Chappy 22

14K 692 10
                                    

Pagi yang nyaman itu sangat mendamaikan Amanda. Tidurnya malam tadi sangat lena dalam pelukan Dani. Aqira tidur bersama Hajah Raizah. Nak melepaskan rindu katanya. Amanda tersenyum senang. Tangannya ligat memasak bihun goreng.

Tangan Amanda terhenti memasukkan daun kucai apabila dirinya dipeluk dari belakang. Tak payah toleh, bau minyak wangi tersebut sudah dihafal. Dani meletakkan dagunya di atas bahu Amanda.

"Sedapnya bau..!" ujar Dani dengan sengihan yang tidak lekang. Amanda tersenyum juga.

"Abang pergi panggil umi, babah dengan Qira. Manda nak buat air kejap." Dani terus meluru ke depan. Tak lama kemudian, mereka berempat tiba di dapur.

"Emm.. sedapnya bau.. anak babah masak apa ni?" tanya Haji Izwal sambil menarik kerusi dan melabuhkan duduk.

"Masak bihun goreng je bah. Jemput makan, babah, umi." jemput Amanda seraya menyenduk bihun ke dalam pinggan.

"Bihun goreng ni favourite tiga beranak ni, Manda. Kamu tengoklah dorang melantak kejap lagi. Lagi-lagi si Qira ni." ujar Hajah Raizah merujuk kepada Aqira, Dani dan Haji Izwal. Aqira terngangguk-angguk mengiakan.

Terbantut niat Amanda untuk duduk di sebelah suaminya saat Wani yang entah dari mana munculnya terus menempa duduk tersebut. Amanda mengalah dan duduk di sebelah Aqira. Dani tercengang seminit.

"Wah.. nampak sedap je bihun ni. Mak Long masak kan? Abang nak makan? Wani amikkan." serentak dengan itu, pinggan Dani penuh berisi bihun.

"Kamu dari mana, Wani. Takde salam terus meluru je ni?" perli Haji Izwal. Sesudu bihun disuap ke dalam mulut setelah doa makan dibaca.Tangan Wani terhenti dari menyenduk bihun ke dalam pinggannya.

"Err.. Wani dari rumah. Bosan lah sarapan dengan mak. Wani dah bagi salam tadi, tapi takde siapa yang jawab. Itu yang Wani masuk je." balas Wani panjang. Tidak mahu dicop sebagai gadis yang tak tahu malu.

Amanda menjeling suaminya yang berselera menikmati masakannya. Namun, dia terkilan dengan sikap Dani yang membiarkan Wani duduk di sebelahnya. Tidak mahu melayan sakit hati, Amanda menyuap bihun ke dalam mulut Aqira. 'Layan Aqira lagi bagus!'

"Emm.. sedapnya bihun ni. Pandai Mak Long masak.." puji Wani tiba-tiba. Hajah Raizah terkejut melihat Wani yang makan dengan gelojoh.

"Bihun ni Mak Su yang masak." Tersedak Wani mendengar kata yang terbit dari mulut kecil Aqira. Tangannya terkapai-kapai meminta air. Hendak disambar air Dani, tetapi Dani terlebiih dahulu meneguk minumannya sehingga habis. 'Tak nak aku kongsi air dengan minah tak betul ni..' perlahan suara hati Dani. Dan yang sadisnya, tiada siapa yang mahu menghulurkan air buat Wani. 'Padan muka. Tu lah tak baca bismilah lagi. Dah lah makan macam setahun tak jumpa makanan!' terkekek Aqira gelak dalam hati.

"Huh.. " Wani mengurut dadanya setelah meneguk rakus air kosong yang dituang sendiri. "Ehem.. bihun ni pedas sangat. Ayam dia pun besar sangat. Nasib baik Wani tak mati makan bihun ni. Kesian Aqira nak makan." komplen Wani. Amanda sudah tersenyum kelat."Mana ada. Qira makan elok je. Kak Wani yang tak baca bismillah." Aqira menjawab. Wani menjeling ke arah Aqira dan Amanda dan tersenyum sumbing ke arah Dani. 'Tunggulah kau budak!'

Usai makan, Wani 'merajinkan' diri untuk mengemas dapur. Nak tunjuk rajin kat Dani lah kononnya.

"Manda duduk lah depan, biar Wani yang kemas dapur." ujar Wani dengan senyuman plastik.

"Takpe lah. Manda boleh tolong Wani." Wani melirik melihat Dani yang baru bangun dari kerusi.

"Takpe. Biar Wani yang buat." tolak Wani lagi. "Biar je lah Wani yang buat. Manda ikut abang. Kita pergi jalan-jalan." Dani menarik tangan Amanda keluar dari ruang dapur.

"Terima kasih, Wani." ucap Amanda sebelum hilang dari pandangan Wani. Kain buruk di tangan dihempas kasar.

"Aku nak tunjuk baik depan dia, dia boleh tarik bini dia keluar pulak?! Takpe, kau tengoklah. Dani tu aku yang punya." Senyuman sinis terukir di bibir Wani.


Assalamualaikum.. dan selamat err,, *tengok jam* petang? hee :) Chappy 22 are now updated! Yeay.. Harap semua pembaca puas hati dengan bab pendek kali ni. Been too busy all the time =.='

Hmm.. saya rasa makin lama cerita ni macam makin boring.. korang rasa? Drop your comment ek? For those yang nak bagi idea atau nak tanya apa-apa, just comment the story / message saya.., okey? Jangan lupa vote *wink* XD

And! Sesiapa yang nak pupuskan watak Wani ni, bagitahu tau.. saya akan respond to any comment yang korang kasi.. :D

That's all for now.. see you next time and happy reading..!

Awak Ada Saya!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin