Chappy 17

14.9K 850 18
                                    

Assalamualaikum.. saya update cepat chappy kali ni sebab saya tahu chappy 16 sangaaaaaaattt bosan =,=. Saya tahu sebab tak banyak yang vote T^T (sedih sekejap). Anyway.. itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus menulis.. (Penulis ni emo sangat. Maap). Harapnya Chappy 17 ini mendapat vote yang lebih banyak dari chappy-chappy sebelum ni.. :p


"Assalamualaikum.." Amanda yang sedang menyapu sampah di dalam rumah terbantut apabila mendengar salam dari hadapan rumah. Tangannya mencapai tudung sebelum langkah kaki diatur ke luar rumah.

"Waalaikumussalam.." jawab Amanda sambil membuka pagar. Wajah mak cik dan pak cik di hadapannya dipandang dengan senyuman yang manis.

"Mak cik dengan pak cik cari siapa?" tanya Amanda lembut. Kedua orang tua di depannya juga tersenyum memandangnya.

"Ini rumah Dani Rashdan kan?" tanya mak cik yang berjubah hitam tersebut. Amanda mengangguk.

"Eh, mak cik, pak cik, mari masuk dulu. Panas kat luar ni. Abang Dani pergi kerja. Kejap lagi baliklah tu." pelawa Amanda sambil mengangkat beg pak cik dan mak cik tersebut.

Amanda menghidangkan jus dan mempelawa mereka untuk minum.

"Jemput minum, mak cik, pak cik..". Kedua mak cik dan pak cik tersebut hanya tersenyum dan mengangguk.

"Anak ni Tania Amanda kan?" Amanda mengangguk dan tersenyum sumbing. 'Mana pulak mak cik ni tahu nama aku Amanda?'

"Oh.. jadi ni lah menantu umi?" Amanda tersenyum dan mengangguk lagi. 'Eh, kejap! Menantu?!'

"U..um..umi? Ba..bab..baba?"tanya Amanda dengan tergagap. Mereka tersenyum dan mengangguk. 'Err.. Manda? Macam mana ni?'


Haji Izwal dan Hajah Raizah tersenyum melihat menantunya yang sedang memasak. Hati  mereka berdua lega kerana Amanda ditakdirkan menjadi menantu mereka. 'Tak salah Dani pilih isteri..' bisik hati Hajah Raizah.

"Manda nak umi tolong apa-apa?" tanya Hajah Raizah mendekati menantunya. Haji Izwal ke ruang tamu untuk menonton berita.

"Eh, tak ada apa-apa umi. Umi duduk je kat situ. Sikit je lagi ni. Nanti kita makan sama-sama ye?"ujar Amanda sambil memimpin Hajah Raizah untuk duduk di meja makan.

"Untung umi dapat menantu macam Manda. Pandai masak, sopan santun, tutup aurat, baik hati, cantik.. Pandai Dani pilih isteri."puji Hajah Raizah sambil melihat Amanda ligat memasak. Amanda hanya tersenyum. 'Umi je yang anggap macam tu, keluarga Manda tak pernah pun anggap Manda macam tu,' pilu hati Amanda bersuara.

"Tengoklah isteri siapa..?" sampuk Dani entah dari mana. Lepas solat kot sebab songkok masih di atas kepala. Nampak sangat hensem pada pandangan mata Amanda. 

"Eleh, angkat bakul sendiri pula.." Hajah Raizah mencemik. Amanda tergelak.

"Abang, Manda dah siap masak. Tolong hidangkan kat depan." pinta Amanda kepada suaminya. Dani menyingsing lengan bajunya dan bersedia menyusun pinggan mangkuk di atas meja makan. Selesai menghidang, mereka menjamu selera dengan gelak tawa. Amanda terasa sangat bahagia. Syukur  dianugerahkan suami, anak buah dan keluarga mertua yang sangat baik.

"Umi nak balik dah ke?" tanya Amanda kepada Hajah Raizah yang sedang menyusun baju ke dalam beg. Sudah seminggu Hajah Raizah dan Haji Izwal menetap di rumah mereka.

"Haah. Umi tak boleh lama-lama dekat KL. Takde siapa nak jaga ayam itik kat kampung tu."balas Hajah Raizah.

"Alaa..Manda baru nak bermanja dengan umi." kata Amanda dengan nada sedih. Hajah Raizah tersenyum.

"Dani kan ada.."

"Abang asyik sibuk dengan kerja, umi. Manda tak nak kacau abang." beritahu Amanda sambil menunduk.

"Manda.. sesibuk mana pun Dani tu, dia mesti luangkan masa dengan kamu. Kamu kan isteri dia.." kata Hajah Raizah seraya memeluk bahu Amanda. 

"Seorang isteri kena sabar dengan sikap suami. Suami ni banyak benda kena pikul. Tugas kita adalah untuk bagi sokongan dan semangat untuk dia. Jangan mudah putus asa. Kepercayaan mesti ada. Kasih sayang perlu dipupuk, kalau tak senanglah suami isteri cerai-berai." nasihat Hajah Raizah kepada menantunya. 

"Manda akan cuba, umi. Doakan yang terbaik untuk Manda dan Dani." ucap Manda terharu. Pelukan dieratkan. Sungguh! Amanda rindukan pelukan seorang ibu.


Suka sangat bila Amanda dapat rasa kasih sayang seorang ibu. Tapi, sampai bila? Takkan Amina nak biarkan Amanda bahagia, kan? Drop your comment about this chappy..! :)


A/N: Terima kasih kepada yang sudi vote cerita AAS! ni sampai chappy 16. Thanks sangat..! Tak lupa kepada @amirahaiman , @AppleTiara dan @cherishme6 untuk comment korang yang menaikkan semangat saya untuk terus meng'update' cerita ini dengan cepat :) To @Jeejee_02, thanks for your vote sampai chappy 16 XD. Kepada yang sudi baca, terima kasih dan maaf kerana cerita ini tidak menepati citarasa korang untuk vote for this story. Saya akan cuba perbaiki kesilapan tatabahasa dan lain2 untuk kepuasan pembaca semua..

_Soooomuchlove,kimchocomarkonah_

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now