Chappy 25

14.7K 659 11
                                    

Assalamualaikum.. sekali lagi saya minta maaf kerana mengupdate cerita ini di tengah malam rabun.. Saya terlalu excited dan.. saya tak pasti saya ada masa lagi untuk update cerita ini pada minggu ini =,='. Secara official.. bab untuk minggu ini telah diupdate.. hehe !! Enjoy the chappy XD

Pagi Sabtu itu, Amanda menerima panggilan daripada Amina untuk berkumpul di rumah Encik Fauzi. Walaupun sejujurnya Amanda terasa pelik apabila selalunya Ariz yang menelefonnya untuk pulang, Amanda tetap bersetuju untuk balik ke rumah Encik Fauzi.

 Setelah mereka bersiap, kereta Dani meluncur laju ke destinasi.

"Kenapa Amina ajak balik?" tanya Dani menutup kebisuan. 

"Entahlah. Dia kata ada surprise. Manda tak tahu sangat. Lagipun abang yang ajak kita balik rumah ibu semalam." jawab Amanda panjang lebar. 

"Mak Su, Qira tak sukalah balik rumah nenek." Aqira bersuara tiba-tiba. Amanda dan Dani saling berpandangan.

"Kenapa?" tanya mereka berdua serentak.

 "Sebab ada Mak Mina. Mak Mina tu garang lah. Lepas tu, kalau Mak Su balik sana, mesti Mak Su nangis. Qira tak suka." ujar Aqira jujur. Amanda mengusap rambut Aqira lembut. 

"Ermm.. Mak Mina tu memang macam tu. Qira jangan kacau Mak Mina. Pak Riz kan ada." Itu sahaja yang mampu Amanda jawab.

Persoalan yang kedua tidak mampu Amanda jawab kerana dia sendiri tidak punya jawapan untuk itu. Dia tidak tahu sampai bila Amina akan menyakitinya. Yang dia mampu lakukan adalah bersabar. 

 Kereta diparkir di hadapan vila Encik Fauzi. Setelah enjin kereta dimatikan, mereka bertiga keluar dan menuju ke pintu hadapan vila tersebut. Dani mengenggam erat tangan Amanda. 'Apalagi yang Amina rancangkan? Huh..' keluh Amanda dalam hati. 

"Assalamualaikum.." kaki kanan melangkah masuk. Aqira berlari ke arah Ariz yang sedang menonton televisyen. Ariz memeluk Aqira dan mendukungnya lalu bersalaman dengan Dani dan Amanda. 

 "Ibu dengan Mina mana?" tanya Amanda kepada Ariz. Dani melabuhkan duduk di sofa. 

"Ada dekat dapur." pendek jawapan Ariz. Amanda pantas melangkah ke dapur. 

"Ibu.." panggil Amanda dengan senyuman. Puan Marlinah dan Amina menoleh. 

"Ha.. dah sampai pun kakak kesayangan Mina ni." kata Amina sarkastik. Amanda segera bersalaman dengan Puan Marlinah dan duduk di meja makan. 

"Ada apa-apa majlis ke suruh Manda balik ni?" tanya Amanda lurus. 

"Hai.. tahulah kau dah ada rumah besar. Takkan tak nak jejak kat rumah ni lagi dah.." kata Puan Marlinah sinis. 

"Err.. bukan macam tu, ibu." Amanda tidak sangka yang ibunya akan terasa dengan kata-katanya tadi. 

"Of course ada. Kita akan celebrate Manda yang baru disahkan mengandung. Kau tak suka ke?" sampuk Amina. Amanda tersenyum kelat. 'Macam ada apa-apa je ni..?' 

"Eh, tak payah la celebrate-celebrate ni. Buat susah-susah je. Kalau Mina dah mengandung, baru kita celebrate.." balas Amanda. 

"Kau tak payah nak sindir aku. Dah kira bagus tau aku ajak semua balik harini semata-mata nak celebrate kau ni.." Amina menjeling jengkel. Makin pelik jadinya Amanda. 

 "Tak, bukan tu maksud Manda." Amanda menafikan tuduhan Amina. 'Cuma, kalau kau mengandung je ramai orang gembira..' kata-kata itu cuma bergema dalam hati Amanda. 

"Takpe.. takpe.. Disebabkan kau orang yang diraikan harini, kau duduk je diam-diam. Biar aku dan ibu je yang masak." Psst.. sebenarnya Amina 'tengok' ibunya memasak. Bukan dia yang memasak. Hmpph.

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now