Amanda menangis, melepaskan rasa kesal yang sedang beraja.

Pintu bilik dikuak dari luar. Semua menayang riak risau.

"Manda, kenapa ni?" tanya Dani sambil memeluk bahu isterinya.

"Manda.. yang salah. Sebab Manda.. Mina jadi macam tu. Semua ni.. salah Manda.." adu Amanda jujur. Dia masih tidak berhenti menangis. Semua kekesalan ini terlalu payah untuk ditelan.

Puan Marlinah, Encik Fauzi, Arif dan Ariz membisu. Mereka semua tahu itu juga salah mereka, bukan salah Amanda semata-mata.

Dani memeluk erat Amanda. Memberi kekuatan kepada isterinya yang melalui banyak kesakitan.

"Mina mana? Mina.. Mina tak mati kan?" Amanda mula bertanya sambil matanya meneliti setiap seorang di dalam bilik itu. Menanti jawapan yang mungkin akan mematahkan hatinya.

"Kenapa semua tunduk? Mina mana? Manda nak selamatkan Mina, tapi Mina yang lepaskan tangan Manda. Mina selamat kan?" tanya Amanda lagi. Tak senang duduk dibuatnya.

"Mina.." Amanda setia menanti kata seterusnya yang bakal keluar dari mulut Arif.


Hehe.. Saja nak bagi suspen kepada readers. Jangan lupa tunggu chappy lepas ni tau ! 

P/s; Ramai lagi ke yang tak suka Amina? Please comment ya? Haha XD


Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now