Chappy 24

14.3K 680 8
                                    

Assalamualaikum.. dan.. erm, selamat malam. Maafkan penulis kerana update chappy kali ini di tengah-tengah malam. Hahaha.. Sebenarnya, awal bulan Julai adalah hari yang amat istimewa untuk saya. Umur dah meningkat dan officially dah jadi mak cik (rasa tua pulak.. +.+) Haha.. jadi saya ingin berkongsi rasa gembira dengan para pembaca.. (over excited kejapp..) dan  buah tangan kali ini... bonus ketiga siap diupdate..! Tunggu apa lagi? Mari redah chappy 24!

"Macam mana? Kena tak perempuan tu? Masuk hospital?" tanya Amina bertubi-tubi dengan senyum sinis yang sentiasa menghiasi wajahnya kebelakangan ini. Sepuluh saat kemudian, riaknya bertukar marah. Telefon dihempas ke dinding tanda marah yang teramat. 

"Bodoh! Suruh buat kerja senang pun, tak boleh! Langgar ajelah perempuan tu, lepas tu mati. Habis cerita!" kasar kata yang terbit dari mulut Amina memaki hamun orang suruhannya yang tidak dapat memuaskan hati jahatnya. Memanglah susah Amina, ajal tu kan di tangan Allah =.=

"Takpe. Kali ni kau selamat, tapi tengoklah.. lain kali aku takkan bagi peluang pada kau lagi..!" Amina merengus dan menghempas tubuhnya kasar di atas sofa yang empuk.


Amanda membuka matanya. Kepalanya terasa sakit berdenyut-denyut. Badannya terasa amat lemah. Serta-merta ingatannya sebelum dia tidak sedarkan diri terlayar di fikiran. Saat yang paling mencemaskan selama 25 tahun dia hidup di atas muka bumi. 

 Sebuah kereta meluncur laju ke arahnya. Kakinya ingin berlari namun, tidak terdaya. Matanya dipejam sebelum dia terasa ada tangan yang menarik tangan kirinya. Dirinya terasa melayang dan akhirnya dia pengsan tidak sedarkan diri. Amanda terdengar suara-suara dari luar biliknya. Suara tersebur diamati untuk mengetahui apa yang dibicarakan. 

"Tekanan yang dialami Puan Amanda agak tinggi. Mungkin sebab kemalangan tadi. Apa yang saya boleh nasihatkan, jaga kesihatan dan emosi Puan Amanda. Pada awal kandungan ni, macam-macam boleh jadi. Rahim Puan Amanda juga tak berapa kuat." satu suara yang Amanda agak doktor sedang bercakap. 

"Saya akan cuba jaga dia baik-baik." kali ni suara Dani pula. Amanda masih tidak puas hati dengan sikap Dani. 

 "Doktor tu punyalah bersungguh cakap berjela-jela.. dia cakap tu je..? Cubalah cakap, 'Doktor, kandungan isteri saya macam mana? Apa yang saya perlu buat untuk gembirakan dia? Anak saya ok? Berapa tinggi tekanan darah dia? Agak-agak dia marah tak saya nanti?" bebel Amanda sendirian dengan alasan yang entah apa-apa. =.= 

Pintu dikuak membuatkan Amanda pura-pura tidur membelakangi pintu. Matanya sengaja ditutup rapat. Pura-pura tidur. 

"Mak Su..." panggil Aqira meleret. Kemudian terasa katil diduduki seseorang dari belakang. Amanda diam tidak berkutik. 

"Qira.. Mak Su penat lagi. Qira pergi tolong Tok Umi kat dapur." Suara Dani pula kedengaran. 

"Alah.. dia ni sengaja je. Malas nak ke dapur la tu. Lebih baik duduk dalam bilik kan?" suara Wani menyampuk. Dani mengeluh. 

 "Kenapa Wani cakap macam tu?" tanya Dani perlahan. Nada malas mahu melayan.

"Salah ke abang? Dia bukan luka kat mana-mana pun." balas Wani lagi. Tubir mata Amanda mulai hangat. Bila-bila saja air matanya boleh menitis mendengar bicara sinis Wani. 

 "Wani jangan nak tuduh yang bukan-bukan kat isteri abang. Abang tak suka. Baik Wani balik rumah." tegas Dani. Wani mencebik dan menghentak kaki tanda protes lalu keluar dari bilik.

 Suasana sunyi seketika. Dani tahu Amanda masih terjaga. Dan Dani tahu Amanda terasa dengan kata-kata Wani. 

"Manda.."Amanda membeku. 

 "Abang.. minta maaf sebab tak jaga Manda dan anak kita betul-betul." Dani berkata perlahan. Sejujurnya, dia menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku pada Amanda. Dia tidak dapat membayangkan apa yang akan jadi jika dia tidak mendengar jeritan Aqira dan cepat-cepat menyelamatkan Amanda. Amanda tetap membisu. 

