Chappy 12

14.8K 737 6
                                    

Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca Awak Ada Saya!. Maaf kerana kelewatan meng'update' entry kali ni. Masa itu emas, so... jom baca sambungan kisah Amanda. Maafkan bahasa kaku untuk intro kali ni. Saya tengah blur. "Ehem! =,="



Sejak balik dari rumah Amanda, Dani tidak boleh berhenti terbayang akan layanan keluarga Amanda terhadap Amanda sendiri.

'Apa salah Amanda sampai kena layan macam tu sekali?'

'Besar sangat ke salah dia?'

'Ke.. ada yang salah faham?'

Haih.. penat Dani memikirkan masalah itu. Err.. perlu ke? Tekadnya, selepas dia sah menjadi suami kepada Tania Amanda, dia akan melindungi gadis itu daripada sesiapa yang berniat buruk terhadap bakal isterinya. Wah.. Dani nak jadi hero! hehehe.. Dan tanpa sedar, Dani mengukir senyuman yang terlampau manis sehingga Aqira yang melihatnya pun boleh kencing manis. 


Malam itu, Amanda bercerita kepada Rihan tentang rancangan Amina dan bagaimana dia boleh tersangkut dalam permainan kembarnya itu.

"Hah?! Kau biar betul?! Habis tu kau setuju  lah?" tanya Rihan dengan riak terkejut yang tidak dapat disembunyikan. Amanda mengangguk perlahan. 

"Kenapa kau buat macam ni, Manda? Kenapa kau ikut je cakap Mina senget sebelah tu? Kau tau tak kau ni sedang dipermainkan?" tanya Rihan sambil menggoyang-goyangkan bahu Amanda. Bila di kampus, automatik dialek Kedah Rihan hilang.

"Aku tahu. Tapi cuba kau fikir. Aku ada pilihan untuk tolak permintaan dia ke? Dah lah time tu parents aku ada. Abang Arif pun ada. Tak pasal-pasal aku kena tempik dengan dia kalau aku tolak permintaan adik kesayangan dia tu." keluh Amanda. Rihan juga mengeluh akhirnya. 'Kesian kau, Manda..'

"Habis tu, kau dah dapat ke cari bakal suami?" tanya Rihan lagi. 

"Err.. dah.." Mata Rihan automatik terbeliak. Amanda senyum kelat.

"Ha?! Siapa mamat yang bertuah tu? Wah.. pandai kau cover dengan aku kan? Diam-diam ubi berisi nih..." kata Rihan dengan senyum senget.

"Err.. aa.. Ish! Takdelah.." sangkal Amanda. Dia sengaja mencapai buku di sisi katil dan pura-pura membaca. Rihan menyiku Amanda.

"Cakaplah siapa lelaki yang bertuah tu.."Amanda sudah tidak senang duduk. Bukan dia tak tahu yang Rihan amat meminati Dani. Serba salah dibuatnya.

"Err.. Kalau aku cakap, kau jangan marah ek?" ujar Amanda dengan riak bersalah.

"Asal aku nak kene marah pulak nih?" tanya Rihan bingung. 

"Sebab.. aku.. aku.."tergagap-gagap Amanda untuk memberitahu Rihan.

"Aku apa?!"sergah Rihan dengan kuat.

"Aku nak kahwin dengan Dani." senafas Amanda berkata sambil tersentak.

"Kau.. what?!" jerit Rihan. Amanda menundukkan wajahnya. Rasa bersalah menyelimut diri. Rihan memegang bahu Amanda sebelum memeluk tubuh kecil Amanda.

"Congrats Manda! Aku happy untuk kau...!" kata Rihan gembira. Amanda terpinga-pinga. 'Err.. aku tak mimpi kan?'

Amanda meleraikan pelukan. "Kejap, kejap. Aku.. tak mimpi kan? Kau tak marah ke?"

Rihan tersenyum sambil menggeleng. "Kenapa aku kena marah pulak? Aku bersyukur adalah. Nasib baik Dani yang kahwin dengan kau. At least aku tahu dan yakin dia boleh jaga kau baik-baik." kata Rihan jujur. Amanda terharu. 

"Aku ingatkan kau suka dekat dia.." kata Rihan perlahan. Rihan senyum lagi. Hai.. asyik senyum je dia ni. Takpelah.. senyum tu kan sedekah..!

"Aku memang suka kat dia." Amanda memandang Rihan.

"Tapi sebagai kawan. Aku tahu dia suka kat kau. Dari awal lagi." terang Rihan. Dia tidak mahu Amanda rasa bersalah untuk berkahwin dengan Dani. Perasaan suka pada Dani juga tidaklah sampai ke tahap dia cinta akan lelaki itu. 

"Betul ke ni?" tanya Amanda. Soalan Amanda dibalas dengan anggukan daripada Rihan. 

"Aku suka tengok kau bahagia." kata Rihan yang sepatah itu sungguh ikhlas. Amanda terus memeluk erat sahabat karibnya. 'Ya Allah, terima kasih kerana memberi sahabat yang terbaik buat hamba-Mu ini.' ucap Amanda dalam hati.


Chappy 12 updated! Yeayyy!! Maaf kepada pembaca yang dah lama menunggu chappy 12. Saya tersangat busy sebab baru habis berkampung. Hehe :) Jangan lupa vote dan comment untuk bab ni, okey? Chappy 13 is on the way..! Keep waiting, guyss.. XD Assalamualaikum dan tata!

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now