Chappy 42

15.9K 744 53
                                    

Assalamualaikum and morning, guyss! Sooo sorry for the late update. Again, lappy buat hal. Internet pun. Berkomplot dua beradik ni nak kenakan saya =.= Haihhhh.. Erm.. chappy kali ni, saya bagitahu awal-awal... pendek. Yup. Pendek je.


Arif hanya mampu mengeluh melihat Amanda termenung di tepi tingkap. Mahunya kena sembur lagi kalau dia tayang muka depan Amanda.

Arif menggeleng kepala. Takkan dia nak biarkan Amanda macam tu je. Dia dah banyak buat salah. Derita yang Amanda tanggung sebelum ni pun dia punya kerja. Dah tahu perangai buruk Amina, lagi la dia tak boleh duduk diam. Perhitungan perlu dibuat dengan Amina!


Dani mendekati Amanda yang masih kaku. Dengan mata yang sembap. Aqira disuruhnya keluar dengan Ariz. Tak mahu si kecil tu melihat mamanya bersedih. Kalau diikutkan, dia tak perlu susah-susahkan diri membela Amanda tadi. Lagipun dia hilang ingatan. Dia tak anggap pun Amanda sebagai isterinya.

Tapi sejak mendengar kisah pahit Amanda membesar dalam keluarga ni.. membuatkan dia seringkali merasa yang dia bertanggungjawab ke atas Amanda. Meskipun, isterinya berlakon bagaikan tidak ada apa-apa yang berlaku antara dia dan keluarganya sendiri.

"Awak.. okey ke?" Dani ketuk kepala sendiri selepas menanyakan soalan itu pada Amanda.

'Of course lah Manda tak okey! Apa benda kau ni, Dani..?'

"Hmm.."Balas Amanda perlahan.

"Awak.." Panggil Amanda. Dani pandang Amanda.

"Duduk sini.." Amanda tepuk katil yang didudukinya. Laju sahaja Dani duduk di situ.

"Kenapa?" tanya Dani.

"Awak rasa saya ni melampau sangat ke?" Amanda tanya Dani sambil memandang rumput yang menghijau di luar tingkap.

"Err.. tak la kot?" jawab Dani teragak-agak. Takkan lah dia nak cakap, 'Memang tak melampau! Patutnya tadi awak tenyehkan je muka Mina tu dengan kaca tadi. Biar padan muka dia..!'

Tapi... itu macam dia dah tahu segala-galanya antara Amanda dan Amina. Dan itu juga bermaksud dia dah langgar syarat Ariz. Pura-pura tak tahu dengan apa yang jadi dalam keluarga ni..

"Saya tahu awak rasa saya melampau. Maaf lah. Saya memang perangai macam ni. Jahat dengan keluarga sendiri. Melenting sesuka hati. Marah orang sesedap mulut. Mesti awak malukan ada isteri macam saya..?" Amanda pandang Dani sekilas. Tiba-tiba air mata nak turun mencurah-curah macam hujan, tapi tetap ditahan Amanda.

'Tak Manda. Awak tak salah. Kenapa awak masih salahkan diri awak sedangkan semua ni bukan berpunca dari awak? Kenapa masih nak tutup salah keluarga awak yang tak percayakan awak? Kenapa masih nak sembunyikan semua kejahatan kembar awak yang perangainya mengalahkan setan tu? Kenapa?!!!' Nak je Dani menjerit pada Amanda macam tu. Tapi pelik pula nanti sebab dia pula yang emo lebih mengalahkan Amanda.

"Tak.. saya tak pernah malu ada isteri macam awak. Walaupun perasaan cinta saya masih tak wujud macam dulu.. Tapi saya masih anggap awak isteri saya. Orang yang wajib saya lindungi."

Amanda gelak. Gelak yang dibuat-buat. Macam mengejek diri sendiri.

"Kalau awak rasa saya ni tak layak dijadikan isteri, saya rela awak lepaskan saya." Setitik air mata Amanda turun terkena seluar jeans yang dipakai.

'Maafkan Manda, abang. Manda kata Manda nak pulihkan ingatan abang. Supaya kita boleh bahagia lagi. Tapi mungkin semua tu angan-angan. Manda takut kalau abang ada dengan Manda, abang terkena tempias dendam Amina. Manda tak nak. Cukuplah memori manis abang dengan Manda je yang hilang. Cukup juga anak kita yang terkorban. Manda tak nak abang lenyap terus atas muka bumi ni. Manda tak sanggup. Kehilangan kali kedua mungkin boleh membunuh Manda pula...'

"Apa awak cakap ni? Saya takkan lepaskan awak. Takkan saya nak biarkan awak tanggung semua ni sorang-sorang? Manda, kalau awak rasa awak sendirian, awak salah. Sangat salah. Sebab awak ada saya! Saya akan setia dengan awak sorang je. Saya hilang ingatan ke, hilang kaki ke, hilang tangan ke, saya akan tetap di sisi awak! Itu janji saya!" Dani emo pula tiba-tiba. Amanda terpegun mendengar kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Dani. Sungguh dia rasa terharu.

"Awak.. saya ada satu permintaan."

"Apa dia?" tanya Dani selepas berdehem menghilangkan rasa malu. Aiseyman.. Emo pulak tadi.

"Cakap kat saya.. My priority is to make you smile. Boleh?"pinta Amanda.

"My priority is to make you smile..?" Serentak dengan itu, Amanda memeluk erat Dani. Rasa tenang. Segala rasa amarah dan sedih hilang begitu sahaja. Senyuman yang ikhlas mula terbit di bibir Amanda.

'Manda rindu nak dengar abang cakap macam tu..'

Dani terkaku dengan tindakan drastik Amanda. Terkedu tak tahu nak buat apa. Tak lama.. Dani membalas pelukan Amanda. Dia juga rasa tenang, rasa damai.

Dan tak semena-mena pula, kepala Dani diserang rasa sakit yang amat.


Dah kenapa pula Dani tu? Migrain ke? Hahaha.. Tunggu next chappy ye. Jangan lupa vote dan comment!

This time.. saya terpaksa tambahkan bilangan vote untuk mengupdate bab seterusnya. Tak boleh jadik ni. Hahahahaha .Dalam masa sehari, saya update dua bab. Huhhu.. Sebabnya, saya takde masa nak siapkan chappy lepas-lepas ni. Hmm.. bilangan vote akan ditambah iaitu above 70. Saya tengok reader untuk setiap bab banyak jugak. Melebihi 80. Lebih seratus pun ada.. So, yeah. See you guys again lepas chappy 42 melebihi 70 vote.

I'm sorry. Dan mungkin reader akan start cakap cik penulis ni demand. AGAIN, saya tegaskan saya tak demand. Cuma, saya orang biasa yang jadikan menulis sebagai hobby. Jadi masa untuk menulis tu tak lah banyak sangat. Kesusahan untuk mengupdate chappy tu ada.

Thanks juga korang sebab sudi vote lebih 50 untuk chappy sebelum ni walaupun saya cakap nak lebih 30. I appreciate it! Sangat!

Maaflah sebab chappy pendek tapi cik penulis ni bebel panjang-panjang. Hahaha Assalamualaikum dan bye!


Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now