Chappy 32

14.3K 617 24
                                    

Assalamualaikum dan selamat pagi :) Nothing to say pepagi ni cause saya memang blurr bila bangun pagi. Just enjoy the chapter! 

"Settle." ujar Shirr dengan senyuman yang hanya dia faham maksudnya. Telefon dimasukkan ke dalam tas tangan. Secara perlahan, dia mula mengatur langkah untuk keluar dari kawasan pejabat Dani. Topi di kepala diturunkan sedikit menutupi wajahnya supaya tiada siapa yang dapat mengecam dirinya.

Lagu Heartbreak Girl yang berkumandang dari dalam beg tangan menghentikan langkah Amanda dan yang lain ingin menuju ke Pizza Hut. Panggilan dijawab dengan salam.

"Puan ni Tania Amanda ke? Isteri Encik Dani Rashdan bin Izwal?" suara dari corong telefon kedengaran.

"Ya. Ada apa-apa yang jadi pada suami saya ke?" Hati Amanda mula berasa tidak tenang.

"Maafkan kami puan, saya Inspektor Lan. Kami telah menemui suami puan dalam keadaan tidak sedar diri akibat kemalangan. Dan, malangnya Encik Dani masih dalam keadaaan kritikal dan ditempatkan di ICU."

Pap! Pap! Pap!

Amanda terasa bagaikan hatinya dipukul kuat.

"Astaghfirullah!" Lemah longlai tubuhnya lalu dia terjelepok jatuh sambil sebelah tangannya masih memegang telefon, manakala sebelah lagi tangannya memegang dada yang terasa ingin pecah.

"Manda!" Rihan segera memegang bahu Amanda.

"Kenapa ni Kak Manda?" tanya Iman risau pula sambil menggosok tangan Amanda.

"Da..Da..Dani.. ke..kemalangan..."Begitu payah Amanda menturkan perkataan itu. Semua ini bagaikan mimpi. Aqira terus menangis mendengar ayat tersebut.

Baru pagi tadi terasa lembut tangannya menyalam tangan lelaki itu. Baru pagi tadi terhias senyuman manis di wajah lelaki itu. Baru pagi tadi lelaki itu berpesan kepadanya supayan menjaga diri baik-baik. Baru pagi tadi.. lelaki itu mengucupnya penuh lembut di dahi. Baru pagi tadi lelaki itu melambainya dengan penuh ceria sebelum ke tempat kerja. Dan sekarang.. mungkin Amanda patut bersedia untuk kehilangan lelaki itu.

Amanda menggeleng-gelengkan kepalanya dengan tangisan yang tidak dapat dibendung. Rihan pantas mengambil telefon di tangannya dan meneruskan komunikasi bersama inspektor tersebut. Iman pula masih menenangkan Amanda yang bagaikan sukar menerima berita tersebut. Aqira pula sudah teresak-esak menangis sambil memeluk Amanda. Berkongsi rasa kesedihan bersama.

Hospital Kuala Lumpur menjadi destinasi utama mereka. Berlari-lari anak mereka mencari wad Dani. Mereka dikhabarkan bahawa Dani masih menjalani pembedahan. Amanda tidak putus-putus berdoa untuk keselamatan suaminya.

"Manda, kau nak makan apa-apa tak? Kita tak sempat nak makan pun tadi. Kau mesti lapar kan?" tanya Rihan. Jujurnya, Rihan tidak mahu lihat riak wajah yang muram itu. Dia mahu Amanda sentiasa ketawa dan ceria.

Amanda menggeleng tanda tidak mahu. Seleranya sudah mati. Namun, senyuman tetap terukir buat sahabat setianya.

"Kau bawaklah Qira dengan Iman makan dulu. Kalau aku lapar nanti aku bagitau kau." Rihan mengangguk perlahan. Tak sanggup dia melihat senyuman palsu Amanda.

"Rynn." Rihan berpaling.

"Thanks." ucap Amanda ikhlas. Rihan mengangguk lagi. Kali ini bersama senyuman dan berlalu bersama Iman dan Aqira.

Setelah mendapat kekuatan, Amanda menghubungi keluarga mertuanya di Kedah. Tetapi, sikitpun tidak kedengaran esak tangis Hajah Raizah. Mungkin mak mertuanya tidak mahu tunjuk lemah di depan dirinya. Haji Izwal memberitahu mereka akan datang secepat mungkin dan menasihati Amanda agar terus kuat dan berada di samping Dani.

Setelah beberapa jam di bilik pembedahan, doktor yang bertugas melakukan pembedahan terhadap Dani keluar.

"Macam mana keadaan suami saya, doktor?" tanya Amanda cemas.

Doktor Reezal menanggalkan spek matanya sebelum berkata.

"Alhamdulillah. Encik Dani dapat kami selamatkan. Terdapat beberapa kesukaran yang kami hadapi untuk selamatkan Encik Dani. Tapi mungkin atas doa puan dan kuasa Allah, Encik Dani berjaya melepasi tahap kritikalnya. Apapun, Encik Dani masih di tahap lemah. Lepas ini kami akan pindahkan dia di wad biasa dan puan boleh berjumpa dia nanti." terang Doktor Reezal panjang lebar.

"Terima kasih doktor!" ucap Amanda lega.

"Sama-sama. Itu memang tugas saya. Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu." Amanda mengangguk.

Syukur yang tidak terhingga diucapkan buat Yang Maha Esa. Dani selamat. Itu yang Amanda nak dengar dari mulut doktor dan Alhamdulillah, Allah makbulkannya.

Setelah keadaan Dani stabil, Amanda ke wad Dani. Rindu rasanya untuk melihat wajah suaminya walaupun baru beberapa jam mereka berpisah.

Pintu wad dibuka perlahan sambil melafazkan bismillah. Wajah pucat Dani menyapa pandangan. Kaki di atur perlahan mendekati katil. Tangannya pantas memaut tangan sasa milik Dani sebelum mata Dani terbuka.

"Saya kat mana ni?" Pertanyaan pertama yang terbit dari mulut Dani. Walaupun Amanda berasa sakit dengan gelaran yang Dani gelarkan untuk dirinya (Dani), Amanda tetap menjawab pertanyaan Dani.

"Abang kat hospital." balas Amanda dengan senyuman yang menghiasi raut wajahnya.

"Awak siapa?"

Amanda sudah bersiap sedia dengan pertanyaan itu. Kerana mulai dari detik ini, dia akan cuba mengembalikan saat manis mereka. Dia akan kuat.. untuk itu.

'Cause I've still got a lot of fight left in me. Amanda senyum pahit.


That's all untuk chappy kali ni. Bab kali ni agak panjang (yeke?) untuk pembaca yang setia vote cerita saya. Dan untuk bab ni juga saya selitkan lagu kegemaran saya, Fight Song - Rachel Platten. Harap korang suka. Next chapter is on the way..!

Jangan lupa vote & comment! Sayang korang!! 

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now