Chappy 41

15.5K 762 62
                                    

Assalamualaikum dan hai! Hmm.. cik penulis dah nampak kesungguhan korang nak baca chappy 41. And cik penulis rasa terharu. Sob sob T^T Sorry lambat update. Internet buat hal =.= So.. yeahhh lets proceed !!


"Apa masalah kau hah?!" suara Amina melenting kuat memenuhi villa Encik Fauzi.

Semuanya berpunca apabila Amina terlanggar dinding semasa ingin ke depan dengan secawan air di tangan.

"Eh, kau yang langgar dinding, salahkan aku pulak." kata Amanda sambil memandang muka Amina yang bengis.

"Aku nak mengelak kena kau, sebab tu aku jalan dekat dengan dinding. Kau tengok apa dah jadi?!" Amina masih mempertahankan dirinya yang terang-terang salah.

"Aku tak suruh pun kau elak aku. Lagipun jalan ni besar. Tak payah nak elak sangatlah." kata Amanda acuh tak acuh. Malas nak melayan perangai Amina.

"Aku tak kira. Aku nak kau kutip cawan yang pecah ni." Amina memberi arahan.

"Eh, kau yang pecahkan, kau la yang kutip." kata Amanda selamba. Malas nak beralah dengan Amina lagi. Dah penat melayan perangai Amina yang makin menggedik.

"Banyak cakap pulak kau. Aku suruh kutip tu, kutip jelah!"arah Amina lagi.

Muka Amanda menjadi merah menahan marah. Dia mula tunduk untuk mengutip cawan yang sudah berterabur. Amina senyum sinis.

"Jangan." Amanda dan Amina serentak menoleh ke arah suara itu.

Dani berjalan ke arah mereka berdua. Amanda pantas berdiri.

"Apa pulak yang jangannya? Manda yang jatuhkan, dia kena lah kemaskan balik." Amina menunjukkan riak tidak puas hati pada Dani.

"Yeke Manda yang jatuhkan? Aku nampak tadi kau yang terlanggar dinding lepas tu cawan kau pecah." soal Dani, memandang Amina tajam.

Amina jadi kaku buat seketika. Terkejut dengan Dani yang menggelarkan dirinya 'aku' sedangkan sebelum ini lelaki itu cuma diam dan menolong Amanda melakukan semua arahannya.

"Kalau aku yang buat pun, apa masalahnya? Aku cuma suruh dia kutip caawan yang pecah ni. Itu pun salah ke?" Amina kembali membalas renungan tajam Dani.

'Ingat aku nak mengalah macam tu je ke?' bisik hati jahat Amina.

"Kalau kau yang buat, kau lah yang kemas. Kenapa suruh orang lain? Budak tadika pun tahu. Tak pernah pegi tadika eh? Lagi satu, nak minta tolong kena baik-baik. Tak perlu terjerit terlolong mengalahkan kuntilanak. Ke ada niat nak berlakon jadi kuntilanak?" soal Dani sinis.

Amanda terkedu. Sungguh dia tak menyangka Dani yang 'baru' ini pandai melawan. Kalau macam ni, biar hilang ingatan teruslah. Senang! Hahahaha

"So what? Kalau aku suruh Manda kemas.., Manda. Kemas. No excuse." Amina sudah mencekak pinggang.

"Apa bising-bising ni?" Muncul Puan Marlinah dan Encik Fauzi dari tingkat atas. Amanda menggeleng kepala. 'Bala apa pulak nak jadi lepas ni..'

"Manda ni ha.. Orang suruh mintak tolong bukan main payah lagi." Amina mencebik sambil mendekati Puan Marlinah. Nak mengadu la tu!

"Manda, apa yang susah sangat nak tolong Mina? Kutip cawan je kan? Macam lah tak biasa buat." kata Puan Marlinah menyebelahkan Amina.

"Sebab Manda biasa buat la Manda tak nak buat. Apa kata suruh orang yang tak biasa buat ni buat kali ni..? Tak susah kan?" Tanya Amanda sambil menunjuk ke arah Amina. Amanda pun tak tahu dari mana dia dapat kekuatan untuk cakap macam tu depan ibu dan ayahnya. Lagi-lagi depan Dani.

"Ibu.." rengek Amina. Dani pula yang meluat melihat aksi Amina.

'Ed.. mana kau ni.? Cepatlah amik bini kau ni sebelum ada yang makan selipar aku..' gumam Dani dalam hati.

