Chappy 16

15K 741 3
                                    

Assalamualaikum..! Sorry korang lambat update.. huhu.. Saya baru balik bercuti dengan family.. Too tired untuk update new chappy =.=.. Maaf. Maaf. Dan maaf. So.. tunggu apa lagi? Jom baca Chappy 16..! XD


Jus tembikai dihirup dengan rakus. Panasnya cuaca hari ni. Amina berkerut apabila teringatkan senyuman di wajah kembarnya.

"Kau nak buat apa dekat kakak kembar kau tu?" tanya Shirr yang sedang menyedut jus mangga di hadapannya.

"Aku nak buat dia menderita. Penat lelah aku selama 10 tahun takkan berguna kalau aku nampak dia senyum balik. Macam-macam benda aku buat untuk lenyapkan senyuman tu. Takkan aku nak diam bila dia gembira balik..?" kata Amina dengan kerutan di dahi. Wajahnya dikipas-kipas menahan bahang luar dan dalam dirinya.

"Aku tahulah.. Aku tanya apa yang kau nak buat dekat dia..?" ulang Shirr menjelaskan lagi pertanyaannya. Amina berbisik di telinga Shirr sebelum tersenyum penuh makna. Shirr yang mendengar juga turut tersenyum. 

'Kau takkan dapat hidup bahagia selama-lamanya, Manda..'


Amanda mengelap peluh di dahi. Sudah 30 minit dia menunggu teksi untuk pulang ke rumah. Namun, tiada satu teksi pun yang lalu di hadapannya. Telefon bimbit di dalam begnya berbunyi. Skrin telefon yang tercatat nama Dani dijawab dengan salam.

"Manda dekat mana ni?" tanya Dani di hujung talian.

"Manda dekat depan kampus. Tunggu teksi." jawab Amanda sambil duduk di atas kerusi yang disediakan. Sudah penat dia berdiri.

"Kenapa tak call abang?"Amanda menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Manda tak nak susahkan abang. Abangkan kerja." jawab Amanda perlahan. Matanya terlihat Amina yang sedang melambaikan tangan dengan gedik ke arahnya dari dalam kereta yang dipandu oleh Eddy.

"Husband busy ke?" tanya Amina sinis. Eddy hanya tersenyum kecil.

"Nak Ed tumpangkan?" pelawa Eddy tanpa menghiraukan jelingan Amina di sisi. Amina menepuk kuat lengan Eddy. 

"Kenapa dengan you ni?" tanya Eddy geram sambil menggosok tangannya yang terasa pijar.

"Tak pe. Tak payah susah-susah. Abang Dani nak amik Manda nanti. Korang balik lah dulu." kata Amanda kepada Amina dan Eddy.

"Memang aku tak sudi nak tumpangkan kau pun! Jom, sayang.." balas Amina sombong. Eddy tersenyum kelat sambil berlalu.

"Manda? Manda?"

"Ye, abang. Manda kat sini." jawab Amanda dengan ketawa kecil apabila mendengar suara cemas Dani.

"Manda tunggu dekat situ. Kejap lagi abang sampai." putus Dani.

"Tapi, ab.."Dani sudah memutuskan talian sebelum sempat Amanda berkata apa-apa.

10 minit kemudian.

Kereta Bugatti Veyron yang berwarna putih berhenti betul-betul di hadapan Amanda yang sedang membaca buku. Amanda hanya memandang sekilas kereta dihadapannya. Pemandunya tidak jelas kerana cermin kereta kereta tersebut ditinted. Siswa dan siswi yang duduk berhampirannya melopong melihat kereta yang dikira terpantas di duni berada di depan mata.

"Nak abang dukung masuk dalam kereta ke?"Amanda pelik. Macam pernah dengar je suara tu. Matanya masih menatap buku di ribanya.

"Tania Amanda binti Mohd. Fauzi, nak abang dukung masuk dalam kereta ke?"Mendengar nama panjangnya disebut, serta merta matanya dikalih pada pemandu Bugatti Veyron tersebut. Wajah Dani kelihatan setelah cermin kereta diturunkan.

"Abang..!" Amanda pantas masuk ke dalam kereta kerana malu dengan jelingan rakan sekampusnya. Dani tergelak melihat wajah Kelam kabut Amanda.


"Bila masa abang beli kereta ni? Manda tak pernah nampak pun?"tanya Amanda selepas membetulkan duduknya di dalam kereta.

"Dah lama. Abang simpan dalam garaj." jawab Dani yang masih meneruskan pemanduannya.

"Lepas kita amik Qira, kita pergi Giant kejap. Beli barang dapur." Amanda mengangguk mendengar kata-kata suaminya. 

"Manda.."panggil Dani meleret.

"Hmm.. ada apa?"Amanda membalas sambil matanya menatap skrin telefon yang dipenuhi notification dari aplikasi whatsapp.

"Sebelum abang datang tadi, Manda cakap dengan siapa?"

"Err.. dengan Mina.." jawab Amanda perlahan.

"Dia cakap apa?"

"Takde apa-apa," Dani tahu Amanda tidak pandai berbohong.

"Abang kan dah cakap, jangan rahsiakan apa-apa dari abang..?" Dani melirik wajah serba salah Amanda.

"Ermm.. Mina sindir Manda je tadi.. Takde apa-apa pun. Abang tak payah risau. Manda tak rahsiakan apa-apa dari abang." kata Amanda dengan senyum kelat.

"Janji eh?" Dani menggenggam tangan Amanda sambil matanya mencari anak mata Amanda. Amanda mengangguk.



Chappy 16 updated! Maaf kepada yang lama menunggu chappy ini. And thanks kepada yang sudi baca, vote dan comment cerita saya ni. Happy sangat bila tahu ada orang suka baca cerita saya.. :D. Btw, saya akan update chappy seterusnya secepat mungkin. Keep on voting, okay? <3 ;)

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now