Chappy 23

14.8K 659 9
                                    

Assalamualaikum dan hallooo..! Kita jumpa lagi.. hehe.. Yup! Ini adalah bonus ke..dua? Maaflah penulis tidak sihat beberapa hari sejak kebelakangan ini, sebab itulah pelupa. Kepala otak pun tak berapa nak betul ni.. Haihh.. -.- Apapun, mari kita baca sambungan AAS!.. yeayyy..! XD Selamat membaca..!

Dani dan Amanda berpimpingan tangan. Aqira pula selesa berada dalam dukungan Dani. Mereka bertiga berjalan keliling kampung untuk mengambil angin sementara cuaca tenang dan redup. Cadang Dani petang ini, dia ingin membawa Amanda berjalan ke pekan pula.

 "Abang," panggil Amanda sambil langkah kaki diatur bersama.

 "Hmm?"

 "Abang memang rapat dengan Wani tu ke?" akhirnya terluah pertanyaan yang kerap bermain di minda Amanda sejak pulang ke kampung. 

"Takdelah rapat sangat. Kenapa?" tanya Dani sambil membetulkan dukungan. Makin berat Aqira ni =.= 

"Manda tengok Wani tu macam suka kat abang je.." perlahan Amanda bersuara. Nada berjauh hati. 

"Kak Wani tu memang macam tu Mak Su. Dari dulu lagi tergedik-gedik dengan Pak Su. Macam sotong takde tulang." kutuk Aqira sambil mencebikkan bibirnya. Dani dan Amanda terkejut mendengar Aqira berkata begitu. Mereka tergelak kemudiannya. 

"Abang anggap dia macam sepupu abang je. Tak lebih dari tu. Manda jangan fikir yang bukan-bukan, okey?" Dani memeluk pula bahu Amanda.

 "Hmm.. boleh percaya ke?" Amanda mengecilkan matanya. Aqira juga mengecilkan matanya, menantikan jawapan dari Dani. 

 "Nak bukti ke?" tanya Dani. Langkah kaki terhenti. Amanda dan Aqira mengangkat kening. 

"Mana?" tanya mereka serentak. Dani menunjuk perut Amanda. Terus merah muka Amanda. Tak semena-mena Dani menerima tamparan berbisa dari Amanda. Aqira pula terkekek-kekek gelak. 

"Abang ni tak malu ke?" tanya Amanda geram.

 "Kata nak bukti.." Dani tersengih. Amanda menggeleng kepalanya. Makin dilayan, makin menjadi-jadi! 

Di kediaman Encik Fauzi."Ibu... Manda tak balik sini lagi ke?" tanya Amina penuh minat kepada ibunya. Puan Marlinah yang sedang memotong bawang, memandang Amina pelik.

"Kenapa Mina tanya? Bukan Mina tak suka dengan Manda ke?" Amina merengus.

"Ibu ni, Mina tanya lain, lain yang ibu jawab!" kata Amina kasar.

"Hmm.. yelah. Manda tak balik lagi. Dia ke Kedah, kampung Dani." kata Puan Marlinah sekaligus meleraikan pertanyaan Amina. Amina mengangguk dengan senyum sinis.

 "Ibu rasa bila Manda balik sini?" tanya Amina lagi.

 "Esok atau lusa la kot. Katanya nak balik sekejap je." Puan Marlinah menjawab terus pertanyaan Amina. Karang tak pasal-pasal melenting lagi.

"Hmm.." Amina menggosok dagunya persis detektif dengan mata yang dikecilkan. Puan Marlinah yang pelik melihat kelakuan Amina dari tadi cuma diam dan meneruskan kerjanya memasak juadah makan tengah hari.

"Ibu, Mina balik dululah. Kejap lagi Ed nak balik." tanpa salam Amina keluar dari dapur. Puan Marlinah mengeluh perlahan. 'Ingatkan nak tolong aku masak. Belum apa-apa lagi dah cabut. Apa nak jadilah dengan Mina ni..'.

