Chappy 3

16.4K 817 6
                                    


Malam pertama di kampung Rihan amat menyeronokkan Amanda. Mereka bergosip sehingga ke tengah malam bersama sepupu Rihan, iaitu Zas yang sememangnya sporting habis!


"Eh, aku lupa nak tanya hang, Manda. Siapa mamat yang hang borak sesama dengan budak kecik tadi?" Rihan menyuap sesudu kek coklat ke dalam mulut, namun matanya memandang Amanda bagi meminta jawapan.


"Ouh, mamat tadi tu Pak Su Qira. Qira tu budak yang aku jumpa kat pantai tadi. Dia ajak aku main layang-layang sebab Pak Su dia tak nak main dengan dia." jawab Amanda panjang lebar.


"Hensem jugak kan mamat tu? Berapa umur dia?" tanya Rihan tersengih-sengih. Amanda mencubit paha Rihan.


"Gatal jugak kau ni ek?" Amanda dan Zas tergelak melhat wajah cemberut Rihan apabila dicubit Amanda.


Usai solat subuh berjemaah, Amanda, Rihan dan Zas menawarkan diri untuk membeli sarapan.


"Pergi dulu, tok mak! Assalamualaikum" laung Rihan dari luar rumah.

Udara yang nyaman pada pagi itu menyegarkan mereka.


"Best lah balik kampung kau ni, Rynn. Aku dah lama tak balik kampung. Sejak nenek dengan atuk aku meninggal, dah takde sesiapa kat kampung." kata Amanda panjang lebar sambil teringat kepada kedua nenek dan atuknya.


"Hahahaha.. sebab tu lah aku ajak hang balik kampung aku ni. Eh, tengah hari nanti aku bawak hang keluar pi jalan-jalan. Terperuk kat rumah pun bosan jugak." kata Rihan selamba. Amanda mengangguk sahaja.


"Zas nak ikut jugak kak!" sampuk Zas yang dari tadi berdiam diri.


"Eh, budak ni, sibuk je. Hang pi tolong tok mak kat rumah."balas Rihan.

"Ala.. nak ikut.." Zas memuncungkan mulutnya. Amanda dan Rihan tergelak kecil.


Warung Mak Ton...

"Manda, kalau hang nak tahu, warung Mak Ton ni warung paling sedap dalam kampung aku ni. Nasib baik kita datang awal, kalau tak, tak merasalah kuih Mak Ton yang sedap giler ni."kata Rihan sambil memilih beberapa jenis kuih yang berjaya menarik seleranya.


"Betu tu, Kak Manda. Kalau lambat sikit je, confirm! tak merasalah akak dengan kuih-kuih kat sini." tambah Zas pula. Amanda mengangguk kepalanya perlahan.


"Mak Ton, nasi lemak satu, mihun satu, ya?"Amanda mencari arah suara tersebut. 'Macam pernah dengar je suara suara tu?'


"Yelah, Dani. Tunggu sekejap ye." balas Mak Ton dan terus membungkus pesanan Dani. Amanda terpandangkan wajah Dani yang sedang membaca surat khabar di meja berdekatan.


'Patutlah macam kenal je suara tu..' bisik Amanda dalam hati. Dia menyudahkan kerjanya memilih kuih bersama Rihan dan Zas.


"Berapa semua ni, Mak Ton?" tanya Amanda ramah. Rihan ingin membayar, tetapi Amanda berkeras untuk membayar kesemua makanan yang dibeli.


"Rm 7,40." jawab Mak Ton. Matanya menilik wajah Amanda.


"Hang ni, dari mana? Mak Ton tak pernah nampak pun sebelum ni..?"tanya Mak Ton seraya mengambil duit yang dihulur Amanda.


"Dia ni kawan Ina dari Kuala Lumpur, Mak Ton. Ina saja ja bawak dia balik kampung, dia ni tak dak kampung dah." jawab Rihan bagi pihak Amanda. Amanda hanya tersenyum. Semasa mereka ingin pulang, Amanda dipanggil oleh seseorang membuatkan dia berpaling.

------------------------------------------------------


Fuhh.. Dapat jugak post entry keempat ni. So... what do you think? Drop your comment, please...


Agak-agak siapa yang panggil Amanda ek?. Hee.. keep waiting for the next entry yang mungkin di update 2 minggu lagi. Kalau sempat, saya akan update,, =,=. Ini pun curi2 masa utk post cerita ni. [macamlah byk reader..-.-]

#Enjoy the story and don't forget to vote. Klau korang rasa tak berbaloi nk vote cerita saya pun xpe.. saya faham sbb saya sgt baru dalam bidang penulisan ni.. nama pun budak sains [serius berlagak giler..] abaikan ayat terakhir di atas and keep reading XD hikhikhik *lambai tangan* babai!!


Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now