Chappy 7

14.3K 697 0
                                    

Pagi itu Amanda bangun dengan semangat baru. Dia menanam kepercayaan bahawa kebenaran pasti terbongkar dan keluarganya dapat menerima dia kembali. Tengah hari ini, dia sudah berjanji dengan Iman untuk keluar bersama ke Mid Valley. Jadi, tak perlulah dia memasak makanan tengah hari.

Amanda memakai seluar jeans dengan t-shirt dan selendang yang dililit kemas. Dia keluar dari rumah setelah yakin dengan penampilan diri. Kereta Suzuki Swift dikeluarkan dari garaj dan meluncur laju di jalan raya.


"Akak!" jerit seorang gadis yang memakai dress berwarna peach dengan rambut panjang yang dibiarkan lepas. Amanda menoleh dan tersenyum lebar. Berpelukan mereka di dalam mall itu. 

"Lama dah Iman tak jumpa akak. Rindu tau tak?" kata Iman dengan wajah ceria.

"Akak pun ridu dengan Iman. Bila Iman balik Malaysia?" tanya Amanda sambil berjalan beriringan dengan Iman. Iman memeluk lengan Amanda erat.

"3 hari lepas. Iman boring lah duduk luar negara lama-lama. Iman lagi suka duduk Malaysia." balas Iman. Iman adalah anak kepada Dato' Emir, ahli perniagaan yang terkenal di seluruh negara. Dan Iman adalah anak tunggal, sebab itulah dia sangat rapat dengan Amanda. Mereka berdua berjumpa semasa Amanda menolong Iman yang sedang menangis di tepi jalan raya kerana kereta Peugeot nya rosak. Sejak dari perkenalan itu, mereka sering berjumpa dan meluangkan masa bersama. 

Iman suka berkawan dengan Amanda kerana peribadi Amanda yang baik hati dan pemurah dengan senyuman. Amanda tidak pernah mengambil kesempatan atas kekayaannya, tidak seperti kawan-kawannya yang lain. Amanda pula suka berkawan dengan Iman kerana sikap rendah diri gadis itu. 

Amanda pulang agak lewat petang itu kerana menemankan Iman mencari hadiah annivesary buat mummy dan daddynya. Kereta Alphard milik Encik Fauzi tersadai di halaman rumah menandakan mereka sudah pulang dari bercuti. Amanda masuk ke dalam rumah dengan gembira kerana rindu pada mereka. 


"Assalamualaikum" kata Amanda ceria. Namun, senyumannya mati saat melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.



Erk! Apa yang berlaku pada Amanda? Pendekkan entry kali ni? Hahahaha.. Takpe takpe,, disebabkan entry kali ni pendek, saya akan update the next chappy ASAP! hahahahaha *gelak jahat* so.. see ya!

Don't forget to vote and comment! <3 <3


Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now