Chappy 8

14K 731 16
                                    

Assalamualaikum and hai korangg..! sorry sesangat >,< saya janji nak update cepat tpi terlambat pulak sbb xde masa.. so, untuk tebus silap saya ni, enjoy the double chappy..! yeayyy!!


"Assalamualaikum..." Amanda memberi salam. Senyuman sinis di wajah Arif menyapa pandangannya. Pasu bunga yang berderai dipandang dengan terkejut.

"Kau tengok la kakak kesayangan kau ni, Ariz. Dah pecahkan pasu kesayangan ibu, boleh pulak dia pergi shopping. Amanda menggelengkan kepalanya. 'Bukan, bukan Manda yang buat!' kata hati Amanda.

"Manda, kenapa kau pecahkan pasu bunga ibu ni? Kau cemburu ke sebab kau tak dapat ikut kitorang pegi Pulau Tioman?" tanya Amina dengan muka sedih dibuat-buat. Encik Fauzi merenung Amanda dengan pandangan membunuh.

"Kau tahukan ibu sayang sangat kat pasu ni? Sampai hati kau.."tambah Amina lagi. Sengaja menambah minyak di dalam api yang membara.

Puan Marlinah segera menerkam Amanda. Dia menarik tudung Amanda sekuat-kuatnya. Ditampar-tampar pula pipi Amanda sehingga memerah. Amanda hanya memegang pipinya yang terasa pijar akibat perbuatan ibunya. Dia tidak membantah, hanya menangis. Dan seperti biasa juga, tiada esakan keluar dari mulut Amanda. Puan Marlinah bagaikan dirasuk apabila sanggup memukul Amanda sebegitu.

"Kau tahu aku sayangkan pasu tu sangat-sangatkan?! Kenapa kau pecahkan?!! Anak tak guna! Pasu tu Mina belikan untuk aku tahun lepas! Tahu tak?!!"jerit Puan Marlinah sambil memukul Amanda. Selendang yang dipakai Amanda sudah tertanggal dek keganasan Puan Marlinah.

Ariz terkejut melihat perlakuan ibunya. Dia cuba meleraikan pukulan Puan Marlinah terhadap Amanda.

"Ibu, lepaskan Kak Manda!. Mana ibu tahu Kak Manda yang pecahkan pasu ibu tu?" kata Ariz sambil melindungi Amanda.

"Mina yang nampak pasu bunga tu pecah masa Mina masuk rumah tadi." sampuk Amina.

"Mana Kak Mina tahu pasu ni Kak Manda yang pecahkan? Kak Mina ada bukti ke?" Amina terdiam.

"Nak bukti apa lagi? Kalau bukan Manda siapa lagi? Siapa je yang ada kat rumah ni selain dia?!" Arif mempertahankan Amina. Amina mengangguk laju.

"For your information, Ariz yang masuk rumah ni dulu sebelum Kak Mina. Ariz tak nampak pun pasu ni pecah tadi." kata Ariz jujur.

"Alah.. kau tu nak pertahankan kakak kesayangan kau tu je kan? Lagipun takkanlah Mina nak pecahkan pasu yang dia beli guna duit dia sendiri untuk ibu..?" kata Arif sinis. Amanda menekur lantai sambil dipeluk Ariz. Dalam pelukan Ariz sahaja dia berasa selamat sekarang ini.

"Bila dendam menguasai diri, nak pecahkan hati orang tak berdosa pun tak mustahil!" kata Ariz geram sambil menarik Amanda masuk ke bilik.


Amanda termenung di tepi tingkap biliknya. Tempat yang paling aman selama dia menghuni rumah ini. Ariz cuma mendiamkan diri, memberi ruang untuk kakaknya menenangkan fikiran.

"Ariz tahu Kak Manda tak salah kan?" Amanda bersuara tiba-tiba. Ariz memandang wajah sembap Amanda seraya mengangguk.

"Boleh Ariz cerita apa yang jadi sebenarnya?" tanya Amanda perlahan. Ariz mengangguk lagi.

"Masa tu..."


Sebelum sampai ke persimpangan masuk ke rumah Encik Fauzi, Amina meminta dibelikan nasi beriyani. Teringin katanya. Tetapi Amina tidak mahu ikut atas alasan letih. Demi melayankan kerenah Amina, Encik Fauzi, Puan Marlinah dan Arif membeli makanan tersebut. Amina terpaksa membiarkan Ariz mengikut Amina pulang kerana desakan Arif yang tidak mahu apa-apa terjadi jika Amina tinggal sendirian di rumah. [Amanda tu takpe pulak tinggal sensorang kat rumah..(tak puas hati nihh).. sorii ,penulis emosi pulak..=.=]

Ariz masuk terlebih dahulu ke dalam rumah kerana tidak tahan untuk ke bilik air. Sebelum mendaki tangga, Ariz sempat melihat pasu bunga kesayangan ibunya yang berdiri di tepi tangga. Apabila keluar dari bilik air, Ariz terus baring di atas katil kerana keletihan. Ariz terjaga dari terlelap apabila mendengar bunyi sesuatu yang pecah. Ariz menjenguk ke luar bilik dan terlihat Amina berada di sisi pasu kesayangan ibu mereka.

Baru sahaja Ariz ingin bertanya kepada Amina, Encik Fauzi, Puan Marlinah dan Arif balik. Amina terus meluru ke arah mereka bertiga dan menuduh Amanda memecahkan pasu bunga tersebut. Ariz memandang Amina dengan riak tidak percaya.

Ariz cuba untuk memberitahu perkara sebenar tetapi disangkal dengan keras oleh Amina. Mereka bercadang untuk menunggu Amanda balik dan menjelaskan segalanya.

"Itulah cerita sebenarnya.." kata Ariz mengakhiri cerita sebenar di sebalik pecahnya pasu bunga kesayangan Puan Marlinah. Amanda mengangguk faham.

"Ariz rahsiakan je lah daripada ibu, ayah dengan Abang Arif, eh?" pinta Amanda dengan sayu. Ariz terkedu. 'Takkan kali ni pun sama, Kak Manda?'


So guyss, what do you think about these twin? Drop your comment and don't forget to vote..! love you <3




Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now