Chappy 40

15.2K 781 45
                                    

Assalamualaikum dan selamat pagi =) As i promised.. awal-awal pagi lagi chappy 40 dipublish. Hope you guys enjoy..! 


Arif menghirup kopi yang masih berbaki dalam cawannya. Matanya masih terus menerus menatap skrin i-pad.

"Assalamualaikum, Arif kan?" tegur seorang lelaki tinggi lampai berkaca mata.

Arif angkat kepala sebelum mengangguk dengan teragak-agak.

"Waalaikumusalam. Kita pernah jumpa ke?" tanya Arif sambil mindanya ligat memikirkan sama ada dia pernah melihat wajah di hadapannya ini atau tak.

"Weyh,bro. Aku Lan lah. Alan. Kawan kau masa sekolah menengah dulu." Lelaki yang menggelarkan dirinya Alan terus duduk di atas kerusi berhadapan Arif.

Arif mengerutkan dahinya. Cuba mengimbas zaman persekolahannya dulu. Tak lama kemudian, senyum mula terpamer.

"Ohh.. kau Lan. Baru aku ingat. Pengawas ter'skema' abad dulu." Pecah tawa mereka berdua.

"Kau apa cerita? Sejak kena buang sekolah dulu, langsung kau tak contact aku." tanya Alan.

"Aku.. okey je. Mula-mula memang la susah nak adapt diri kat negara orang. Tapi lama-lama jadi biasa pulak." Arif senyum lagi. Senyum pahit.

"Aku tahu kau tak salah, Rif. Adik kau memang dah lama berdendam dengan kau kan?"Kata-kata Alan membuahkan rasa pelik.

'Bila masa pulak Manda dendam dengan aku?'

"Wait. Apa maksud kau? Manda pernah berdendam dengan aku?" tanya Arif mendapatkan kepastian.

"Eh, bukan Manda. Mila? Mira? Aku lupa la. Tapi adik kau yang kedua tu. Yang pendiam tu." kata Alan yakin.

Arif terkedu. Jangan cakap Alan maksudkan Amina.

"Maksud kau.. Mina?" tanya Arif dengan cuak. Cuak la. Takut kalau apa yang Alan cakap tu betul.

"Haaa.. betullah tu. Mina. Eh, kau jangan cakap kau tak tahu..?" Alan mula rasa pelik.

"Aku.. aku tak tahu. Aku ingatkan Manda." Arif menekur lantai. Mengingat kembali saat dia mana pengetua memberitahu bahawa adiknya menuduh dia melakukan kesalahan terbesar sebagai seorang pelajar cemerlang.

"Mana kau tahu Mina yang buat?" tanya Arif laju. Mana tahu Alan main cakap je. Takkanlah Amina nak buat macam tu? Zaman sekolah dulu pun, tak ramai yang tahu Amina itu adik dia.

"Aku tahu sebab aku sendiri nampak dia masuk bilik pengetua. Aku masa tu baru lepas jumpa Cikgu Ros nak uruskan perkhemahan pengawas. Masa nak balik kelas tu, aku nampak Mina masuk bilik pengetua. Aku ikut dia sampai bilik pengetua. Tapi sebelum tu, aku dengar dia cakap dia ada benda nak cakap dengan pengetua pasal kau. Aku pelik, so aku ikut dia. Aku cuba curi-curi dengar. Yang aku sempat dengar 'curi paper exam' pastu aku dengar dia sebut nama kau. Pengetua mengangguk je. Aku nak curi dengar lagi tapi time tu ramai pulak cikgu nak punch kad kat pejabat. Aku bla lah." cerita Alan panjang lebar.

Hati Arif menjadi berdebar-debar.

'Takkanlah aku salah tuduh pulak? Tapi kalau nak diikutkan, memang mustahil kalau Amanda tuduh aku sebab dia sayang giler kat aku. Aku pun macam tu. Apa-apa yang dia tak puas hati dengan aku pun, mesti dia terus terang. Itu dulu lah.'

"Mana kau tahu bukan Manda yang buat?" tanya Arif. Dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan Alan.

"Masa aku nak sampai kelas, aku jumpa Manda. Dia tanya kau kat mana. Time tu dia baru balik dari library. Kau tahu jelah dia tu suka membaca. Kalau fikir logik, takkanlah Manda tu nak tuduh kau buat kerja gila tu. Dia beria-ria tanya kau kat mana. Katanya nak bagitahu something kat kau. Dia kata cikgu bagi dia loket sebab markah math dia paling tinggi. Kau tahukan dia tu memang terer math." jelas Alan panjang lebar.

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now