"Kau kan tahu Mina tak reti buat semua ni? Apa salahnya tolong? Boleh mati ke?" Ecik Fauzi pula bersuara. Semua terkedu mendengar kata kasar yang terbit dari mulut Ancik Fauzi.

"Kalau tak mati tolong orang, buat sendirilah! Kenapa suruh Manda pulak? Kata jaga laki macam baby, takkan kemas kaca pecah pun susah? Kalau tak reti, belajar. Jangan nak ambil kesempatan pulak. Kau ingat aku tak tahu ke kau sengaja jatuhkan cawan tu tadi? Aku nampak lah Mina!" kata Amanda dengan nafas tertahan. Rasa macam nak menangis je.

"Tania Amanda!" serentak Puan Marlinah dan Encik Fauzi menegur.

"Manda nak penat dengan semua ni. Sampai bila Manda nak mengalah dengan Mina? Sampai bila? Sampai mati?! Manda butakan diri Manda dengan apa yang Mina buat selama ni. Tak tolong ke tu?!"

Dani melihat Amanda yang sudah menahan tangis. Menggeletar tubuh isterinya menahan marah.

"Dan kau, Mina! Jangan ingat aku akan mengalah dengan kau lagi. Aku takkan jadi Manda yang dulu. Bodoh dan tuli dengan apa yang kau buat pada aku! Kau tahu tak semua ni sakit? Lagi sakit dengan apa yang kau rasa dulu! Kau hilang keluarga. Tapi aku? Aku hilang anak aku.. kau tahu tak rasa sakit tu macam mana? Kau pernah hilang anak? Aku hilang suami. Aku tahu kau yang rancang kemalangan Dani kan?!" Amanda sedikit menjerit. Rasa marah terlalu menguasai diri.

Amina terdiam. Mukanya terpamer riak bersalah. 'Mana Amanda tahu aku yang rancang kemalangan Dani..?'

"Manda..." satu suara memanggil dari ruang tamu. Arif berdiri statik. Kaku melihat situasi yang belum pernah terjadi dalam vila ayahnya.

"Kenapa? Abang pun nak marah Manda jugak? I don't care! Abang tak pernah percayakan Manda. Manda cakap Manda tak tuduh abang, tapi abang still tuduh Manda. Manda ingatkan pada abang sorang je Manda boleh bergantung lepas ibu dan ayah bencikan Manda. Manda ingatkan abang sorang je yang percayakan Manda. But it seems like i'm wrong. Totally wrong." Amanda geleng kepala dengan pipi yang mencurah dengan air mata.

"Abang lagi kejam dari ibu dan ayah. Abang kutuk Manda, hina Manda, abaikan Manda, buat Manda macam makhluk asing, dan pada abang.. Manda ni tak ubah macam perempuan malang!" Naik turun dada Amanda menahan rasa marah.

'Memang abang bersalah pun, Manda.. And I'm sorry for that..' Arif bersuara dalam hati. Tak mampu nak ucapkan maaf dalam keadaan ini.

"Abang.. Manda ada hati, ada perasaan.. Kenapa abang buat Manda macam ni? Kenapa abang bunuh anak Manda..?" rintih Amanda sambil terduduk.

Dani terdiam. Semua terdiam. Melayan kata-kata Amanda yang selama ini mereka abaikan.

"Mina.." Amina memandang wajah Amanda yang mendongak melihatnya.

"Kenapa kau buat aku macam ni? Dosa sangat ke aku pada kau? Jahat sangat ke aku di mata kau? Kejam sangat ke aku sebagai kakak kembar kau?" Amina memalingkan mukanya dari menatap mata sayu Amanda.

"Kau.. masih tak rasa apa yang aku rasa. Semua ni.. belum cukup puas untuk aku." Serentak dengan itu, Amina berlalu keluar dari rumah.

Amanda kembali merenung lantai. Menghamburkan tangisan yang lama dipendam. Dani duduk di sisi Amanda lalu memeluk tubuh kecil Amanda.

'Sampai bila kau nak puas hati dengan aku, Minaa..?'


So how about this chappy? Puas hati tak bila Manda mengamuk? Hahahah.. Drop. Drop. Drop. Your . Comment.

Chappy seterusnya pun akan diupdate kalau dapat vote melebihi 30. Kalaulah. Hahahahha. Ok. Tata!


Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now