Chappy 15

16.2K 796 26
                                    

Assalamualaikum dan hye..! Maaf pembaca semua.. saya x dpt nk update cepat chappy 15 sbb dah dua hari saya xde kat rumah.. hehe.. baru blik semalam, saya terus update harini.. so, yeah, let's proceed with the next chapter!


Selesai bersarapan, Amanda sekeluarga duduk di ruang tamu kerana ada perkara yang ingin dibincangkan. Saudara mara mereka sudah pulang usai bersarapan tadi memandangkan mereka semua perlu berkerja esok hari.

"Ibu, Ed nak bawa Mina tinggal dekat rumah banglo yang mummy dengan daddy dah hadiahkan." kata Eddy sambil matanya melirik ke arah Amanda dengan harapan wanita itu akan jealous dengan dirinya yang mampu memberi Amina tinggal di banglo yang besar hadiah perkahwinan buat dirinya pemberian kedua ibu bapanya.

Puan Marlinah tersenyum gembira. 'Banglo? Wow! Senanglah hidup Mina ni nanti.' bisik hati kecil Puan Marlinah.

"Haa.. eloklah tu. Ibu harap sangat Ed boleh jaga Mina sebaik mungkin. Jangan bagi dia buat kerja berat-berat. Kalau boleh biar dia goyang kaki je dekat rumah tu. Ibu bukan apa, Mina dah selalu sangat buat kerja kat rumah ni. Dah ada suami ni, boleh lah dia duduk senang sikit, betul tak?"

"Betul tu, ibu. Takdelah dia kena marah dengan orang tu lagi. Mina ni dah kira rajin nak tolong orang tu, lain pulak yang orang tu balas kat dia." sampuk Arif sambil mengingatkan seisi rumah tentang perkara yang terjadi tidak lama dahulu. Amanda menunduk kerana terasa dengan apa yang diperkatakan oleh abangnya. Dani mengenggam erat tangan Amanda. Amanda mengangkat muka dan tersenyum kepada Dani. 'Terima kasih, awak!'

"Baiklah, ibu, abang. Ed janji akan jaga Mina baik-baik. Dia akan jadi permaisuri dalam hidup Ed." kata Eddy sambil tersenyum. Amina terasa dirinya dihargai lantas memeluk erat Eddy di sebelahnya.

"Thanks sayang,"kata Amina dengan manja. Encik Fauzi tersenyum senang. 

"Dani pun nak bawak Manda balik rumah Dani. Boleh kan ibu?" tanya Dani.

"Hmm bawaklah." balas Puan Marlinah acuh tak acuh. Dia langsung tidak memandang wajah Amanda di hadapannya. 

"Bila Abang Dani nak bawak Kak Manda balik rumah abang?" tanya Ariz setelah tiada sesiapa yang memberi respon tentang berita itu.

"Petang ni sebab esok abang dah kerja. Qira pun sekolah esok." Aqira di pangkuan Amanda dipandang sekilas. 

"Alah.. tak dapat Ariz nak bermanja dengan Kak Manda lagi dah." kata Ariz sedih. Amina mencebik melihat Ariz.

"Takpe. Bila-bila Ariz senang, datanglah rumah Abang Dani. Nanti abang bawak jalan-jalan." kata Dani lagi sambil tersenyum. 

"Rumah abang kat mana?" tanya Ariz teruja.

"Forest Villa."Semua yang mendengar jawapan Dani terkedu. Termasuk Amanda.

"Cool!" jerit Ariz. Dani dan Amanda tergelak. Amina, Eddy, Arif, Puan Marlinah dan Encik Fauzi terdiam.

Forest Villa adalah kawasan perumahan yang didiami oleh orang yang berpangkat tinggi. Dato' Malik, ayah Eddy pun tidak tinggal di kawasan perumahan itu kerana memerlukan kos yang tinggi. Hee.. untung Amanda :) Amina memandang sinis wajah Amanda yang sedang tersenyum itu.

Amina menanam nekad yang dia akan menlenyapkan senyuman di wajah Amanda. "Kau tak boleh hidup bahagia, Manda. Itu janji aku. Senyum selagi kau boleh sebab tak lama lagi, senyuman itu milik aku seorang.'

Mata Amanda terpegun melihat villa yang terbentang di ruang matanya. Kawasan rumah di kelilingi dengan tumbuhan yang mekar dan segar. Di sudut tepi, terdapat sebuah kolam renang dan sebuah taman yang menempatkan beberapa buah kerusi kayu. 

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now