Chappy 28

13.6K 651 15
                                    

Assalamualaikum dan helloooo! Akhirnyaaaaa chappy 28 diupdate.. Hehe.. mesti ramai yang tunggu kan? Maafkan cik penulis ye.. Saya sibuk kebelakangan ni. Kuih raya pun tak habis buat lagi.. huhuhu.. sedih betul :'(  But, it's okayy.. untuk korang, saya update cepat2 entry kali ni. Inipun sudah dikira lambat.. Maaf yee.. Mari kita baca chappy 28!!

Matanya dibuka perlahan-lahan. Tangan menghalang sinar yang memeritkan mata. Mata dipejam celik beberapa kali. Lantas, bola mata menerawang setiap sudut bilik.

Hospital.

'Kenapa aku kat hospital?'

Mindanya automatik teringat kejadian yang menjadi dia penyebab dia terlantar di sini. Perlahan.. kepala digeleng beberapa kali sehingga kelajuan bertukar pntas dan air mata gugur mencemari kulit putih yang mulus.

'Tak. Benda tu takkan jadi kan?'

Mata dihala pada perut yang sudah kempis. Amanda menggeleng lagi.

'Anak aku tak mati.. kan?'

Perasaan marah, sedih, kecewa, takut berserabut dalam hati sebelum jeritan Amanda bergema.

Setengah jam sebelum Amanda sedar.

Hampa.

Itu sahaja yang mampu Dani rasakan ketika ini. Baru hendak merasa kebahagiaan, ditimpa musibah yang sangat berat dirasakan.

"Puan Amanda dapat kami selamatkan. Tapi kandungannya.. maaf. Kami dah cuba sedaya upaya. Allah lebih sayangkan anak encik." kata Doktor Adawiyah lemah sebelum beredar.

Dani terduduk. Wajahnya diraup kedua-dua belah tangannya.

'Apa yang aku nak cakap pada Amanda nanti..?'

Arif terkedu mendengar kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Doktor Adawiyah.

'Aku penyebab kematian anak buah aku sendiri?'

Badannya disandar lemah pada dinding.

'Apa yang aku dah buat ni, Ya Allah?'

Perasaan gembira tak dapat Amina ungkapkan apabila anak Amanda meninggal sebelum sempat dilahirkan. Wajahnya yang riang ditutup dengan wajah yang sayu di hadapan ahli keluarganya yang lain.

'Nampaknya apa yang aku rancangkan menjadi. Malah lebih bagus dari apa yang aku duga. Kau layak rasakan kehilangan ni, Manda. Sebab aku pun pernah rasa kehilangan keluarga sendiri.'

Jeritan Amanda menyentak Dani yang tertidur di kerusi luar Laju kakinya melangkah masuk ke dalam wad Amanda. Puan Marlinah dan Encik Fauzi sudah pulang ke rumah. Amina dan Eddy juga pulang ke rumah mereka kerana keesokan hari Eddy bekerja. Aqira mengikut Ariz balik ke rumah Encik Fauzi disebabkan tiada siapa yang akan menjaganya di rumah. Arif pula hilang entah ke mana.

Dani menerpa ke arah Amanda yang sedang menangis. Dipeluknya Amanda erat seperti menyalurkan kekuatan buat isterinya itu.

"Anak kita dah tak ada, bang.." rintih Amanda sayu.

"Allah lebih sayangkan dia.." bisik Dani perlahan. Cuba menenangkan Amanda.

"Manda dah takde siapa-siapa lagi.." kata Amanda lirih. Bahunya tersengguk-sengguk menahan tangis.

"Abang ada. Qira ada. Family abang ada. Family Manda pun ada. Kitorang semua ada untuk Manda." Dani memujuk Amanda sambil menggosok lembut bahu isterinya.

"Manda tak ada keluarga." Dani memandang Amanda dengan riak tidak percaya.

'Takkanlah..'

Alamak! Apa yang dah jadi dengan Amanda? Kenapa Amanda cakap macam tu? Hmm.. tunggu entryy seterusnya yaa..

Jangan lupa vote dan comment! Thanks korang..! 

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now