Chappy 27

14.1K 660 13
                                    

Assalamualaikum dan hai.. Mesti korang terkejut kan tiba-tiba cik penulis update chappy baru secepat ni kan? Baru pagi tadi cik penulis kata tak boleh nak update minggu ni.. tup-tup petang terus dapat chappy baru... Cik penulis ni memang sengal! Haha.. Sebenarnya saya tak sampai hati nak biarkan pembaca tertunggu-tunggu sambungannya.. Mesti frust kan? Hehe.. saya pun dah biasa rasa macam tu bila cerita yang saya minat terhenti macam tu je.. Rasa nak campak je phone dalam tangan.. takpun baling tv ke luar tingkap.. hahaha.. ganas betul cik penulis ni. Jangan risau, itu cuma bayangan saja. Cik penulis ni kecik, nak angkat tv pun tak larat. Nak campak phone rasa sayang pulak.. Eh.. maaf ,, dah lari tajuk pula.. biasalah kalau dah bercerita, tak reti nak berhenti pula.. hehe.. Apalagi.. mari kita redah Chappy 27!!

Suasana di Hospital Serdang huru-hara dengan pesakit yang datang tidak henti-henti. Amanda sudah 4 jam di dalam wad ICU. Dani dari tadi mundar-mandir. Terpancar jelas riak risau di wajahnya. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci. Aqira berada dalam pelukan Ariz. Sudah tertidur, penat mungkin kerana menangis dari tadi. Arif hanya terduduk lemah. Perasaan bersalah menular dalam hati. Tak sangka dia akan berkata seperti itu kepada adik kandungnya.

Peristiwa kedua: Amanda berumur 14 tahun 5 bulan

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Permai Jaya heboh dengan berita tergempar. Arif Tazriq bin Mohd Fauzi mencuri soalan peperiksaan.

Arif dipanggil ke bilik pengetua. Dia berlagak tenang walaupun hatinya berdegup laju.

Knock. Knock.

"Masuk." Langkah kanan didahulukan dengan bacaan bismillah. Arif masuk ke dalam bilik pengetua.

"Duduklah." Arif duduk di sofa yang disediakan.

"Awak tahu apa salah awak?" tanya pengetua. Arif menggeleng.

"Awak disyaki mencuri soalan peperiksaan dan bocorkannya." Arif menunduk.

"Ada apa-apa yang awak nak jelaskan?" tanya pengetua lagi.

"Saya tak buat semua tu. Ini fitnah." Arif membela diri.

"Saya ada bukti. Macam mana jawapan exam awak sama dengan skema jawapan?" tanya pengetua tegas.

"Itu sebab saya hafal satu-satu dalam buku teks." Arif menerangkan. Pengetua menggeleng.

"Ada orang nampak awak masuk bilik saya dan amik kertas jawapan." Arif terkejut.

"Siapa?" tanya Arif tidak sabar.

"Betul awak nak tahu?" Arif mengangguk laju.

"Adik awak yang kembar tu." Arif terkedu. Dalam fikirannya terus muncul wajah Amanda. Setahu dia, sekolah cuma kenal dengan Amanda kerana Amanda agak popular jika dibandingkan dengan Amina.

Sungguh pada saat itu, Arif terasa begitu ralat. Sudahlah pada tahun itu dia akan mengambil SPM. Usahanya selama ini terasa amat sia-sia. Penat lelahnya terasa tidak berguna.

Keputusan telah diambil. Arif dibuang sekolah. Puan Marlinah dan Encik Fauzi amat malu dengan kejadian tersebut. Puan Marlinah bertambah benci dengan Amanda.

Disebabkan Encik Fauzi orang yang beruit Arif terpaksa dihantar belajar ke luar negara untuk menutup malu. Hubungan baik Arif dan Amanda tamat pada malam terakhir Arif di rumah sebelum dia bertolak ke Australia.

Pintu bilik diketuk perlahan. Amanda menjengukkan kepalanya. Arif sedang mengemas baju yang bakal dibawa esok.

"Ada apa kau datang bilik aku ni?" tanya Arif dingin. Baju disumbat masuk ke dalam beg bagasi dengan kasar.

"Manda mesti rindukan abang nanti." kata Amanda sedih. Arif berpaling.

"Buat apa? Kau mesti suka kan? Aku dah takde kat sini lagi."ujar Arif sinis.

"Kenapa abang cakap macam tu?" Amanda memandang wajah kacak abangnya dengan sayu.

"Sebab kau buat aku macam ni." balas Arif acuh tak acuh.

"Apa yang Manda buat?" Arif ketawa sinis.

