Chappy 18

14.7K 763 13
                                    

Assalamualaikum.. dan selamat pagi! Saya tak tahu nak bebel apa pagi-pagi ni, so let's continue the story..! :D


10 bulan kemudian..

"Manda, abang pergi kerja dulu ya? Tak payah pergi kampus harini. Rehat je dekat rumah. Tengah hari nanti abang balik."Pesan Dani setelah Amanda bersalam dengannya. Muka Amanda yang pucat dielus perlahan. Amanda mengangguk dengan senyuman. Sudah dua hari Amanda tidak sihat. Makan tak lalu. Nak bangun tak larat sebab sakit kepala. Nak dibawa ke hospital, tak mahu pula. Manda.. Manda..

"Abang nak makan apa harini? Manda masakkan nanti." tanya Amanda kepada suaminya.

"Masak? Nope. Tak payah masak. Abang nak Manda rehat je harini."

"Ala.. tapi, bang.."Amanda mengerutkan mukanya tanda tidak puas hati apabila Dani menggeleng sambil menggoyang-goyangkan tangannya. 

"Abang pergi kerja dulu. Sayang awak." Dani menggosok kepala Amanda lantas mencium dahi isterinya itu. Rutin hariannya sejak bergelar suami. Amanda terus tersenyum. Terasa diri amat disayangi. Amanda melambaikan tangannya sebelum kereta BMW5 series milik suaminya lesap. 


Panggilan daripada Kak Tini, jiran sebelah rumahnya membuatkan Dani terasa bagai jantungnya ingin tercabut.

"Dani.. Kak Tini jumpa Manda.. tak sedarkan diri dalam rumah." Dani terus mencapai kunci kereta dan menuju ke luar pejabat. 

"Luk, batalkan semua meeting harini. Saya ada hal penting." pesan Dani kepada PAnya.

"Baik, bos!" 

Kereta Dani memecut laju membelah jalan raya. Rasa risau bertimpa-timpa menusuk hatinya. 'Ya Allah, Kau selamatkanlah isteriku..'doa Dani sepanjang perjalanan ke hospital.

Langkah kaki berlari menuju ke wad yang menempatkan isterinya. Dibuka pintu wad, dan wajah Amanda yang pucat ditenung perlahan. Perlahan, dia mendekati katil di mana isterinya sedang beradu. Tangannya mengenggam erat tangan Amanda yang sejuk. 

"Manda.." panggil Dani sambil melabuhkan duduk di sebelah Amanda. Hatinya pedih melihat wajah pucat Amanda.

"Encik ni suami Puan Amanda ke?" terpacul seorang doktor yang bernama Kalish.

"Ya.. kenapa dengan isteri saya?" tanya Dani dengan wajah risau yang tidak dapat disembunyikan.

"Encik jangan risau. Puan Amanda baik-baik sahaja. Dia cuma keletihan. Mungkin sebab keadaannya yang sedang berbadan dua." kata Doktor itu. Wajah Dani yang sedih bertukar ceria.

"Maksud doktor..?"

"Ya. Puan Amanda mengandung 2 bulan."beritahu doktor itu lagi. Saat itu, cuma Tuhan yang tahu bertapa bahagianya insan bernama Dani Rashdan kerana diberi kepercayaan menjadi seorang bapa.

"Terima kasih, doktor. Terima kasih sangat!" ucap Dani dengan gembira. Siapa yang tak gembira apabila ingin menjadi seorang bapa bukan?

"Sama-sama. Cuma, saya nak nasihatkan, pada awal bulan ini, Puan Amanda perlu diberi perhatian yang banyak. Luangkan lebih banyak masa untuknya. Dan jangan beri Puan Amanda stress." nasihat doktor tersebut sebelum berlalu. Dani gembira. Terlalu gembira. Dani sujud syukur disitu. 'Alhamdulillah..'


Kelopak mata Amanda terbuka. Terasa sedikit pening kepalanya. Dia melihat tangannya yang digenggam erat oleh Dani. Tiba-tiba pula rasa dahaga. Tangan kirinya hendak mencapai gelas air yang berada di atas meja. 

"Manda nak air?" Tangan kirinya terhenti mencapai gelas. Wajahnya dialih melihat wajah suaminya yang baru bangun tidur. 'Comel macam biasa..~' bisik hati Amanda. 

"Nah." Huluran gelas diambil. Amanda tersenyum.

"Terima kasih, abang." ucap Amanda seraya meneguk air kosong.

"Abang yang patut ucapkan terima kasih pada Manda sebab..." Amanda setia menanti kata-kata Dani.

"Abang akan jadi papa..!" Amanda terasa seperti ada setitik air mata gugur di kelopak matanya. 'Ya Allah..'

"Betul ke ni, bang?" Dani mengangguk.

"Alhamdulillah, Ya Allah.." ucap Amanda dengan rasa syukur yang melimpah ruah. Dani pantas memeluk erat isterinya itu. Berkongsi kegembiraan bersama.


Hee.. amacam chappy kali ni? Best tak? Enjoy this chappy sebab chappy selepas ini akan ada watak baru. Jahat atau baik? Entah. Kena tunggu la chappy 19. Vote banyak2 dan saya akan update terus chappy 19! Hehe..

See you again..Tata! Thanks kepada yang voted for previous chappy!  


Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now