Chappy 21

14.3K 660 19
                                    

Assalamualaikum.. and hai hai :) Chappy 21 updated. And.. yup! This is bonus..! Yeayyy XD Happy reading.. :D


Amanda sedang bermain buaian di taman sambil ditemani Arif. Riak wajahnya mereka sangat gembira. Ariz juga tergelak melihat Amanda yang gembira apabila buai yang diayun Arif terayun laju. "Abang.. Manda takutlah! Perlahan sikit....!" Arif hanya tersengih dan terus mengayun laju buaian tersebut. Namun, bila air mata Amanda mula menitis, Arif segera memberhentikan buai tersebut dan manjadi cemas. Amanda segera dipeluk.

"Sorry, Manda. Abang tak sengaja." ucap Arif dengan perasaan yang sangat bersalah. Ariz juga turut memeluk Amanda yang sedang menangis. Setelah tangisan Amanda reda, mereka kembali bergelak tawa. Sepasang mata sayu memerhatikan telatah tiga beradik itu. Perasaan cemburu meluap-luap dalam diri.

Sejak kecil, Amina disisihkan oleh keluarganya kerana sifatnya yang pasif dan tidak mudah bergaul dengan orang. Malah Amina tidak sepandai Amanda yang sudah pandai mengeja semasa berumur 5 tahun jika dibandingkan dengan Amina yang tidak tahu apa-apa walaupun sudah berumur 7 tahun!

Encik Fauzi dan Puan Marlinah melebihkan Amanda dalam semua perkara. Bagi mereka, Amanda seorang anak yang istimewa. Oleh itu , lebih perhatian ditaburkan buat Amanda. Manakala, Amina hanya dijaga oleh pembantu rumah mereka. Meskipun Amanda melayannya dengan baik, tetapi apabila melihat senyuman di wajah manis Amanda ketika dilayan oleh Arif, dia nekad. Senyuman di wajah Amanda perlu digantikan dengan senyuman di wajahnya.

Bertahun Amina makan hati dengan layanan yang diberikan oleh keluarganya buat diri sendiri. Apabila meningkat dewasa, Amina mula berfikir cara untuk mendapatkan kasih sayang ibu, ayah, abang dan adiknya. Namun, dia sedar, dia tak mungkin dapat berebut kasih sayang dengan Amanda. Tapi, dia boleh lenyapkan dan alihkan kasih sayang tersebut. Amina mula merancang fitnah untuk menjatuhkan Amanda.

Hari demi hari, semakin banyak fitnah yang ditabur. Semakin lama, wajah Amanda sudah biasa kelihatan muram. Malah, Amanda sering menangis.

Peristiwa pertama: Amanda berumur 13 tahun.

Amanda pulang dari rumah dengan perasaan gembira. Markah matematiknya 100%. Tak sabar untuk dia tunjukkan kepada kedua orang tuanya.

"Assalamualaikum.. ibu, ayah!" ucap Amanda selapas menanggalkan kasutnya dan menyusun di rak kasut. Suasana tegang menyelubungi runag tamu waktu itu. Amanda mendekati Puan Marlinah yang berwajah muram.

"Ibu, kenapa ni?" tanya Amanda bingung. Kertas matematiknya disorok di belakang badan. Dia tahu tidak sesuai untuk menceritakan tentang markah itu sekarang.

"Shobi dah mati." sepatah ayat yang terkeluat dari mulut Encik Fauzi cukup membuatkan Amanda terkedu. Wajah Arif, Ariz ditatapnya. Amina hanya menunduk sedari tadi.

"Macam mana boleh jadi macam tu?" tanya Amanda sebak. Shobi adalah arnab kesayangan Puan Marlinah. Setiap petang Amanda akan bermain dengan Shobi untuk menghilangkan bosan. Lama-kelamaan, Amanda sangat menyayangi Shobi.

"Manda, cakap jujur dengan ibu. Manda bunuh Shobi ke?" Pertanyaan yang terbit dari mulut Puan Marlinah menyentak Amanda.

"Takkan Manda nak bunuh Shobi? Manda sayang Shobi sama macam ibu sayang Shobi." jawab Amanda. Hatinya terguris apabila ibunya sanggup bertanya seperti itu kepadanya.

"Manda jangan tipu. Mina yang bagitahu ibu yang Manda tak tutup sangkar Shobi semalam." Puan Marlinah masih menuduh Amanda. Amanda terkejut. Sangat terkejut. Anak matanya mencari anak mata Amina. Amina hanya menunduk.

Amanda serta merta teringat kejadian malam semalam. Semasa Amanda hendak ke dapur, dia ternampak Amina sedang bermain dengan Shobi. Amanda hanya buat tak tahu kerana dia tahu Amina tidak berani untuk bermain dengan Shobi pada waktu petang oleh sebab masa petang Shobi terluang bersamanya. Tetapi, tak lama kemudian, Amina masuk ke dalam tanpa mengunci sangkar Shobi. Sangka Amanda, Amina hanya masuk ke dalam sekejap dan akan keluar semula. Oleh sebab itu, Amanda hanya membiarkan. Tak sangka pula, Amina tidak menguncinya kembali sehingga membawa kepada kematian Shobi.

"Tapi, ibu.. semalam Manda nampak Mina yang.." Amanda ingin menjawab, tapi Amina pantas memintas katanya.

"Mina sumpah Mina nampak, ibu. Manda tak kunci sangkar Shobi petang semalam." Amanda tersentak.

"Mina..." Setitik air mata Amanda jatuh setelah menyebut nama itu. Sungguh dia tak sangka Amina kan menuduhnya sebegitu rupa.

"Kalau ibu tahu Mina tipu.." Puan Marlinah sudah siap memberi amaran, namun dipotong oleh Amanda.

"Memang Manda yang buat! Manda lupa.. nak kunci sangkar Shobi. Maafkan Manda.." tutur Amanda perlahan. Setitik lagi air matanya jatuh menyembah lantai. Encik Fauzi, Arif dan Ariz menjadi saksi pengakuan Amanda. 'Kalau dengan cara ni, kau tak dimarahi ibu... aku sanggup tolong kau, Mina' bisik hati kecil Amanda.

"Ibu kecewa dengan Manda!" serentak dengan itu, Puan Marlinah naik ke tingkat atas. Bunyi pintu berdentum memberitahu semua ahli keluarga Encik Fauzi bahawa Puan Marlinah sangat berduka atas kematian arnab kesayangannya! 

Soo.. yeah.. ini baru peristiwa pertama yang mendorong kebencian Puan Marlinah kepada Amanda. Hmm.. apa-apa pertanyaan, boleh comment or message.. saya akan balas.. hehe..  See you in the next chappy!

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now