Chappy 2

19.1K 959 12
                                    

"Manda.. Manda.." Rihan mengawang-awangkan tangannya di depan muka Amanda. Amanda tersentak dari lamunan.

"Ha? Kau tanya apa tadi, Rynn?" jawab Amanda sambil mengelap setitis air mata yang ingin jatuh.


"Aku tanya, pasai apa hang tak ikut family hang pegi Pulau Tioman? Bukan hang minat sangat ka dengan pulau tu?" Rihan mengulang soalannya buat kali kedua.


"Aku malaslah nak ikut. Eh, kau tak jawab lagi soalan aku kat rumah tadi. Kita nak pergi mana ni, Cik Rihan Azwina..?" Rihan menggelengken kepalanya. 'Suka tukar topik. Awat keras sangat hati hang ni, Manda? Hang tak cukup sakit ka dengan apa yang Mina dah buat kat hang..?' ujar Rihan dalam hati. Dia tahu benar perangai Mina yang jahat itu. Rihan juga tahu yang Amanda ingin pergi tetapi dihalang oleh keluarganya sendiri. Dari mana dia tahu? Ariz lahh.. diorang ni kamceng gilerr.. Jadi, untuk menghiburkan hati kawan baiknya, dia membawa Amanda pulang ke kampung halamannya.


"Kita akan ke Kedah. My hometown, beb! Yuhuuu!" jawab Rihan dengan riak yang tergambar keterujaannya. Amanda tergelak. Di jiga berasa teruja untuk menghabiskan masa di kampung Rihan. Hilang sekejap rasa sedihnya.


"Sooo,, here we are. This is my kampung beb. Hang toksah nak malu-malu kat sini sebab nenek dengan atuk aku ni sporting belaka." kata Rihan sambil mengeluarkan beg dari bonet kereta. Amanda mengangguk perlahan dengan senyuman. Dah lama dia tidak merasa hidup di kampung. Kedua-dua datuk dan neneknya meninggal semasa dia masih kecil lagi.


"Assalamualaikum....tok abah.. tok mak.." panggil Rihan sambil meletakkan beg di halaman rumah kayu tersebut.


"Waalaikumusalam, lahh.. hang rupanya, Ina.. mari masuk.." jemput wanita tua lewat 60-an. Rihan dan Amanda menyalam tangan tua itu dengan sopan.


"Tok abah mana, tok mak?" tanya Rihan apabila keliba atuk kesayangannya tidak kelihatan.


"Mana lagi, kebun laa.. hang bukan tak tahu tok abah hang tu. Sayang sangat dengan kebun sekangkang kera dia tu.. Tok mak pun tak tahu kenapa." Rihan tersengih.


"Siapa nama kawan hang yang cantik ni?" tanya Hajah Timah kepada Rihan yang sedang menikmati masakan neneknya.


"Tania Amanda, tok mak. Panggil Manda je." jawab Amanda sopan. Rihan hanya mengangguk. Dah dapat makan, benda lain memang tak dihiraukan.


"Ha, tambah lagi,Manda. Tok mak masak banyak harini." jemput Hajah Timah. Gembira dia melihat Rihan dan Amanda amat menikmati air tangannya.



"Manda, petang ni kita pi pantai nak?" tanya Rihan yang duduk di atas katil, sedang melipat telekung seusai menunaikn solat zohor.


"Nak! nak! Bila kita nak pergi?" tanya Amanda riang. Melihat riak gembira di wajah Amanda membuatkan Rihan lega. Dia berharap agar Amanda akan lupakan seketika sikap keluarganya.


"Hmm..Lepas solat asar, kita pi lah.. Petang nanti, cuaca redup sikit. Berangin, boleh main layang-layang." ujar Rihan. Makin teruja Amanda jadinya.


Laut luas yang terbentang di depan matanya sungguh mendamaikan. Masalah yang dihadapi seolah-olah hilang bersama ombak yang memukul pantai. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menepuk pipinya yang gebu. Amanda memejamkan mata, menikmati suasana yang sangat mendamaikan.


