Chappy 30

15K 600 14
                                    

Setelah beberapa hari ditahan di hospital, Amanda dibenarkan pulang. Dalam masa beberapa hari tersebut hanya Ariz yang rajin melawatnya setiap hari. Amanda sudah menjangkakan perkara tersebut, jadi dia tidak berasa terlalu ralat. Lagipun, Amanda belum bersedia untuk berjumpa dengan keluarganya. Mungkin itu yang terbaik buat masa ini.

"Manda duduk sini dulu, abang amikkan air untuk Manda." Amanda mengangguk dan melihat langkah Dani ke dapur. Nafas dihela lemah. Aqira belum pulang dari tadika, jadi rumah agak sunyi.

"Nah." Segelas jus mangga disambut dengan tangan kanan sebelum Dani mengambil tempat di sisi Amanda. Televisyen menayang drama melayu.

Krik. Krik.

"Abang." panggil Amanda tanpa melihat wajah Dani.

"Hmm?"

"Abang rasa apa yang Manda buat ni.. betul ke?" tanya Amanda sambil jari menggosok permukaan jam. Dani menoleh dan mencapai tangan Amanda.

"Abang tahu Manda masih sakit dengan apa yang berlaku. Abang pun rasa terkilan dengan apa yang jadi ni. Tapi, siapalah kita nak sangkal Qada' dan Qadar Allah." Nafas ditarik dan dihembus perlahan sebelum menyambung kata.

"Lagi satu, abang tak salahkan Arif dengan apa yang jadi. Abang faham Manda rasa ralat dengan sikap keluarga Manda. Sebelum ni pun, Manda dah selalu mengalah. Mungkin Manda perlu ambil masa untuk tenangkan fikiran dan jangan terlalu fikirkan masalah keluarga. Abang tahu kenapa Manda dilayan macam tu. Manda dah telan banyak fitnah demi Mina. Manda patut hentikan semua tu. Buat baik berpada-pada. Jangan kita yang kena pijak sudahlah. Walau macam mana kita sayang orang tu, tak bermakna kita kena berkorban segala-galanya untuk dia kan?" panjang lebar Dani memberi nasihat.

Amanda mengangguk tanda faham dengan apa yang baru dituturkan oleh Dani. Dah tiba masanya untuk dia berhenti membela Amina. Kalau tidak, sampai bila-bila Amina takkan berubah.

Jus kiwi disedut perlahan. Wajah Shirr di depan mata menyenangkan hatinya. Tak sabar pula nak bercerita tentang musibah yang menimpa Amanda.

"You know what, Shirr?" Amina memulakan kata.

"Know what?" tanya Shirr sambil menyuap kek ke dalam mulut.

"She lost it."

"Lost what?" tanya Shirr lagi, kebingungan.

"Her child." jawab Amina sepatah. Mata Shirr membuntang.

"Like what?! Her child? Bila masa pulak dia mengandung ni?"Shirr seperti tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.

"Dia baru mengandung. Tak payah la tahu apa-apa pasal ni. But thanks to me, her child is now gone." Amina senyum sinis seraya menghirup lagi jus kiwi di depannya.

"What've you done, beb?" persoalan seterusnya diajukan buat Amina. Senyuman mula terbit di bibirnya. Amina mendekatkan mulutnya dengan telinga Shirr dan bercerita tentang apa yang dilakukannya pada malam Amanda kemalangan. Takkan nak cerita kuat-kuat pulak kan? Nak menempah maut namanya tu.

"You are so great, beb!" kata Shirr selepas mengetahui rancangan jahat Amina terhadap musuh ketatnya.

"Well, you know me." kata Amina bongkak dan senyuman kemenangan jelas terserlah pada wajahnya yang cantik. Cantik muka sahaja tak guna, Puan Amina...

"Tapi, itu baru permulaan. Ada lagi rancangan menarik yang aku dah setkan untuk dia." kata Amina lagi. Rambut yang dibiar lepas ditolak ke belakang.

"Serious?" Shirr sudah teruja.

"Yeah. But this time, kau kena tolong aku." Rancangan licik yang seterusnya sudah berlegar dalam fikirannya.

"Tolong apa?"


Yeahhh...! I post double chappy this time untuk tebus kesilapan saya kerana mengabaikan cerita ini for almost a week. So sorry :(

And this chappy is specially dedicated to those yang sudi coment dan beri semangat untuk saya terus menulis. Thanks jugak pada yang sudi meringankan jari untuk vote cerita saya yang banyak kekurangan ni.. Hehe! Thanks guyss..! I really really appreciate it. Love you guys <3

_Kimchocomarkonah_

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now