"Abang.. salah. I'm sorry.." Amanda mengeluh seraya menghadap Dani yang terbaring di sebelahnya. 

"Abang, kalau abang suka Wani.. abang bagitahu Manda. Jangan simpan sorang-sorang. Insyaallah, Manda akan cuba untuk redha." Air mata sudah menitik laju membasahi pipi. Dani menggeleng laju. Hatinya terasa sakit melihat air mata Amanda. Dia sudah berjanji supaya tidak membuat Amanda menangis, tapi dalam keadaan ini.. dia mungkir janji. Dani mengggeleng perlahan.

"Abang sayangkan Manda sorang je." Dani pantas mengelap pipi Amanda. 

"Tapi.." Sekelip mata, tubuh kecil Amanda sudah berada dalam dakapan Dani.

 "Abang sayang Manda seorang je.."bisik Dani perlahan. Amanda hanya terdiam. 


 Tangan tua milik Haji Izwal dan Hajah Raizah dikucup lembut. Sudah tiba masanya untuk pulang ke Kuala Lumpur. 

"Manda jaga diri baik-baik tau. Jangan buat kerja berat-berat. Makan kena jaga. Kalau Dani tak jaga anak umi ni baik-baik, bagitahu tau. Biar umi sental kepala dia sampai bersih." pesan Hajah Raizah kepada Amanda dan terselit ugutan buat Dani. Dani tersengih. 

"Baik, umi." Amanda cuma tersenyum sambil melirik ke arah Dani. Emosinya masih tidak stabil. Berita Amanda mengandung tidak dihebohkan atas permintaan Amanda. Oleh itu, Wani masih belum tahu mengenai berita itu. 

"Abang, nanti rajin-rajinlah balik kampung. Wani akan masak makanan yang sedap-sedap untuk abang." kata Wani dengan gedik.

 "Terima kasih Wani, tapi isteri abang masak lagi sedap dari Wani masak. Lagipun kalau abang balik, abang nak rasa air tangan umi, bukan Wani." Nak tercekik Wani dibuatnya apabila Dani berkata begitu. Amanda bersorak dalam hati melihat wajah mencuka Wani. Lagi-lagi kena puji dengan laki sendiri. Hmm.. kembang semangkuk!

Setelah segala beg dimasukkan ke dalam kereta, mereka bertiga bertolak pulang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam sunyi tanpa suara mesra Dani dan Amanda. Hanya Aqira yang beria-ria menyanyi mengikut lagu di corong radio. 

"Manda.. nak makan apa-apa? Abang belikan." Dani cuba menarik perhatian Amanda yang dari tadi merenung ke luar tingkap. Pertanyaan Dani dibalas dengan gelengan.

"Best tak balik kampung abang?" Amanda mengangguk. 

"Tapi, kalau Wani takde lagi best kut." Dani terkedu. Hmm.. merajuk lagi bini aku rupanya. 

"Balik ni, nak pergi rumah ibu tak?" Amanda mengangguk lagi. Aqira memandang Mak Su dan Pak Su nya dengan pelik. Pak su tanya, Mak su angguk. Pak Su tanya, Mak Su geleng. 

"Mak Su sakit tekak ke?"Erk! 'Kenapa Qira tanya macam tu?' 

"Err.. aa takdelah. Mana ada. Mak Su saja, nak exercise leher ni sikit." jawab Amanda sambil meregang-regangkan lehernya. Dani tergelak kecil. Amanda menjeling Dani. 'Apa gelak-gelak?!'

"Oh.." Aqira menganggukkan kepala tanda faham. 

Dan perjalanan kembali suram..'Hmm.. kenalah fikirkan cara untuk pujuk Amanda balik..' Dani tersenyum. 


Yeayy.. Harap semua pembaca gembira dengan chappy kali ni. Nasib baik Amanda berjaya diselamatkan oleh Dani.. Fuhhhh.. Hahahaha.. Nantikan chappy seterusnya pada minggu hadapan ya.. ;D Apa pula rancangan Amina untuk kakak kembarnya..?

Jangan lupa vote dan comment. Terima kasih kepada pembaca yang sudi vote cerita saya. Saya sangat sangat sangat hargai. Tak lupa buat silent reader, terima kasih sudi habiskan tenaga menggerakkan biji mata membaca cerita saya yang banyak kekurangan ini. Terima kasih banyak ! Selamat berpuasa dan shopping untuk raya !

P/S: Doakan penulis yang sudah dekat seminggu sakit tekak supaya cepat sembuh, ya? Assalamualaikum dan babai!

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now