Additional Chappy [1]

12.8K 517 7
                                    

Assalamualaikum dan holaaaa dear readersss.. Lama tak bersua kan? XD AC[1] siap malam ni hasil usaha cik penulis yang takde keje. Kih kih.. Selamat membaca!

Dani mencapai telefon yang asyik berdering dengan tangan kanannya. Panggilan dijawab dengan salam tanpa melihat nama pemanggil.

"Ha??!!!" Dani terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh si pemanggil.

"Kejap lagi Abang Dani sampai." Telefon ditutup lantas mengemas meja dan terus keluar dari bilik kerjanya.

Kereta dipandu laju menuju ke rumah. Dalam hatinya bergunung doa diucapkan buat seseorang.

Setelah memarkirkan kereta di halaman rumah, Dani meluru masuk sambil memberi salam.

"Sayang! Sayang!" Panggil Dani sambil mencari susuk tubuh isterinya di seluruh kawasan rumah. Amanda yang baru sahaja selesai solat Zuhur, terus keluar dari bilik tanpa menanggalkan telekung.

"Kenapa ni bang? Terjerit-jerit.. Terkejut Manda.."

"Yang, umi sakit! Kita kena balik kampung sekarang." Dengan cemas Dani menjawab pertanyaan Amanda.

"Innalillah. Sabar bang. Siapa yang bagitahu ni?" Amanda menggosok lembut belakang suaminya. Cuba menenangkan gelodak perasaan Dani.

"Wani call abang tadi. Dia cakap umi jatuh katil. Tak boleh bangun dah. Abang risau la, yang. Kita balik kampung eh?"

Hati Amanda mula tidak sedap apabila mendengar nama Wani disebut.

'Entah-entah Wani buat cerita je. Kan dulu dia suka kat Dani. Tapi.. Dia kan dah kahwin sekarang ni.. Takkan dia still suka kat Dani lagi..?'

"Sayang? Manda?" Dani mengawang-awangkan tangannya di depan muka Amanda.

"Hah?" Amanda tersedar daripada lamunannya.

"Ish, Manda ni. Abang cakap, dia menung pulak.." Dani buat muka. Amanda tergelak kecil.

"Yelah bang, kita balik kampung. Manda pun risaukan umi. Abang ambilkan beg bagasi untuk Manda. Lepastu, bagitau hero-hero abang yang kita nak balik kampung ye. Qira tu, kita jemput dia lepastu terus balik kampung. Okey?" Amanda senyum manis.

"Ai ai! Oh, lupa pulak papa kat baby papa ni.." Dani mengusap perut Amanda yang sudah boyot. Lebar jadinya senyuman Amanda.

"Baby papa sihat je. Dia tak sabar nak jumpa mak tok dengan ayah tok."

"Kejap lagi kita jumpa mak tok dengan ayah tok ye.." Makin ligat Dani melayan.

"Eh, abang ni. Cepat lah pergi bagitahu anak-anak. Kejap lagi Qira balik sekolah." Dani tayang sengih sebelum berlalu ke bilik sebelah.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum.." Dani menjengulkan mukanya di balik pintu.

"Waalaikumusalam.. Papa!!" Jerit Darish dan Darwin seraya menerpa ke arah Dani. Dipeluknya Dani dengan gembira.

"Kenapa papa balik awal?" tanya Darwin.

"Papa cuti ke harini?" tanya Darish pula.

Dani menggosok kepala kedua-dua anaknya.

"Papa balik awal sebab... Kita nak balik kampung..!" ujar Dani dengan riang. Kalah kanak-kanak ribena!

Darish dan Darwin bersorak gembira sebelum masing-masing memandang antara satu sama lain. Mereka berjalan ke arah Dani yang berada di atas katil.

"Kampung mama ke kampung papa?" tanya Darish.

"Kenapa kita tiba-tiba balik kampung?" tanya Darwin.

"Lama ke kita balik kampung?" tanya Darish lagi.

"Kak Qira ikut tak?" soal Darwin tidak mahu kalah.

Dani tersenyum mendengar soalan yang bertubi-tubi daripada anak-anaknya. Masak sangat dengan perangai mereka yang suka bertanya.

"Jawapan untuk soalan pertama. Kita balik kampung papa." Jawab Dani sambil menaikkan jari telunjuknya. Darwin dan Darish bersorak. Tahu sangat dorang suka balik kampung Dani sebab boleh kejar segala itik, angsa dan ayam dalam reban Haji Izwal.

Dani menayangkan dua jarinya.

"Jawapan untuk soalan kedua. Kita balik kampung sebab mak tok sakit." Serta-merta Darish dan Darwin menutup mulut dengan mata yang membuntang. Terkejut la katakannn

"Jawapan untuk soalan ketiga. Kita balik kampung bila mak tok dah sihat." Dani menurunkan tiga jarinya yang diangkat sebentar tadi. Darish dan Darwin membuat mulut bentuk 'O'.

"Jawapan untuk soalan keempat. Mestilah Kak Qira ikut kita..!" Darish dan Darwin berjoget gembira. Yelah.. Dah ada mangsa buli. Sejak mereka membesar ni, makin nakal perangai mereka. Kuat mengusik orang disekeliling! Haihh.. Ikut perangai siapalah dorang ni.

"So boys.. Any more questions?" tanya Dani, memandang Darish dan Darwin silih ganti. Pantas sahaja mereka berdua menggeleng sambil tersengih.

"No more questions, papa." Serentak mereka menjawab.

"Good. Sekarang papa nak buat peraturan baru." Dani buat muka serius.

"Ha?"

"Lepas ni kalau nak bertanya.. First, kena angkat tangan. Second, cakap 'Question 1'. Then, bila papa angguk baru tanya. Kalau nak tanya lagi, cakap 'Questions 2' lepastu baru tanya. Third, bila soalan dah dijawab, cakap 'Terima kasih'. Dengan semua orang kena buat macam tu, okey? Faham?"

Darish dan Darwin mengangguk tanda faham.

"Alhamdulillah. Bagus betul anak-anak papa ni. Sekarang abang dengan adik pergi mandi dan siap-siap ye." Pesan Dani sebelum bangun dari duduknya di atas katil.

Sebelum melangkah keluar, Dani berpusing dan bertanya.

"Dah solat Zuhur ke belum?"

"Dahhh!!" Jawab Darish dan Darwin pantas.

"Okay then. Siap cepat." Dani masuk ke dalam biliknya untuk mandi dan bersiap.

Alhamdulillah.. Siap juga Additional Chappy [1] tanpa bantuan lappy.. Penat menaip dengan keypad yang kecik benor ni. Asyik typo je..

What do you think about this chappy? Okey ke idok? Do comment :)

Suka tengok gelagat si kembar tu. Tapi senanya lagi suka dengan papa diorang yang sentiasa melayan kerenah anak-anak. Hehe..

See ya!

Awak Ada Saya!Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