Chappy 20

14.9K 675 18
                                    

Assalamualaikum dan hai.. Chappy 20 dah update..! Buah tangan untuk pembaca sebelum bulan Ramadhan tiba..Hee.. :P Enjoy reading, guysss XD


Ruang tamu yang sunyi sepi di kediaman Encik Fauzi tiba-tiba riuh rendah dengan suara Amina.

"Ibu! Betul ke Manda dah mengandung?" suara Amina yang lantang itu sedikit sebanyak menganggu konsentrasi Ariz yang sedang menonton televisyen. 'Tahulah terkejut, tapi perlu ke menjerit bagai nak keluar anak tekak?'

"Hmm.." balas Puan Marlinah acuh tak acuh. Ada sekelumit perasaan gembira setelah menerima tersebut. Yelah, nak terima cucu pertama. Tetapi mengenangkan perkara yang terjadi lebih kurang 10 tahun lepas, Puan Marlinah cepat-cepat mengusir perasaan itu dari benaknya.

"Ibu percaya ke?" tanya Amina dengan nada tidak puas hati. Mana tak puas hati. Amanda dah mengandung, dia bila lagi?

"Alah.. Mina tak payah nak sibuk sangat pasal Manda tu. Mina bila pulak nak bagi ibu timang cucu?" Amina tayang muka cemberut. 

"Takde rezeki lagi, ibu.." balas Amina sambil matanya memandang skrin televisyen. 'Takkan aku  nak bagitahu ibu aku tak layan laki aku..? Eddy pun jarang balik rumah. Entah manalah laki tu merayap.' bisik hati kecil Amina. Hubungan Amina dan Eddy semakin renggang apabila Eddy sibuk menguruskan syarikat bapanya, manakala Amina pula sibuk menghabiskan duit suaminya.

"Mina usahalah. Ibu nak timang cucu dari rahim Mina, bukan Manda." ujar Puan Marlinah lagi. Dalam sedar, Amin mengukir senyum kemenangan. Yelah, Puan Marlinah lebihkan dia daripada Amanda.

"Tengoklah, ibu.." Amina menutup bicara setelah meminta izin untuk pulang ke rumah banglonya.


"Apa benda yang Dani nak bagitahu umi?" Dani mengukir senyum. 'Ingatkan umi dah lupa..' Dani berdehem seketika sebelum menyusun ayat. Amanda tiba dari dapur dan menghidangkan minuman serta biskut. Duduk dilabuhkan di sebelah Dani.

"Dani.. akan jadi papa." Ucapan syukur jelas terluah dari bibir Haji Izwal dan Hajah Raizah. Amanda sudah senyum sampai ke telinga. Gembira dengan respon dari keluarga mertuanya. 

"Tok Wan, tak lama lagi Qira nak dapat sepupu baru..!" kata Aqira teruja. Haji Izwal mengangguk dengan senyuman.

"Berapa bulan dah ni?" tanya Hajah Raizah prihatin.

"Dua bulan." jawab Amanda sambil tangannya menunjukkan peace tanda dua bulan usia kandungannya. Dani melirik ke arah isterinya yang tersenyum gembira.


Amina merengus geram. Eddy di sisinya tidak dipeduli. 

"Kenapa dengan you ni?" tanya Eddy sambil menyelak majalah yang terbentang di tangannya.

"You know what? Manda is pregnant." Ayat terakhir yang diucapkan menyentak Eddy. Selakan terhenti.

"So?" Eddy cuba menutup perasaan terkejutnya. 

"Takkan you tak faham lagi? I memang takkan biarkan dia hidup gembira!" balas Amina kasar. Sungguh biadap. Huh!

"You tak puas hati apa dengan dia? You yang tak nak anak kan?" Eddy merenung wajah isterinya yang tidak puas hati.

"Memanglah! Anak-anak ni menyusahkan. I tak puas lagi nak enjoy."Amina memang tidak suka budak-budak berlawanan dengan Amanda yang gemar melayan kanak-kanak. 

"Dah tu? Apa yang you tak puas hati sangat?" Eddy mencapai tangan lembut milik Amina, tetapi ditepis kasar. 

"I tak suka tengok dia bahagia. Hati I sakit. I akan buat dia menderita." tekad Amina. Eddy mengeluh.

"You tak puas lagi ke buat benda buruk kat kakak kembar you tu? Tak rasa bersalah?". Sungguh Eddy penat melayan kerenah Amina yang penuh dengan sifat dendam. Malah semua perkara buruk yang pernah berlaku pada Amanda adalah perbuatan Amina yang berada dalam genggamannya memandangkan dia adalah sekutu Amina 10 tahun dahulu.

"Takkan ada rasa bersalah bila I buat sesuatu yang buruk pada Manda. You ni macam nak pertahankan perempuan tu je." Amina mula bersangka buruk. Wajah Eddy dijeling. Eddy terdiam.

"I bukan apa. Dia dah banyak menderita. You tak kesian ke?" Eddy berdalih.

"You tak rasa apa yang I rasa. Disisihkan dari keluarga sendiri tu, sakit tahu tak?!" Amina menghamburkan kemarahannya. Eddy tersentak. 

"Suka hati you lah." Eddy sudah malas melayan. Ditarik selimut menutup pinggang dan terus tidur.

"Aku takkan biarkan kau gembira, Manda! Itu sumpah aku!!" Eddy mengeluh mendengar kata terakhir Amina pada malam itu.


Yeayy! habis sudah bab kali ni.. Harap pembaca semua puas hati.. Dan jangan lupa vote dan comment.. :)

Di kesempatan ini, saya nak mohon maaf kerana lepas ni chappy seterusnya akan diupdate lambat. Saya janji untuk update seminggu sekali.. insyaallah, kalau tiada aral yang melintang. And kalau saya update lebih dari satu chappy setiap minggu, anggaplah sebagai bonus, yakk! Kelas pun makin banyak nak dekat puasa ni :( .. so, saya akan jadi sedikit busy, tak macam sebelum ni yang banyak masa lapang.. haha..XD sekali lagi saya mohon maaf.

Lastly, saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam terutama pembaca AAS!.. Semoga kita dapat mengumpul banyak amal di bulan yang penuh berkat ini. Aminn..

_salam sayang, kimchocomarkonah_

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now