Chappy 11

16.1K 837 31
                                    

Hai hai..! Assalamualaikum. Disebabkan mood saya tersangat baik harini... so chappy 11 telah diupdate. Let's check it out!


Suasana riuh di ruang tamu. Yelah.. sibuk bincang pasal majlis perkahwinan Amina dan Eddy Mikail. Eddy dilihat masih sama seperti dulu. Ketara sikapnya yang playboy apabila pertama kali melihat Amanda, dia mengenyit mata pada gadis itu. Nak termuntah Amanda dibuatnya. 

"Bila nak datang bakal suami Manda ni..? Tak sabar Mina nak tengok." kata Amina dengan sinis. Amanda tersenyum kelat.

"Kejap lagi dia sampai lah tu.." jawab Amanda sambil menghidang beberapa jenis biskut dan kuih kepada tetamu yang hadir. 

"Assalamualaikum.." Amanda segera ke muka pintu untuk menyambut tetamu. Dani tersenyum manis sambil menjinjit sebiji buah tembikai.

"Waalaikumusalam. Ingatkan awak tak jadi datang."kata Amanda, juga tersenyum manis. Tangannya menyambut huluran Dani.

"Masuklah. Dorang tengah tunggu awak." pelawa Amanda lembut. Berdebar-debar dia rasakan apabila membawa seorang lelaki untuk diperkenalkan sebagai bakal suami. Dani melangkah masuk dengan kaki kanan sambil membaca bismilah.

"Ibu, ayah.. Ini lah Dani." kata Amanda seraya tersenyum memandang kedua orang tuanya.  Dani menyalam tangan tua milik Encik Fauzi dengan sopan. Seterusnya, dia bersalaman dengan tetamu-tetamu yang berada di situ, iaitu ahli keluarga Eddy. 

Amina terpegun melihat kekacakan Dani. Dia tidak menyangka ada lelaki sekacak ini yang sudi berkahwin dengan Amanda. Perasaan tercabar mula menjalar dalam dirinya. Dia sengaja membuat syarat yang tidak masuk akal itu supaya Amanda berasa tertekan dengan syarat yang diberikan. Dia yakin bahawa tiada lelaki yang mahukan Amanda sebagai teman hidup bukan kerana Amanda tidak cantik, tetapi dia sudah menabur fitnah pada semua lelaki yang mengenali Amanda supaya tiada yang rela menjadi suaminya. Jahat betul Amina ni kan?

Dani mengambil duduk di sebelah Eddy di atas kerusi tiga berhadapan Encik Fauzi dan Puan Marlinah. Rata-rata ahli keluarga Amanda tidak menyangka bahawa Amanda juga mempunyai kekasih. Jangan pandang Amanda ni sebelah mata tau..!

Setelah Amanda mengambil tempat di sebelah Dani, sesi soal jawab pun dimulakan.

"Nama penuh Dani apa?" tanya Puan Marlinah lembut. Haih.. dan dan lemah lembut perangai Puan Marlinah ni..

"Dani Rashdan bin Izwal, mak cik." jawab Dani dengan senyuman semanis gula. 

"Kerja apa?" tanya Encik Fauzi pula.

"Pengurus Hartanah. Saya ada syarikat sendiri. Kecil-kecilan je." jawab Dani masih dengan senyuman menghiasi bibir. Amanda mengangguk kecil. Serba sedikit, dia tahu tentang kehidupan Dani.

"Apa nama syarikat abang?" tanya Ariz teruja.

"Elit House Properties." jawab Dani yakin. Semua mulut ternganga mendengar jawapan Dani. Amanda juga tercengang. Elit House Properties adalah syarikat hartanah yang berjaya mencipta nama di persada antarabangsa. Malah, lebih maju daripada syarikat kepunyaan bapa Eddy, Malik Properties. Eddy berasa tercabar dengan kelebihan Dani. Yelah.. Eddy ni anak manja. Syarikat pun takde lagi. Makan pun mummy dengan daddy dia yang tanggung. Dia cuma mengharapkan syarikat daddynya untuk terus hidup. Sadis tak sadis hidup anak Dato' ni.

"Umur?" tanya Arif, meneruskan sesi soal jawab dengan Dani.

"28. Sama dengan Arif." Amanda mengira jarak umur dia dan Dani. 'Hmm.. 3 tahun beza. Not bad..'

Sesi soal jawab berakhir dengan Dani diterima sebagai bakal suami Amanda. Suasana di meja makan agak riuh dengan tawa. Encik Fauzi rancak berborak dengan Tan Sri Malik. Hubungan mereka semakin baik sejak Eddy melamar Amina. Puan Marlinah pula sampaikan tidak boleh berenggang dengan Datin Tiara. Bergosip je kerjanya.. 

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now