Chappy 6

15K 760 2
                                    


"Manda..Manda.. bangun lahh..Kita dah sampai nih.." Rihan menggerak-gerkakan bahu Amanda yang sedang lena membuai mimpi.

"Manda.. bangunlahh.. Dah  malam ni..Baik hang masuk rumah hang cepat. Aku pun nak balik dah ni.."Rihan masih mengejutkan Amanda dengan lembut. Bunyi anjing menyalak menakutkan Rihan. Mereka sampai rumah lambat kerana kesesakan jalan. 

"Tania Amanda binti Mohd Fauzi!!! Bangunlahhhhh!!" Rihan menjerit disebabkan ketakutan yang amat sangat. Tersentak Amanda dibuatnya. Dia memisat matanya perlahan.

"Dah sampai ke, Rynn?" tanya Amanda mamai.

"Hang tanya dah sampai ka belum? Dah setengah jam aku duk kat sini, mengejutkan hang yang tiduq mampuih, hang tau dak? Dengan bunyi anjing dok menyalak lagi!" balas Rihan geram.

"La.. yeke?" jawapan Amanda membuatkan Rihan menghentakkan kepalanya ke cermin kereta. 'Awat hang ni blur sangat, Manda?'

"Yaaa.. Cik Tania Amanda. Sekarang hang buleh angkut barang hang masuk dalam rumah sebelum ada hantu duk kejaq hang satgi." kata Rihan perlahan. Haihh.. penat melayan perangai kawan baiknya itu.

"Yelah.. Kau tak nak masuk dulu ke?" Rihan hanya menggelengkan kepala.

"Aku nak teruih balik ja. Satgi mengamuk mak bapak aku kat rumah tu."

Amanda mengangkut semua beg dan buah-buahan yang dibekalkan oleh tok abah tadi." Setelah berbalas salam, Amanda menapak masuk ke dalam rumah. Suis lampu dibuka menerangi ruang tamu yang cantik dihiasi gambar-gambar keluarganya. Satu  je gambar yang menampakkan kewujudan dia di rumah itu. Gambar keluarga yang diambil semasa berumur 7 tahun. Yang lain semua gambar Amina, Ariz dan Arif. 

Amanda terus menapak ke dalam bilik. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Usai mandi dan solat, Amanda mengemas pakaian untuk dibasuh. Perut yang terasa lapar, membuatkan dia menuju ke dapur. Pintu kabinet dibuka. Beraneka makanan seperti bijirin, biskut, dam bermacam lagi tidak menarik minat Amanda. Dibuka lagi satu kabinet. Matanya terpancar cahaya kegembiraan apabila sepeket magi tom yam berada di celah makanan segera yang lain. Tangannya mula lincah memasak megi kegemarannya.

Amanda membawa megi yang masih berasap dengan segelas air kosong di meja depan tv. Dia mula menjamah makanan selepas membaca bismillah. Rancangan Tom and Jerry di Cartoon Network menarik minatnya. Begitulah kehidupan dia apabila ditinggalkan di rumah berseorangan. Bayangkan kalau dia selalu ditinggalkan di rumah..? Nasib baik Rihan membawanya bercuti di kampung, kalau tidak boleh mereput Amanda di rumah akibat kebosanan. Amanda tidak punya ramai kawan kerana Amina banyak mencanang fitnah untuk memburukkan nama dia di universiti. Cuma, yang betul-betul mengenalinya sahaja yang tahu kebaikan peribadi Amanda. 

Kalau diikutkan, dia memang tak nak satu universiti dengan Amina. Keputusan SPM Amanda yang cemerlang tidak menghalang Amanda untuk memilih apa juga universiti bagi menyambung pelajarannya. Namun, disebabkan Amina, dia terpaksa beralah. Ya, sekali lagi beralah dengan adik kembarnya. Amina cemburu kerana Amanda dapat melanjutkan pelajaran di UPM, universiti idamannya. Jadi, Amina meminta pertolongan ayahnya menggunakan 'kabel' untuk menuntut pelajaran di situ. Kalau diikutkan Amina tidak layak untuk berada di situ disebabkan keputusan SPMnya yang cukup-cukup makan sahaja. Walaupun Amanda dikutuk dan dipulau oleh adik kembarnya, dia tetap melayan Amina dengan baik. 

Sesudah makan, Amanda menutup tv. Dia membasuh segala peralatan yang digunakan untuk memasak tadi. Sebotol air mineral dibawa masuk ke dalam bilik. Amanda duduk termangu di tepi katil. Air matanya menitik membasahi bajunya. Dan seperti biasa, tiada esakan kedengaran. Dirinya bingung memikirkan layanan yang diberikan keluarganya terhadap dirinya. Seolah-olah dia tidak layak mendapat kebahagiaan dari penghuni-penghuni rumah itu. Sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap mereka? Dia juga punya tahap kesabaran. Sudah 10 tahun dia memendam rasa. 10 tahun itu jugalah dia mendapat layanan yang dingin. Amanda tidur dengan tangisan di pipi. Penat memikirkan beban perasaan yang ditanggung selama ini.


 Updated! Sorry kepada yang menunggu entri kali ni... Lappy saya buat hal pulak =.='

So.. how? Pendek ke chappy nih? Hmm.. kalau nak lagi.. sila comment dan vote. okeh? hehehe.. [yeay! dah kurang membebel..!] see you in the next entry! Tata! =)


Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now