Chappy 45

16.7K 691 66
                                    

Assalamualaikum dan hai! Chappy 45 hadiah hari Malaysia. Haha. Jangan nangis baca chappy kali ni. *perasan je cik penulis ni. tak sedih pun bab ni. =.=* Bab ni panjaaaaaangg.. Hahahaha. Happy reading !


"Korang ingat senang ke aku nak mengalah ha?! Penat tahu tak aku rancang semua tu kalau macam ni akhirnya?!"suara Amina memenuhi segenap ruang dalam bilik itu. Muka Amanda pucat lesi. Rasanya nak telan air liur pun payah.

Masing-masing sudah panik. Dani lagilah. Takkan dia nak diam je bila nyawa isteri sendiri dah di hujung tanduk.

"Apa benda kau buat ni, Mina?!!" kini suara Arif pula memetir.

"Kau jangan nak tengking-tengking aku boleh tak?! Pekak telinga aku! Aku bunuh minah ni nanti!" Muka Amina yang dibasahi air mata kini bertukar marah.

"Sekarang, jangan sesiapa pun dekat dengan aku. Selangkah korang menapak, gunting ni tercacak kat leher dia!"

Amina kemudian perlahan-lahan mengheret Amanda keluar dari bilik dan terus ke kereta yang terparkir di luar rumah. Rupanya Shirr dah menunggu Amina di luar. Licik betul perempuan ni.

"Aku kena buat perhitungan dengan kembar aku ni. Korang babai la dia awal-awal. Aku risau kalau jasad dia je aku bawak balik nanti." Amina bersuara sarkastik sambil memandang setiap seorang ahli keluarganya.

"And, kalau aku tahu ada antara korang yang ikut aku dari belakang dengan harapan nak perangkap aku then masukkan aku dalam penjara.. Aku sumpah aku bawak balik kepala dia je nanti. Keep that in your mind!"

Sejurus menuturkan ayat tersebut, Amina mengheret Amanda masuk ke dalam kereta dan terus hilang dari pandangan.

"Arif ikut Mina." putus Arif. Kali ni , dia takkan biarkan Amanda menjadi mangsa. Cukuplah derita yang ditanggung Amanda selama ini.

"Tapi, Rif.."

"Ibu, kita takde masa dah ni. Makin lambat kita bertindak, makin bahaya nyawa Manda. Arif tak nak rasa bersalah seumur hidup kalau Arif tak dapat selamatkan Manda. Arif belum sempat minta maaf pada Manda.." tutur Arif penuh emosi.

"Tapi, amaran Mina tu bukan boleh dibawa main.." Puan Marlinah beriak risau.

"Mak cik jangan risau. Yang tu, Rynn dengan kawan Rynn akan uruskan. Abang Arif ikut Mina tapi, kena sentiasa in contact dengan Rynn. Senang Rynn nak jejak abang nanti." Rihan menyampuk. Nyawa kawannya kini dalam bahaya. Dia juga tahu Amina sanggup buat apa sahaja untuk lepaskan dendam kesumatnya selama ini.

"Aku ikut kau, Rif." kata Dani pula Arif mengangguk setuju. Lebih baik berdua dari sendiri. Apa-apa jadi nanti senang.

"Ariz, jaga Qira. Mak cik dan Pak cik stay dekat rumah dengan Ariz." Rihan memberi arahan memandangkan dia lebih tahu mengendali masalah ini.

Masing-masing mula bergerak, melaksanakan tugas yang telah diberi.


Kereta yang dipandu Arif sangat laju. Memandangkan Arif ada meletakkan peranti pengesan di telefon Amina, lebih mudah baginya untuk mengesan keberadaan Amina. Asalnya, dia meletakkan peranti itu untuk memudahkan dia memantau keselamatan Amina, tapi kini peranti tersebut berguna untuk menyelamatkan Amanda. Orang yang tak disangka-sangka untuk diselamatkan pada saat ini.

"Aku takkan maafkan diri aku kalau apa-apa berlaku pada Manda." ujar Arif perlahan. Riak kesal jelas kedengaran.

Dani memandang wajah Arif yang serabut.

"Relax, bro. Insyaallah.. Manda okey. Kita doakan yang terbaik je. Dan usaha untuk selamatkan dia." Dani menuturkan perlahan. Jujurnya ayat yang diungkapkan juga untuk menenangkan dirinya.

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now