Chappy 26

14.3K 675 44
                                    

Assalamualaikum.. dan hai! Bonus untuk kali ni diupdate lambat. Maaf. Saya ingat nak publish bab ni untuk minggu depan, tapi.. rasa tak sampai hati pulak. Mana tahu ramai yang tunggu bab kali ni, kan? Huh,, ayat perasan lagi =.= *nak cakap yang bab kali ni agak sedih (bagi penulis lahh) tapi, korang boleh judge sendiri. Tak salah dan tak dilarang pun. Enough with babbling over merepek things, just enjoy! XD


Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Amanda memisat matanya lalu mencapai tuala dan bergerak ke bilik air untuk mandi. Usai mandi, dikejutkan pula Dani dan Aqira yang lena dibuai mimpi.

Mereka bertiga solat subuh berjemaah dan bertadarus bersama. Rutin harian mereka sejak mula berkahwin. Amanda bersyukur dikurniakan suami yang menjaga agama dan dapat membimbingnya ke arah kebaikan.

Amanda bersiap-siap dan berlalu ke dapur untuk menyediakan sarapan. Menunya.. nasi goreng kampung dan kuih karipap! Amanda sudah bercadang untuk memasak masakan kegemaran abangnya, iaitu pancake sebagai menu tambahan.

Tugas Amanda bermula dengan mengadun doh karipap dan memasak intinya. Selepas itu, Amanda beralih pula pada bahan-bahan untuk memasak nasi goreng. Sesekali dia dibantu oleh Dani. Aqira pula menonton kartun di ruang tamu.

Dalam masa 2 jam, tiga hidangan sudah tersedia dengan seteko teh serta kopi. Masa untuk memasak karipap agak lama walaupun dibantu oleh Dani. Amanda bergerak pula ke ruang tamu untuk mengemas rumah tetapi dilarang oleh Dani dengan alasan kerja itu tidak sesuai dengan keadaan Amanda yang sudah berbadan dua.

Semenjak tadi, Amanda berasa tidak sedap hati. Perasaan itu sedikit sebanyak menganggu emosinya. Matanya menatap rancangan kartun bersama Aqira tetapi mindanya menerawang entah ke mana. Amanda kemudian bangun dan menuju ke bilik untuk mangambil buku bagi menghilangkan perasaan tidak enak tersebut.

"Mama nak pergi mana?" tanya Aqira apabila melihat Amanda sudah memanjat tangga pertama.

"Mama nak ambil buku sekejap." jawab Amanda sambil meneruskan langkah.

"Nak Qira teman?" Amanda menggeleng sambil tersenyum. Aqira menyambung menonton televisyen.

Amanda mencari buku bacaan lamanya di perpustakaan mini di tingkat atas. Dicari buku yang dapat menarik minatnya untuk membaca. Setelah berpuas hati dengan buku yang dipilih, Amanda bercadang untuk mengejutkan ahli keluarganya yang lain.

Diketuk pintu bilik Arif yang berada di sebelah perpustakaan mini.

"Abang Arif.. bangun sarapan." Tiada sahutan kedengaran dari dalam bilik membuatkan Amanda terus mengetuk pintu bilik tersebut. Lama kelamaan Amanda mula berasa risau apabila tiada balasan yang diterima.

Tangannya perlahan-lahan memulas tombol pintu yang tidak berkunci. Kepala dijengukkan ke dalam bilik yang berlatarkan warna hijau cair, warna kegemaran Arif. Namun, kelibat Arif tidak kelihatan. Amanda melangkah masuk dan memanggil nama Arif. 'Hmm tengah mandi kot..' detik hati Amanda.

Saat ingin melangkah keluar, Amanda terpandang satu loket yang dikenalinya. Tangannya mengambil loket tersebut dan wajah Amina terpampang di dalamnya. Sungguh, dia terkejut. Loket itu miliknya! Kenapa ada wajah Amina pulak?

"Apa kau buat ni?!!!" tengking Arif yang baru keluar dari tandas. Wajahnya yang menyinga sangat menggerunkan Amanda. Loket di tangan Amanda dirampas kasar.

"Man.. Manda.. tak.. err.. loket ni.. err.." tergagap-gagap Amanda berkata dengan wajah yang cuak.

"Apa?! Kenapa dengan loket ni?! Kau nak curi loket ni pulak?!" marah Arif lagi. Amanda menggeleng laju.

"Buk..bukan.. Loket tu..Manda.. yang punya.." Amanda menjawab. Arif tersenyum sinis.

"Semua benda kau nak mengaku kau yang punya? Loket ni dah terang-terang ada gambar Mina. Kau cakap loket ni kau punya? Apa masalah kau sebenarnya, hah?!" terhinggut bahu Amanda.

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now