Chappy 34

14.2K 620 30
                                    

Morning guys..! Alhamdulillah, masih dapat bernafas di bumi pinjaman Allah. Chappy 34 updated! Have a nice day ahead!


"Home sweet home!" ujar Dani puas. Dia melabuhkan duduknya dia atas sofa empuk yang terletak di penjuru dinding. Aqira memandang Dani dengan riak pelik.

"Mama, papa pelik kan sejak kemalangan haritu?" tanya Aqira kepada Amanda yang sama memerhati Dani tersengih sambil menepuk-nepuk sofa lembut tersebut. Gaya macam setahun tak balik rumah je excitednya tu.

"Haah. Papa kan dah hilang ingatan. Kita sama-sama pulihkan ingatan papa ya?" Aqira mengangguk dan terus ke arah Dani. Amanda pula sudah siap mengangkut beg berisi baju kotor Dani ke dapur.

"Awak nak ke mana?" tanya Dani apabila melihat Amanda sedang menyarungkan tudung bawal berwarna kelabu di atas kepala.

"Saya nak pergi pasaraya kejap. Banyak barang dapur tak ada sejak awak masuk hospital haritu. Lagipun sebelum tu saya baru keluar dari hospital." ayat terakhir cuba Amanda perlahankan dari didengari oleh Dani.

"Lagipun umi dengan babah kata nak datang jenguk awak. Babah dengan umi tak dapat datang semalam sebab ada urusan kat kampung. Maybe harini dorang sampai. Tak ada apa kat dapur tu yang boleh dimasak." jelas Amanda panjang lebar.

"Saya drive." kata Dani sepatah. Dani segera mencapai sweater hood yang terletak di tepi dinding tangga.

"Tapi, awak.." Amanda hanya mampu melihat Dani yang sudah bersedia menghidupkan enjin kereta. Aqira pula mengangkat bahu tanda tak tahu dengan sikap Dani.

"Awak sure awak boleh drive?" tanya Amanda kali ke-10. Dani merengus.

"Awak, kita dah nak sampai ni. Kalau saya tak boleh drive, dah lama kereta no tercongok je kat rumah. Saya bukan hilang ingatan nak bawak kereta. Hilang memori je. Tanya pulak reti drive ke tidak.." bebel Dani sambil matanya masih fokus memandu. Amanda mengajuk cakap Dani.

"Saya nampak.." Amanda pantas menutup mulutnya dan tersengih.

"Saya bukan apa.. awak baru keluar dari hospital. Kalau apa-apa jadi, saya yang susah nanti.. kan Qira?" Amanda cuba menutup salahnya.

"Haah.. betul betul. Kalau papa masuk hospital lagi, macam mana? Menangis la mam.." Aqira tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana mulutnya ditutup oleh Amanda.

"Menangis?"

"Haah.. err.. menangislah saya kemas rumah sorang-sorang. Kalau awak ada, saya boleh minta tolong awak." dalih Amanda. Dani memandang Amanda sekilas.

"Kenapa pulak saya kena tolong awak kemas rumah? Itukan memang tugas awak?" tanya Dani selamba.

"Bila masa pulak kemas rumah ni jadi tugas isteri? Apa yang saya tahu, suami yang patut buat semua tu. Isteri tugasnya cuma menjaga anak dan suami je." balas Amanda samnil mengetap gigi. 'Geram pulak aku dengan mamat ni..!'

"Eh? Yeke?"tanya Dani dengan wajah yang sesngaja di'blur'kan. Amanda rasa nak hempuk je kepala Dani.

Amanda terus mengalihkan perhatiannya daripada Dani dan beralih kepada Qira. 'Melayan laki aku ni boleh sakit jiwa aku.'

"Qira nak makan apa harini? Mama masakkan." Muka Aqira bertukar ceria.

"Hmm.. ayam panggang! Boleh ke mama?" Aqira mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali. Amanda tergelak kecil.

"Mestilah boleh. Untuk anak mama ni, semuanya boleh!" jawab Amanda dengan sisa tawanya. Dani mengerling dua beranak yang sedang berborak sakan di sebelah.

"Saya, awak tak nak tanya ke?" Dani berdehem seketika. Malu bertanya soalan seperti itu.

"TAK NAK." jawab Amanda sepatah dan kembali melayan Aqira. Dani mencebik dan meneruskan pemanduannya.

Encik Fauzi meletakkan surat khabar yang baru habis dibacanya di atas meja. Kopi yan masih berasap disisip perlahan.

"Ayah, jom kita pergi rumah Kak Manda nak? Melawat Abang Dani?" tanya Ariz tiba-tiba. Puan Marlinah yang baru menghidangkan kuih seri muka memandang sahaja wajah anak terunanya itu sambil menanti jawapan yang bakal keluar dari mulut suaminya.

"Hmm.. tengoklah." Encik Fauzi mencapai sekeping kuih dan mengunyah perlahan.

"Ayah kan tak busy sekarang ni. Jomlah.." ajak Ariz lagi dengan muka kesian.

"Daripada ayah melawat abang ipar kamu tu, baik kita ke rumah Mina." sampuk Puan Marlinah. Ariz terdiam seketika.

"Baru minggu lepas kita pergi rumah Kak Mina. Abang Dani kan baru je keluar hospital, tak eloklah kalau kita tak melawat diorang.." Ariz mengemukakan rasa tidak puas hatinya.

"Kalau Ariz nak sangat, pergi je lah sendiri. Ibu dengan ayah nak ke rumah Mina." jawapan tegas dari Encik Fauzi membuatkan Ariz tidak mampu berkata-kata.

'Susah sangat ke ibu dengan ayah nak maafkan Kak Manda? Tak.. Ibu dengan ayah tak perlu pun maafkan Kak Manda sebab semua yang berlaku dulu, bukan salah Kak Manda. Kalau lah boleh Ariz ceritakan semuanya...'


Maaf. Maaf. Dan maaf. Saya memang tak reti nak create scene yang suwit muwit. Nak bayangkan, boleh. Nak menaip tu yang tak reti. Agaknya saya sesuai jadi director kott.. Hahahahaha.. sempat lagi cik penulis ni nak berangan! Apapun, hope you guys enjoy it! Tata!

Jangan lupa vote dan comment!

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now