"Apa yang kau buat? Kau fitnah aku!" suara Arif naik seoktaf.

"Manda tak pernah fitnah abang. Manda kan sayang abang." nafi Amanda. Dirinya terasa sedih apabila Arif yang selama ini bersikap lembut dengannya meninggikan suara terhadapnya.

"Kau sayang aku?" tanya Arif sinis lagi. Sungguh, hanya kata-kata sinis yang akan keluar dari mulut Arif selepas ini. Takkan ada suara lembut lagi. Takkan ada kalau yang bercakap dengannya adalah Tania Amanda.

"Jangan menipu lagi. Aku tak suka dengar apa yang keluar dari mulut kau. Kau berambus sekarang. Berambus!!" Bahu Amanda terangkat kerana tengkingan Arif. Air matanya menitis.

Buat pertama kali Arif menjerkah Amanda.

"Abang tak pernah tengking Manda..." ujar Manda sayu.

"Ohh.. mungkin sebab tu lah kau pijak kepala aku. Kan?" Arif sengih sinis.

"Mulai sekarang, jangan anggap kau adik aku lagi. Kau dah mati bagi aku. Adik aku cuma Mina dan Ariz." Amanda terkedu. 'Takkanlah abang buat macam pada aku..?'

"Tapi..kenapa..?" tanya Amanda sayu.

"Kau tahu aku usaha keras untuk SPM tahun ni. Kau tahu aku berhempas pulas untuk dapatkan straight A dalam SPM. Tapi semua tu dah tak berguna sejak kau buat aku dibuang sekolah. Tak berguna, kau tahu?!" jerit Arif pada Amanda.

"Tapi Manda dah cakap, bukan Manda yang fitnah abang. Bukan Manda, bang." Amanda mendekati Arif yang nampak membara dengan kemarahan.

"Kalau bukan kau, Mina? Dia tu nak bercakap pun susah. Inikan pulak nak melapor pada pengetua. Agak-agak lah kalau nak tuduh orang lain pun!"

"Tapi betul abang. Manda tak buat. Takkan abang tak percayakan Manda. Abang kenal Manda macam mana kan? Manda takkan buat macam tu pada abang." Amanda mencapai lengan Arif.

"Abang kenal Manda kan?" Wajah Amanda yang sayu dipandang Arif. 'Abang sayangkan Manda, tapi semua ni terlalu berat...'

Arif menolak bahu Amanda kuat. Kepala Amanda terhantuk pada almari baju. Amanda mengaduh sakit. Mukanya berkerut.

"Aku dah tak kenal kau. Kau dah mati bagi aku. Takkan ada nama Tania Amanda dalam hidup aku lagi." kata Arif tegas seraya melangkah keluar dari biliknya dan menutup pintu dengan kasar. Badan Amanda terhenjut.

Amanda terdiam buat seketika. Mindanya cuba mencerna apa yang baru dikatakan abangnya tadi.

Sesaat.

Dua saat.

Tiga saat.

Air mata Amanda laju menuruni pipi. Semakin lama semakin kuat memenuhi ruang bilik. Amanda teresak-esak menangis. 'Apalagi dugaan yang Kau beri, Ya Allah? Kuatkanlah aku, Ya Allah..' bisik hati kecil Amanda. Tangisan dihambur sepuasnya.

Arif terduduk di depan pintu. Tangisan Amanda sangat memilukan hatinya. Dulu, dia amat bencikan tangisan Amanda. Tak ada sesiapapun yang boleh membuatkan Amanda menagis. Tapi kini.. dia sendiri yang menerbitkan tangisan Amanda.

Arif menangis sambil menutup mulutnya. Takut didengari oleh orang lain yang menghuni rumah tersebut... dan daripada didengari oleh Amanda. 'Maafkan abang, Manda..'

Malam itu.. secara rasminya hubungan akrab antara Arif dan Amanda terputus. Dan.. bermulanya hidup Amanda tanpa Arif di sisi diganti dengan kebencian Puan Marlinah yang menemani setiap hari serta jelingan sinis Amina yang meranap sanubari.

So.. apa pendapat korang untuk chappy kali ni? Saya rasa sedih pula bila baca chappy ni berulang kali. Tak dapat saya bayangkan orang yang sayang dan lindungi saya selama ni hilang sekelip mata dan bertukar menjadi mimipi ngeri dalam hidup saya.. :(

Apapun..Jangan lupa vote dan comment.. Next chappy akan diupdate tak lama lagi.. Assalamualaikum dan tata! Selamat Hari Raya!! 

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now