Chappy 47

16.1K 669 44
                                    

Assalamualaikum dan hai..! Chappy 47 siap harini, so saya terus post ! Hehehe.. Enjoy reading koranggg..! XD


"Mina.. dah tak ada."

Amanda kaku.

'Tak.. Mina tak boleh mati.. Sepatutnya aku yang mati.'

Sesaat. Amanda geleng.

Dua saat. Amanda geleng.

Dan tanpa dapat ditahan, Amanda meraung.

"Minaaa......! Maafkan kakak.."

Serentak itu juga, mereka yang berada dalam bilik itu mengalirkan air mata. Kesayuan memenuhi segenap ruang dalam bilik itu. Bilik arwah Amina.

'Mina sayang akak..' Ayat terakhir yang keluar dari mulut Amina terasa bergema di dalam bilik.

Amanda mencari suara itu. Mata Amanda jatuh pada pintu bilik yang terbuka luas. Amina sedang berdiri dan tersenyum. Ikhlas.

Langkah Amina makin mendekati Amanda yang kaku bagai dipukau. Amina melabuhkan duduk di sebelah Amanda. Wajahnya masih tersenyum pucat.

"Mina sayang akak. Jangan salahkan diri akak dengan semua ni. Mina pun salah sebenarnya. Kita dah kosong-kosong. Mina tunggu akak dekat syurga ya?" Amanda mengangguk perlahan. Senyuman mula menghiasi bibir yang kering. Buat terakhir kali.. Amina memeluk kakak kembarnya. Penuh kasih.

Amanda menutup matanya. Merasai kehadiran dan pelukan Amina. Setitik air mata membasahi pipi.

Pelukan dileraikan. Amanda melihat Amina melambai buat kali terakhir dan terus hilang dari pandangan.

'Kita jumpa di syurga. Insyaallah..'

Beberapa hari telah berlalu, namun perasaan sedih akibat kehilangan Amina masih terasa. Apatah lagi bagi Amanda. Rasa macam baru semalam dia mendengar luahan hati Amina dan jeritan Amina sentiasa terngiang-ngiang di telinga.

Pemergian Amina banyak memberikan pengajaran kepada mereka sekeluarga. Sangat banyak.

Puan Marlinah dan Encik Fauzi akui memang mereka lalai dalam memberikan kasih sayang yang sama rata terhadap anak-anak mereka. Lagi-lagi bila mereka sibuk menguruskan hal masing-masing. Puan Marlinah dengan butiknya. Encik Fauzi dengan perniagaannya. Jadi mereka cuma rasa bangga bila mereka punya anak secerdik Amanda. Lalu Amina dilupakan kerana anak itu tidak membawa apa-apa 'fungsi' dalam keluarga itu.

Salah mereka.. pilih kasih. Itu sahaja. Tapi perbezaan kasih sayang mampu memberikan impak yang besar dalam keluarga. Sehingga membawa kepada dendam dan kematian.

Tapi syukurlah. Puan Marlinah dan Encik Fauzi sudah sedar akan kesilapan mereka. Arif juga. Tahu salah mereka dia mana. Dan yang pasti, apa yang kita tahu salah itu tidak berulang lagi. Insyaallah.

Rasa ralat itu ada. Sangat terasa. Apa yang diharapkan, mereka akan hidup bahagia tanpa sengketa selepas berbicara. Tapi, perancangan Allah siapa dapat menghalangnya? Dan manusia perlu belajar untuk reda. Ada hikmahnya sesuatu itu terjadi. Pasti.

Flashback malam kemuncak tersebut..

Arif dan Dani mengikut kereta Amina dari belakang. Tetapi tiba-tiba sahaja lampu isyarat berwarna merah. Nak tak nak, kereta perlu berhenti. Takkan nak bahayakan nyawa orang lain pula kan?

Perasaan resah sememangnya ada. Takut jika Amanda diapa-apakan. Amina tu bukan boleh dibawa berbincang. Kalau dah nekad tu, apa sahaja sanggup dilalui untuk laksanakan hasrat hati.

Bila lampu hijau menyala, mereka meneruskan pemanduan. Mengikut arah peranti yang tersedia. Tapi, ada pulak kemalangan di tengah jalan raya.

"Dan, kita nak buat apa ni? Aku takut la apa-apa jadi kat Manda." Arif meluahkan rasa risaunya.

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now