Hujung baju t-shirtnya ditarik oleh sesuatu membuatkan dia kembali ke alam nyata. Matanya terpandang seorang gadis kecil yang rambutnya diikat tocang. Tangan kirinya memegang layang-layang, manakala tangan kanannya terdapat sebatang lolipop. Gadis kecil itu menarik-narik hujung bajunya. Amanda bercangkung memandang wajah comel gadis itu.


"Adik nak apa?" tanya Amanda lembut.


"Jom main layang-layang dengan Qira." ajak gadis kecil itu dengan wajah sedih.


"Layang-layang? Mana mama adik? Adik sesat ke?" tanya Amanda apabila wajah si kecil itu bertukar sedih.


"Pak Su tak nak main dengan Qira. Jomlah main dengan Qira." pinta gadis kecil itu lagi. Amanda jadi ragu-ragu untuk menerima pelawaan Qira. Nanti dituduh menculik anak orang pula. 'Mana pulak Pak Su dia ni? Tak reti jaga anak buah ke?' bisik hati Amanda.


Jomlah main layang-layang dengan Qira. Jomlah.. jomlah.."rengek Qira sambil menarik-narik hujung baju Amanda. Amanda akhirnya mengalah apabila Qira menunjukkan reaksi dia ingin menangis.


Tergelak-gelak Qira apabila layang-layang yang dimain oleh Amanda tidak terbang di udara. Asyik bergesel dengan tanah je. 'Kuang asam betul budak ni ada ke dia gelakkan aku?'


"Qira, layang-layang ni tak nak terbang lahh.." kata Amanda dengan sedih. Penat dia ke hulu ke hilir berlari untuk menerbangkan layang-layang tersebut. Namun, layang-layang tersebut tetap tidak mahu terbang.


"Qira!" Amanda dan Qira menoleh ke arah suara tersebut. Kelihatan seorang lelaki berkulit putih dan memakai cermin mata berlari ke arah mereka. Amanda terus cuak. 'Ini ke Pak Su Qira, habislah aku kena sembur dengan dia sebab mesti dia ingat aku culik anak buah dia.'


Amanda berdiri statik di situ. Lelaki yang disangka Pak Su Qira itu memeluk Qira dengan erat. Kemudian mereka bercakap sesuatu. Amanda berasa terharu. 'bestnya Qira ada Pak Su yang sayang dia macam tu sekali'. Setelah meleraikan pelukan, Qira berlari ke arah Amanda. Lelaki itu mengikut langkah kecil Qira.


"Kak Manda, ni Pak Su Qira." kata Qira dengan senyum yang manis semanis lolipopnya. Teragak-agak Amanda untuk senyum kepada lelaki tersebut. Namun, senyuman yang terbit di bibir lelaki itu sedikit demi sedikit mengusir rasa gentar Amanda.


"Maaf la encik. Saya bukan sengaja ajak Qira main. Dia yang ajak saya main layang-layang dengan dia. Dia kata encik tak nak main dengan dia." terang Amanda.


"Takpe. Saya faham. Saya yang salah sebab tak layankan kerenah dia ni. Saya mintak maaf kalau anak buah saya ni menyusahkan awak." Amanda berasa lega kerana lelaki tersebut tidak menuduhnya yang bukan-bukan.


"Nama saya Dani. Nama awak?" Amanda tersenyum.


"Nama saya Tania Amanda. Panggil Manda je." jawab Amanda.


Petang itu, Dani dan Amanda melayan perangai Qira yang happy-go-lucky itu. Amanda pulang apabila Rihan dan sepupu Rihan habis bermandi-manda di pantai.


Koranggg *lambai tangan* thanks baca cerita saya tak se'best' mana ni.. :)

I know, this chappy is so boring! Even adik saya pun cakap benda yang sama. =,= But, not to worry.. the next chapter is on the way! Saya akan usaha untuk buat cerita ini jadi best!. YEAH! hahaha. Done with merapu! Enjoy the story! XD

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now