Sejujurnya, dia mula membandingkan sikap pendiam Amina dahulu dengan sikap agresif Amina sekarang. Dia juga mula rindu akan Amanda. Teringat pada zaman dulu di mana Amanda sangat rajin menolong dirinya memasak di dapur. Puan Marlinah akhirnya mengeluh dan kembali sambung memasak. 

Amina memandu keretanya laju. Senyuman sinis terukir di bibir sejak pulang dari rumah Encik Fauzi masih tidak lekang.

"Kau tunggu balasan aku, Manda. Jangan ingat kau dah happily ever after dengan suami dan anak buah kau tu.. lagi-lagi dengan kandungan kau tu.." Amina berkata sendirian.

Selepas berjalan selama beberapa minit, Dani, Amanda dan Aqira sampai di sebuah taman. Mereka melabuhkan duduk di atas kerusi yang disediakan. 

"Abang, Manda nak bet dengan abang." kata Amanda dengan yakin. Dani menoleh melihat Amanda. 

"Bet apa?" Dani mengangkat kening. Fuh.. hensemm XD

 "Lumba lari."

 Dani gelak terbahak-bahak. Perutnya dipegang kerana senak. Air mata juga menitik kerana khusyuk tergelak. Amanda merengus. Aqira memeluk tubuh dan memandang Dani geram. 

"Manda tak buat lawak." 

 "Mak Su tak buat lawak." Aqira turut berkata. 

"Okey, okey.." kata Dani sebelum menyambung gelak. Perasaan geram tidak dapat Amanda sembunyikan lalu mencubit lengan Dani. Dani menyeringai. 

"Abang ni, yang gelak macam orang tak cukup usus tu kenapa?" marah Amanda.

"Hahahha.. Setakat lumba lari tu, abang tak payah lari. Abang jalan pun Manda boleh tertinggal kat belakang."Amanda mencebik. 'Mentang-mentanglah kaki panjang, nak sindir aku yang tak berapa nak tinggi la tu..'

 "Abang jangan nak sindir Manda eh? Nanti kitorang tinggalkan abang kat sini sensorang."Aqira mengangguk. Menyetujui kata-kata Mak Sunya. 

"Tinggallah.. nanti abang suruh Wani jemput." selamba Dani berkata. Amanda tersentap. 

 "Baguslah kalau macam tu. Manda pun dah penat jalan dengan abang. Call lah Wani tu sekarang. Tak sampai seminit, mesti dia dah sampai." perli Amanda. Sejak disahkan mengandung, emosinya menjadi tidak stabil. Jiwanya menjadi sensitif. 

Tanpa menunggu lama, Amanda mula bangun dan beredar. Aqira mengikut dari belakang. Aqira menggoyang-goyangkan jari telunjuknya tanda 'Ayok.. tak tahu.. Mak Su dah merajuk..'. Dani membiarkan untuk melihat sejauh mana Amanda mampu berjalan tanpa dia di sisi. 

 Setitik air mata Amanda menitik menyembah jalan tar. 'Sampai hati abang buat Manda macam ni..' bisik Amanda dalam hati. Amanda berjalan dengan laju sehinggakan Aqira berlari untuk berjalan seiring dengannya. 

"Mak Su!" jerit Aqira. Amanda menoleh ke kanan. Sebuah kereta bergerak laju menghampirinya. Kaki Amanda bagaikan terpaku. Dadanya berdegup kencang mengalahkan larian 1000 meter. Dia mahu bergerak, mahu berlari tapi dia tak mampu.. Lalu matanya dipejam, tanda pasrah. 

'Allah.' ucap Amanda dalam hati. Itu sahaja yang mampu dia ucap buat masa ini.  

Oh mai! Apa yang akan jadi pada Amanda? Akan selamat ke Amanda dan kandungannya? Nantikan sambungannya pada minggu depan ye? Kalau ada ramai yang comment, saya akan update terus bab seterusnya.. hehe!

Anyway, harap korang enjoy dengan bab kali ini. Terhasil daripada penulis yang masih demam.. huhuhu :'(  Jangan lupa vote ye.. mana tau boleh sembuh terus demam penulis ni.. (demand betul penulis ni, kan? Ahahahaha.. abaikann) See ya! *Hachumm!* Tata!

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now