Chappy 13

15.2K 825 20
                                    

Allo..! Chappy 13 updated! Disebabkan saya ada masa harini, saya update cepat-cepat entry kali ni. hehe.. Hope korang suka! :D


Majlis perkahwinan Amanda dan Amina cuma tinggal seminggu sahaja lagi. Segala persiapan telah dibuat oleh keluarganya buat mereka berdua. Yeke?


Sebulan sebelum majlis perkahwinan.

"Mina dah beli barang hantaran?" tanya Puan Marlinah pada malam Sabtu itu. Amina menggelengkan kepala dengan muncung di bibir. Mata Encik Fauzi, Puan Marlinah, Arif serentak memandang wajah Amina.

"Kenapa tak beli lagi? Nanti tak sempat, macam mana?" tanya Encik Fauzi prihatin.

"Ed busy la ayah. Dia kata tak sempat. Mina tak nak beli sorang-sorang." kata Amina sedih.

"Kalau macam tu, esok abang temankan Mina pergi beli barang kahwin, nak?" tawar Arif. Amanda yang baru keluar dari 'istana kecil'nya hanya mendengar. Dia mengambil tempat di sisi Ariz.

"Wah! Boleh ke?" tanya Amina teruja. Arif mengangguk dengan senyuman.

"Err.. kalau Manda nak ikut.. boleh?" tanya Amanda kepada Amina dan Arif. Serentak empat pasang mata itu mencerun memandang Amanda.

"Asal kau nak ikut pulak?" tanya Arif kasar. Amina tersenyum sinis.

"Manda, bakal suami kau pun sibuk ke?" tanya Amina sinis. Amanda tersenyum kelat.

"Takdelah.. dia.." belum sempat Amanda bercakap, Arif sudah memintas.

"Dah tu, kau pergi je lah dengan dia. Semak je nak ikut kitorang." kata Arif lagi. Amanda terkedu. Bukannya Dani sibuk. Malah Dani ada mengajaknya membeli barang hantaran, tetapi dia segan. Sebab itulah dia mahu pergi bersama Amina dan Arif.

"Kalau macam tu, takpelah." putus Amanda tanpa niat untuk bergaduh. Ariz merenung Amanda di sisinya. Rasa kasihan melihat layanan Arif dan Amina terhadap Amanda.

"Kak Manda, biar Ariz yang temankan." Amanda tersenyum kelat sambil mengangguk. 'Thanks, boy'

Dalam masa sebulan itu, Amanda menguruskan segala persiapan perkahwinannya seorang diri. Maksudnya, famili Amanda langsung tidak mengulurkan tangan untuk membantu apa yang patut. Tanya apa pun tidak. Semuanya Amanda uruskan seorang diri. Ops, bukan. Dengan Ariz sekali. Ya. Ariz seorang sahaja yang ringan tulang membantunya. 'Huh.. apalah nasib..'

Semakin dekat majlis perkahwinannya, semakin terasa debarnya. Pernah juga Amanda terfikir, kenapalah dia rela hati mengikut kemahuan Amina yang tidak masuk akal itu. Ingat dia dengan Amina ni 'the closest twin ever' ke sampai kahwin pun kena serentak?

Panggilan telefon daripada Rihan dijawab sambil tangannya ligat menghias dulang hantaran yang berwarna ungu.

"How was you going, bride-to-be?" ujar Rihan setelah memberi salam. Amanda mengeluh perlahan setelah menjawab salam.

"Not too good. Being busy all the time." balasnya. Hiasan bunga ditampal. 'Last touch.. and done! Okey, next tray =,='

"So sorry that I can't help you there." kata Rihan bersalah. Dia tidak dapat membantu Amanda untuk persiapan majlis kahwin kawan baiknya kerana ditugaskan untuk menjalankan praktikal di Kuantan.

"It's okay lah, Rynn. Aku tak kisah. Lagipun Ariz ada untuk tolong aku. Iman pun ada untuk teman aku beli barang." kata Amanda bagi mengurangkan rasa bersalah Rihan. Tipulah kalau Amanda tidak sedih apabila kawan baiknya tidak ada bersamanya saat ini. Padahal, dia sangat berharap yang Rihan ada bersamanya. Takdelah dia rasa sunyi sangat. Namun dia sedar, Rihan bukan sengaja untuk berbuat demikian.

