Additional Chappy [6]

11.3K 480 9
                                    

Amanda mengangguk perlahan setelah mendengar keseluruhan cerita tentang Aqira.

Dari situ, Amanda menyimpulkan bahawa Qalif bukanlah sengaja meninggalkan Aqira, tetapi terpaksa disebabkan tuntutan kerja. Dan disebabkan tuntutan kerja itulah, Dani menganggap Qalif tidak menyayangi Aqira.

'Apapun, along dengan Dani mesti berbaik semula!' Tekad Amanda.

Aqira melunjurkan kakinya, menggerakkan buaian yang sedang diduduki.

Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dirasakan saat ini. Gembira? Sedih? Marah? Kecewa?

Terasa seperti bermimpi pun ada. Tak sangka sebenarnya akan berjumpa lagi dengan kedua ibu bapa kandungnya.

Dan bermacam persoalan bermain di mindanya. Mata ke langit tapi fikiran melayang mencari jawapan buat persoalan yang sedang menari-nari di kepala.

'Kenapa baru sekarang daddy dengan mummy nak munculkan diri?'

'Kenapa daddy sanggup tinggalkan Qira dengan mak tok semata-mata untuk kerja?'

'Kenapa mummy tak pernah bantah keputusan daddy untuk tinggalkan Qira?'

'Kenapa bukan daddy seorang je yang pergi luar negara?'

Dan bermacam-macam lagi. Sudahnya, Aqira mengeluh kerana dia sendiri tidak dapat mencari jawapan buat setiap persoalan tersebut.

Buai yang sedikit bergoyang menyentak lamunan Aqira. Segera ditoleh ke sebelah. Nafas dihela lega apabila melihat Hajah Raizah yang tersenyum. Takut juga kalau mak kandungnya yang datang ingin menegur tadi. Takut, tak tahu nak bagi respon macam mana.

"Kenapa Qira duduk luar? Sejuk tahu?" tegur Hajah Raizah.

Aqira kembali menebarkan pandangan ke sekitar kawasan rumah kampung itu.

"Saja mak tok. Qira nak ambil udara segar."

Hajah Raizah duduk di sebelah Aqira. Digosok perlahan bahu cucu perempuannya itu penuh lembut.

"Mak tok minta maaf." ucap Hajah Raizah perlahan. Matanya juga turut dilemparkan ke serata kawasan rumah yang gelap.

"Mak tok takut, Qira tak boleh terima ayah dengan mak kandung Qira lagi." sambung Hajah Raizah.

Suasana sepi buat seketika. Aqira sendiri tak tahu nak balas apa. Yang dia tahu, sikitpun dia tak salahkan mak toknya.

"Kalau mak tok tanya sikit boleh?" Aqira mengangguk perlahan. Menanti pertanyaan yang bakal dituturkan oleh Hajah Raizah.

"Kalau diberi pilihan, Qira nak duduk dengan ayah kandung Qira atau Pak Su Qira?"

Aqira tersentak.

Assalamualaikum dan selamat malam dear readerss :)

Ingat ada 'dear' dengan smiley tu pembaca cair?

Okey tak. Of course la tak. Kan?

Tahu pun!

Sorry guyss.. Maafkan kelewatan cik penulis ni. Gen kemalasan mula merayap dalam diri cik penulis. So, memang lambat giler nak update. Ini pun, selepas memaksa diri, barulah rajin sikit nak menaip. Sikit. Hahaha XD

Tak payah gelak. Tak lawak.

Okay fine. Memang tak lawak. =.=

Takpe. Esok cik penulis update lagi. Tengoklah! >_<

Okay kita tengok!

Iklan tamat. Jumpa esok. Babai!

Ps: Story lain tu maybe esok sebab.. Err.. Esok idea fresh? Alasan tak logik. Kbye!

Awak Ada Saya!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin