Chappy 33

13.7K 621 13
                                    

Hello guysss..! Assalamualaikum. So, mesti ramai yang tak sabar nak baca chappy kali ni kan? Maaflah, saya tersangat busy sampai takde masa nak mengupdate. Kesian pula bila ramai yang comment suruh update.. TAPI , saya bagi warning.. chapter ni agak membosankan. Ya, ya .. saya admit dah kering idea untuk BAB NI. Bab ni saja, kut. Hahaha.. ( dah mereng kepala cik penulis nih =.=) Apapun, enjoy jelah, labu...

"Maafkan saya, Puan Amanda. Tapi berita yang saya akan sampaikan ini mungkin akan memberikan impak yang besar terhadap puan." Doktor Faiz, doktor pakar neurologi yang terlibat dalam pembedahan Dani memulakan bicaranya.

"Hentakan pada kepala Encik Dani menyebabkan gegaran yang kuat. Beberapa saraf mengalami gangguan dan.. terpaksa saya katakan bahawa Encik Dani mengalami.. amnesia."Amanda menekup mulutnya.

Sungguh. Tak terjangka dek akalnya bahawa Dani akan hilang ingatan.

'Macam mana kalau Dani akan benci aku?'

'Macam mana kalau Dani tak boleh terima aku?'

'Macam mana kalau Dani berubah?'

'Macam mana kalau Dani pun tak boleh terima aku?'

'Macam mana aku nak hadap umi dengan abah?'

Terlalu banyak persoalan yang singgah di fikiran Amanda. Dia menggeleng perlahan.

Astaghfirullah.

'Fikir positif, Manda. Mungkin semua ni ada hikmahnya.' Hati Amanda berbisik.

Amanda mengangkat mukanya. Wajah Doktor Faiz menyapa pandangan.

"Terima kasih, doktor. Suami saya dah sedar pun saya dah cukup bersyukur. Saya akan cuba pulihkan ingatan dia, insyaallah. Ada apa-apa nasihat yang doktor nak bagi ke?"

Doktor Faiz mengangguk lalu tersenyum. Kagum dengan senyuman ikhlas Amanda. Kagum dengan semangat Amanda yang tabah.

"Buat masa ni, jangan tekankan dia untuk pulihkan ingatan dia. Biar dia sendiri yang pulihkan ingatan dia. Puan Amanda hanya perlu membawa dia mengingati memori yang hilang. Contohnya, ceritakan kenangan yang pernah dilalui bersama. Hanya cerita dan jangan memaksa Encik Dani untuk berfikir terlalu banyak atau terlalu taksub untuk mengingatkan kenangan tersebut. Yang penting, gembirakan dia serta banyakkan berdoa kepada Allah." pesan Doktor Faiz. Amanda mengangguk tanda faham.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu. Terima kasih banyak, doktor." Amanda bangun dari kerusi dan memberi senyuman buat doktor tersebut.

Selepas mengucapkan salam, Amanda keluar dari bilik Doktor Faiz dan terus ke surau untuk menunaikan solat hajat. Memohon kekuatan dari Yang Maha Esa.

Lebih setengah jam Amanda termenung di dalam surau. Muhasabah diri. Ya. mungkin semua ini ada hikmahnya. Perancangan Allah terbaik. Amanda senyum. Insyaallah.

Di wad Dani..

"Awak siapa?" Sejujurnya, Amanda sudah sedia untuk mendengar pertanyaan itu.

"Saya.. isteri awak." Wajah Dani nampak terkejut. Mana tak terkejut kalau sedar-sedar je terus ada isteri? Adoii..

"Awak tak main-main? Saya tak kahwin lagi lah." Dani membentak seperti anak kecil. Amanda simpan gelak.

"Kenapa awak gelak?" tanya Dani geram.

"Ehem. Takde apa. Betullah, saya isteri awak. Kita kahwn dah nak dekat 10 bulan." jawab Amanda menutup senyum. Dani memandang Amanda dari atas ke bawah.

"Awak yakin awak isteri saya?" tanya Dani lagi, ragu-ragu.

"Kenapa? Awak tak percaya ke?" Soalan Dani dibalas dengan soalan Amanda. Dani menggelengkan kepalanya.

"Hmm.. takdelah. Saya tanya je. Mana tahu awak salah orang." jawab Dani sambil memalingkan mukanya ke arah lain.

"Takkanlah suami saya sendiri pun saya tak kenal Encik Dani?" perli Amanda sambil menuangkan air ke dalam gelas kosong.

"Manalah tahu. Saya ni kan hensem. Ramai orang nak mengaku sebagai isteri saya. Lagi-lagi bila tahu saya ni CEO syarikat besar. Makin berlumba-lumba orang nak jadikan saya suami." Dani mencapai gelas yang dihulurkan Amanda dan meneguknya perlahan.

Amanda terdiam. 'Perangai Dani banyak berubah. Makin berlagak laki aku ni. Tak macam dulu yang sentiasa merendah diri.'

"Awak ni perasan juga kan?" Amanda mencebik.

"Eh, takkan awak tak tau? Awak kan isteri saya?" Gelas yang sudah kosong diberikan kepada Amanda.

"Suami saya tak sombong macam awak."Dani pula mencebik.

"Hmm.. since saya ni amnesia la kan, apa kata awak perkenalkan diri awak dulu." pinta Dani. Sengaja nak 'ice-breaking' jap. Amanda membetulkan duduknya di atas kerusi bersebelahan katil Dani.

"Nama saya Tania Amanda binti Mohd. Fauzi. 23 tahun. Student kat UPM. Ada 4 beradik. Anak kedua. Mama kepada Aqira Qaisara dan isteri kepada Dani Rashdan bin Izwal." Amanda menyudahkan 'intro'nya dengan senyuman manis.

"Tu je?" tanya Dani dingin.

"Tu je lah." balas Amanda selamba.

"Takde feveret food ke? feveret drink ke? hobi ke?" Dani but muka tak percaya.

"Kalau awak dah kenal saya nanti, awak tahulah.." perlahan Amanda membalas.

"Hmm.. dahlah kalau macam tu. Awak boleh keluar, saya nak rehat." ujar Dani dan tanpa menunggu balasan jawapan daripada Amanda, dia membaringkan diri dan terus terlelap.

Amanda memandang sayu belakang Dani.

'Kau kena kuat lepas ni, Manda. Dani dah berubah.'


Yup, tu je untuk entry kali ni. Saya akan usaha untuk siapkan bab seterusnya. Insyaallah. Walaupun bab ni agak bosan, korang janganlah tak undi pula ya? Mana tahu korang undi reramai, tetiba mencurah-curah pulak idea nak menulis sambungan bab ni, ye tak? And, kalau rasa cerita ni bosan, boleh comment untuk baiki silap saya. Apa-apa comment yang korang beri, saya appreciate sangat. Thanks!

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now