"Aku janji, Manda. Kau punya majlis kahwin nanti, aku yang jadi pengapit kau." kata Rihan bersungguh-sungguh. Amanda ketawa kecil.

"Jawatan tu kau sorang je yang layak pegang." Rihan juga ketawa. Kalau boleh saat itu juga, dia ingin berada di sebelah Amanda. Mengusir rasa sedih yang bertapa di hati sahabatya itu meskipun dia dengar gelak tawa Amanda di hujung talian. Tawa itu sungguh sumbang pada pendengaran Rihan. Bagaikan Amanda menyimpan rasa pedih seorang diri. Terasa dirinya seperti kawan yang tidak boleh diharapkan.

"Manda.." esak tangis Rihan kedengaran. Amanda terkedu. Dia tahu kenapa.

"Rynn.. janganlah salahkan diri kau. Aku fahamlah.. Kau bukan sengaja kan? No offense.." pujuk Amanda ikhlas.

"Aku ni bukan kawan yang baik kan? Ariz dah bagi tahu aku semuanya. Kau jangan sorok apa-apa dari aku." kata Rihan lagi dengan esakan kecil. Amanda terdiam. 'Ariz..'

"Rynn.. bagi aku, kaulah kawan terbaik yang aku pernah ada. Takde siapa yang dapat gantikan kau dalam hati aku dan jawatan terhormat kau sebagai bestfriend forever aku. Kau tak payah la percaya sangat cakap Ariz tu. Dia tu memang suka mengadu kat kau pasal aku kena buli dengan Mina. Padahal mana ada. Aku... okey." Payah rasanya Amanda menuturkan kata terakhir itu.

"Manda.. aku janji, aku takkan tinggalkan kau lagi. Apapun yang jadi. I promise." Amanda terharu mendengar kata Rihan.

"Aku percayakan kau, Rynn.." Malam itu, Amanda menghabiskan waktu malamnya dengan bercerita tentang persiapan perkahwinannya bersama Rihan. Masa terasa berlalu dengan cepat.


Amanda termenung di perpustakaan. Seminggu lagi dia bakal bergelar isteri kepada lelaki yang baru dikenalinya selama beberapa bulan. Tak sampai setahun pun. Seminggu bukan masa yang lambat. Pejam celik pejam celik dah seminggu.

'Aku dah bersedia ke jadi seorang isteri?'

'Dani boleh terima aku dengan keluarga aku?'

'Dan yang paling penting.. aku cintakan dia ke?'

Pertanyaan seperti itu berlegar-legar di fikiran Amanda. Keluhan berat dilepaskan.

"Apalah yang akan jadi lepas ni.." gumam Amanda. Sungguh! Dia sudah letih mengikut kemahuan Amina. Sudah penat menahan perit dijerkah Arif apabila kemahuan Amina tidak dipenuhi. Dan.. sudah lelah memujuk hati apabila dirinya disisihkan. Dia berharap, dengan adanya Dani, kehidupannya akan menjadi lebih baik. 'Insyaallah..'

Beg disangkut ke bahu. Buku diangkat dengan tangan kanan. Dan kaki diatur keluar dari perpustakaan. Banyak lagi perkara yang belum diselesaikan. Amanda terus pulang ke bilik dan mengemas barang-barangnya untuk dibawa pulang. Dia akan menetap di rumah memandangkan hari pernikahannya semakin dekat.


Hmm.. kesian Amanda kan? Nak kahwin pun semuanya kena uruskan sendiri. So.. puas hati tak dengan bab kali ni? Drop your comment and vote for this entry. Saya nak tahu jugak berapa ramai yang minat cerita ni dan apa pandangan korang tentang cerita ni.. Kalau ada yang nak betulkan kesalahan atau beri pandangan, sepuluh jari saya tadahkan.. hehe :)


Oh! Lupa pulak.. saya nak ucapkan terima kasih pada yang sudi baca, vote dan comment cerita Awak Ada Saya!. Korang lah pembakar semangat saya untuk terus menulis..! Thanks sangat..! <3 Jumpa lagi! Tata!

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now