Chappy 48

17.1K 639 22
                                    

Assalamualaikum, salam jumaat dan salam sejahtera. Haiiii.. long time no see kan? So sorry :(  saya terlampau busy and banyak sangat problem lately, so tak sempat nak update. Lagi-lagi bila sempat nak balik kampung sambut raya haji. Line kat kampung tak berapa elok =.= Ahahah.. apalah yang saya bebel ni kan? Abaikan dan mari kita terjun dalam chappy 48 ! 


Hari Sabtu. Semua berkumpul di rumah Encik Fauzi bagi meraikan ulangtahun perkahwinan Encik Fauzi dan Puan Marlinah yang ke 30 tahun.

Amanda sibuk di dapur memasak bermacam jenis juadah kegemaran ibu dan ayahnya. Rihan pula sibuk menyiapkan dekorasi kek memandangkan Cik Rynn kita ni pandai sangat buat kek! Haha..

Iman dan Aqira? Dorang berdua duk menyusun meja makan dan menghias ruang tamu dengan belon sampai nampak macam nak sambut birthday party je. Ehehheh..

Ariz dan Eddy menyusun kerusi dan meja supaya ruang tamu nampak lebih luas. Manakala Dani dan Arif membalut hadiah. Terkial-kial jugaklah dorang berdua tu nak membalut hadiah pelbagai saiz. Kelakar pun ada bila tengok dorang tekun sangat membungkus hadiah. Hehe..

Amanda yang berada di dapur menjengukkan kepala, melihat keriuhan rumah dengan pelbagai gelagat yang mencuit hati. Sudah lama sangat dia tidak merasa kemeriahan menyambut apa-apa jenis ulangtahun seperti ini. Terlalu lama sehinggakan dia sendiri tidak ingat bila kali terakhir dia menyambut hari jadinya bersama keluarga tersayang dengan suasana meriah seperti ini.

'Kalau Mina ada, mesti lagi meriah..' Amanda senyum pahit.


"Surprise!!!!"

Encik Fauzi dan Puan Marlinah mempamerkan riak terkejut apabila disergah seperti itu oleh anak menantunya.

"Nasib baik tak tercabut jantung ibu.." seloroh Puan Marlinah dengan tawa kecil sambil mengurut dadanya.

"Alah, kalau jantung Linah tercabut pun, abang sanggup bagi jantung abang pada Linah.." kata Encik Fauzi berserta kenyitan mata buat isteri disampingnya. Puan Marlinah mencubit lengan suaminya.

"Amboi.. baru balik bulan madu pun sampai terbawa-bawa mood honeymoon ke rumah.." perli Arif.

"Haah lah. Bila boleh dapat adik baru?" Ariz senyum meleret sebelum seisi rumah ketawa.

Buat pertama kali dalam hidup Amanda setelah sekian lama dianggap 'asing' , akhirnya Amanda kembali merasakan nikmat mempunyai keluarga yang bahagia. Suasana yang dah lama diimpikannya. Rasa gembira yang meresap ke dalam diri Amanda. Sungguh, dia tak minta yang lain lagi. Cuma keluarga yang saling memerlukan antara satu sama lain. Yang boleh berkongsi suka dan duka bersama. Dan yang boleh memberi sepenuh kepercayaan kepada diri yang serba kekurangan ini.

Selesai menikmati hidangan yang disediakan sepenuhnya oleh Amanda, mereka berkumpul di ruang tamu.

"Arif.. ada benda nak cakap.."

Semua yang berada di ruang tamu memberi perhatian pada Arif. Err..?


6 bulan kemudian..

Tanah kubur di depan ditatap lama.

'Assalamualaikum, Mina.. Akak datang ni.' kata Amanda dalam hati. Tikar mengkuang dibentang.

Bacaan Yaasin berkumandang di tapak tanah perkuburan itu.

"Mina okey kat sana?" tanya Amanda perlahan. Dani hanya berdiri di sisi Amanda tanpa berkata apa-apa. Memberi ruang untuk isterinya 'bercerita' dengan arwah adik iparnya.

"Mina tahu tak? Akak dah dapat sijil konvo semalam. Sorry lah lama tak melawat adik akak ni.." Amanda mengusap lembut batu nisan milik Amina.

"Akak janji lepas ni akak selalu datang lawat Mina. Minaa..." Amanda menahan sebak.

"Akak rindu Mina.. Akak rindu zaman kita kecik dulu. Masa masing-masing tak tahu erti dendam, cemburu. Main dengan gembira... Akak rindu.." Dani mengosok perlahan bahu Amanda.

"Mina tahu? Tak lama lagi Mina akan dapat anak buah. Akak mengandung 2 bulan." suara Amanda bertukar ceria.

"Walaupun akak sedih sebab Mina tak ada dengan akak nanti, akak akan kuatkan semangat untuk lahirkan anak buah yang comel macam mak ciknya ni untuk Mina." Senyuman ikhlas terbit di bibir Amanda.

"Mina.. tak lama lagi, Abang Arif akan kahwin. Mesti Mina nak tahu siapa wanita bertuah tu kan?" Amanda gelak perlahan.

"Tak lama lagi.. Abang Arif akan kahwin dengan Rynn. Akak pun tak tahu bila masa Abang Arif tu jatuh cinta dengan Rynn. Tapi.. okey jugak. Rynn kan geng dengan akak? Hehe.." Amanda mengambil nafas.

"Ibu dengan ayah rindu sangat dengan Mina tapi dorang tak ada kat Malaysia sekarang ni. Ayah ada kerja dekat China. Ibu ikut ayah. Ibu kata kalau dorang dah balik sini, dorang nak cepat-cepat 'jumpa' Mina." Amanda teringatkan kata-kata ibunya yang terlalu rindukan arwah Amina.

"Shirr akan keluar dari penjara hujung bulan ni tak silap akak. Akak dah cuba sedaya upaya untuk keluarkan Shirr. Alhamdulillah, Allah mudahkan semuanya walaupun Shirr keluar agak lambat. Akak tahu Mina mesti rasa bersalah kan sebab Shirr masuk penjara? Shirr tak marah Mina. Dia kata dia memang layak terima balasan tu. Lagipun, dia buat tu sebab Mina kawan baik dia. Dia sayang Mina." Jujur Amanda 'bercerita'.

Masa terasa cepat berlalu apabila jam menunjukkan 10.30 pagi. Dah sejam lebih dia duk 'bercerita' dengan Amina. Lepas ni kena pergi rumah Puan Marlinah untuk tolong apa yang patut di sana memandangkan majlis perkahwinan Arif dan Rihan tak lama lagi.

"Mina.. akak kena pergi. Nanti akak datang lagi ya? Akak sayang Mina.. Assalamualaikum.." Amanda dan Dani beredar selepas menyiram air bunga di atas kubur Amina.

Beberapa tapak Amanda meninggalkan kubur Amina, Amanda menoleh ke belakang.

"Maafkan semua salah akak.." Air mata yang baru hendak menitis dilap dengan jari


Oraitt.. chappy lepas ni adalah chappy terakhir. Kiranya epilog la kan? Hahaha. Tak sangka masa berlalu dengan cepat. Tahu-tahu je habis dah cerita ni. Hehe .. Yang penting saya puas hati dengan sambutan dan sokongan korang terhadap AAS! 

Arigato. Gracias. Thanks. Terima kasih :) 


Awak Ada Saya!Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt