Chappy 10

16.5K 774 10
                                    

Assalamualaikum and Haii!! Again, sooo sorry sbb lambat update. My mum tak kasi bukak internet sbb adik saya buat hal =,= urghh!! So, lets proceed with the next chappy. Enjoy it!

Amanda menjadi runsing apabila dia memikirkan masalah yang ditimbulkan Amina. Mana dia nak cari bakal suami secepat mungkin? Kawan lelaki pun takde. 

Masa lapang yang ada sementara kelas kedua berjalan dihabiskan di The Mines. Sambil itu, dia boleh mencuci mata dan menenangkan fikiran. Amanda singgah di Secret Recipe apabila dia terasa lapar melihat kek yang tersusun rapi. 

Sedang enak dia menjamu selera, matanya ternampak kelibat Aqira yang duduk di kerusi yang disediakan berdekatan meja Amanda. Amanda menggosok matanya beberapa kali. 

"Betullah. Tu Aqira." kata Amanda sambil melangkah ke arah gadis kecil itu. 

"Qira!' panggil Amanda. Aqira menoleh apabila namanya disebut. Dia berlari ke arah Amanda.

"Qira buat apa kat sini?" tanya Amanda sambil mengusap kepala Aqira.

"Pak Su suruh Qira tunggu dekat sini kejap. Qira tunggulah. Tapi, dah lama Qira tunggu, Pak Su tak datang pun." Jawab Aqira. 

"Ish! Nak kena Dani ni..! Sampai hati dia tinggalkan Qira kat sini?" gumam Amanda dengan geram.

"Qira dah makan?" tanya Amanda lembut. Aqira menjawab dengan gelengan. 

"Jom Mak Su bawak Qira pergi makan, nak?" Aqira mengangguk dengan senyuman. Amanda membawa Aqira ke Big Apple untuk mengisi perut.

"Qira dengan Pak Su sebenarnya duduk dekat mana?"tanya Amanda sambil mengelap mulut Aqira yang comot.

"Kuala Lumpur."Aqira menoleh ke belakang. Amanda mengangkat muka. 'Heh, dah sampai pun pak cik yang paling tak bertanggungjawab dalam dunia ni..'

"Pak Su, meh duduk sebelah Qira." pelawa Qira sambil menepuk-nepuk kerusi di sebelahnya. Dani terus duduk di sisi Aqira yang berhadapan dengan Amanda. 

"Thanks bagitahu saya awak nak jaga Qira." ucap Dani perlahan. Dia teringat pesanan ringkas yang diterima tadi oleh Amanda yang memberitahu bahawa dia ingin membawa Aqira ke Big Apple.

"Lain kali jangan buat macam tu lagi. Kalau jadi apa-apa kat anak buah saya ni, macam mana?" Amanda segera menampar mulutnya apabila dia menyedari mulutnya melakukan kesilapan dalam berbicara. 'Sejak bila pulak Qira ni jadi anak buah kau, Manda?'

"Hahaha.. yes maam! Saya akan jaga 'anak buah' awak ni baik-baik macam saya jaga nyawa saya." balas Dani sambil menyambung gelak. Tangannya diangkat tabik hormat. Perkataan 'anak buah' ditekan.

'Hee.. mamat ni.. karang ada yang makan kasut!' kata Amanda dalam hati. Geram dia tengok Dani yang gelak sakan. Entah apa yang kelakar sangat sampai gelak macam tu sekali. Agaknya bagi penyepak baru diam.

"Ehem.. awak sebenarnya tinggal kat mana?" Amada cuba menukar topik. Tak sanggup dia tengok Dani ketawa macam tu. Boleh cair hati ni.. 'Erk, Manda?'

Dani berhenti gelak. "Saya tinggal kat KL la."Amanda pelik.

"Habistu haritu awak ada kat Kedah."

"Saya tinggal kat Kedah." Amanda mendengus geram. 'Orang tanya baik-baik. Dia jawab main-main pulak.'

"Dah lah. Malas nak layan!"kata Amanda sambil memeluk tubuh.

"Alah, janganlah cemtu. Okay, okay. Kedah tu kampung Qira. Which means kampung saya jugak. Saya duduk kat Cheras. I've been living there for about 5 years ago." jawab Dani sambil menyedut minuman Aqira. Mukanya yang poyo terserlah. Aqira membentak geram kerana pakciknya sesuka hati meminum jus oren kegemarannya. 'Dia pikir cool la buat macam tu? Puihh..' kata hati Amanda sesudah Dani menjawab soalannya.

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now