Additional Chappy [2]

11.5K 545 24
                                    

Suasana di dalam kereta senyap tanpa sebarang bunyi.  Pemanduan selama 2 jam itu terasa sunyi bagi Dani.

Dilirik matanya ke sebelah kiri.  Amanda sudah terlelap. Wajah kepenatan jelas terpancar di wajah isterinya itu.  Mungkin kerana penat menguruskan mereka sekeluarga.  Lagi-lagi si kembar berdua itu. Lasak bukan main! Hmm.. Kesian mama..

Tangan kiri Dani mencapai tangan Manda dan digenggam erat. Manakala tangan kanannya pula masih memegang stereng kereta.

Sejujurnya, kasih sayang melimpah ruah buat isterinya itu. Keperitan hidup yang pernah dialami oleh Amanda membuatkan Dani lebih menghargai wanita itu.

Nekad Dani, dia akan menjaga dan menyayangi isterinya itu sehingga hujung nyawanya. Insyaallah, Dani masih memohon kepada Allah untuk melaksanakan tugasnya itu sebaik mungkin.

Kembali fokus pada pemanduannya,  Dani melirik pula cermin pandang belakang yang menayangkan dua orang heronya sudah dibuai mimpi manakala Aqira termenung jauh. 

"Qira okey ke? Macam tak suka balik kampung je?" tanya Dani namun matanya masih memandang jalan raya yang agak lengang itu.

Aqira yang seperti terjaga dari lamunannya pantas menggelengkan kepala.

"Takdelah, pa. Qira suka balik kampung. Ada mak tok dengan ayah tok. Qira rindu sangat dengan dorang. Tapi.." Aqira menundukkan mukanya yang muram.

"Tapi?" Dani setia mendengar bicara seterusnya daripada Aqira.

"Qira tak suka dengan Aunty Wani." kata Aqira jujur.  Terasa serba salah pula menuturkan kata seperti itu walhal Aunty Wani itu adalah sepupu papanya.

Dani terdiam sebentar. Tahu sangat kenapa Aqira tidak suka dengan Wani yang sering bertandang ke rumah uminya itu.

Kerap kali Wani mencemuh Aqira. Anak pungut, anak tak kenang budi, anak tak sedar diri dan macam-macam lagi. Itupun Amanda yang beritahu. Depan dia, tak ada pulak Wani nak marah Aqira. Kadangkala,  dia sendiri tidak faham dengan perangai sepupunya itu. Depan baik, belakang tumbuh tanduk.

"Oh.. Pasal Aunty Wani ke? Qira tak payah risaulah. Papa kan ada. Papa akan jadi superman untuk Qira tau. Bila-bila Qira rasa Aunty Wani kutuk Qira, cakap je dengan papa. Pandai-pandailah papa uruskan. Okay dear?" Dani menghadiahkan senyuman manis buat puterinya itu.

"Erm.. Papa tak marah ke?" tanya Qira takut-takut.

"Kenapa nak marah pulak?"

"Qira kan tak suka dengan sepupu papa. Papa kata kita kena selalu baik dengan orang. Lagi-lagi dengan saudara sendiri. Qira rasa bersalah.." tutur Aqira masih memandang ke luar tingkap.

"Well, I did say so. Tapi,  tak semestinya kita kena sentiasa beralah. Kita kenalah pertahankan diri kita. Kalau apa yang Aunty Wani cakap tu tak betul, kita kena tegakkan apa yang betul. Papa tak cakap Qira kena melawan Aunty Wani. Still, you have to show some respect to her. Cuma, kalau dia ada mengata Qira, cakap benda bukan-bukan pasal Qira,  you have to defend yourself. Takkan nak biarkan orang tabur fitnah pasal kita kan?" panjang lebar Dani menerangkan jawapan buat Aqira.

Aqira mengangguk faham.

"Buat baik berpada-pada. Buat-"

"Jahat jangan sekali!" sambung Aqira dengan riang.

"Pandai anak papa!" puji Dani. Aqira tergelak. Lega Dani melihat gelak yang terbit dari wajah Aqira.

"Thanks papa.." ucap Aqira ikhlas. Kini, dia tidak perlu risau dengan kutukan Aunty Wani lagi!

Great! Habis tulis terus publish. Kalau tak hilang lagi.. Haha
So, guys.. I hope korang puas hati dengan entry kali ni. 

Fokus kepada Aqira pulak sebab dulu kan saya kata,  Qira ni ada persamaan dengan Amanda. Hehe..

Bila saya baca balik, rasa macam baik sangat pulak budak Qira ni,  tak sukakan orang pun rasa bersalah. Hmm.. Anyway, drop your comment. And thanks for the star (≧∇≦)

See you guys in the next entry! Tata :)

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now