Nota Cik Penulis [2]

13.5K 306 31
                                    

Assalamualaikum.. Hye guyss..! Jangan sedih sebab ni bukan next chappy untuk AAS! Saya ada pengumuman untuk dibuat.

PERHATIAN!!

Dalam pada saya siapkan cerita AAS! ...

Ting! Ting! Ting!

Muncul satu idea untuk buat story baru. Hehe.Tajuk?

She Belong With Me.

Intro? Nah!

Ariq, Iqli, Irwan dan Amil menongkat dagu. Menanti ketibaan 'Yang Berhormat' untuk sampai ke gerai mamak yang tak jauh dari pejabat mereka.

"Mana dorang ni, Mil?" Suara Irwan memecah kesunyian.

"Entahlah, Wan.." jawab Amil mendatar. Mukanya dah serupa orang putus cinta je gamaknya.

"Dorang cakap nak pergi sekejap je.. Dah berkurun aku tunggu kat sini haa.." Iqli mengangkat kepala kemudian menebarkan pandangan, mencari-cari kelibat 'budak dua orang' yang sudah lama ditunggu mereka berempat.

"Aku rasa lah kan.." Ariq memulakan kata.

"Dorang pergi dating ni.." Ketiga-tiga kepala milik Iqli, Irwan dan Amil memandang Ariq yang sedang mengusap dagu.

"Lahhh..."serentak mereka bertiga berkata.

"Kalau macam tu, baik kita makan dulu. Rehat dah nak habis ni." Irwan sudah menangkat tangan meminta pelayan mengambil pesanan.

"Apalah, dating tak nak bagitahu. Ingat kita nak kacau dorang ke?" Amil mencebik.

"Tu lah pasal. Macam model dah kita kat sini. Hmm.. membazir muka aku ditayang kat sini." Iqli buat muka macho. Yang lain mencebik.

"Dah lah, tak payah tayang muka basi kau tu. Muka macam apek besi buruk tu, ada hati nak cakap muka macam model. Puihh.." Ariq mengutuk Iqli. Irwan dan Amil tergelak.

Memang tak dinafikan mereka berempat sangat rapat. Sejak masuk ke Universiti yang sama 5 tahun lepas, hubungan meraka sangat akrab. Dah terlalu lama mereka berkongsi kisah sedih, suka duka, tawa ria bersama. Dan tak dinafikan jugak, mereka mempunyai rupa paras yang tampan. Sebenarnya ada lagi satu kawan dorang ni. Nama dia Syahfitri.

"Woii,, makan tak menunggu!" jerkah satu suara dari belakang Amil. Iqli yang baru meneguk air milonya terus tersedak. Ariq menepuk-nepuk belakang Iqli.

"Walaweh.. cantiknya bahasa. Mana salam kau?" perli Irwan. Syah tersengih sebelum mengambil tempat dia sebelah Amil.

"Assalamualaikum, wahai sahabat-sahabatku. Heheh.."

"Ingatkan dating tak ingat kitorang dah.." Ariq menyeringai setelah dipukul dengan fail oleh seseorang yang baru duduk di sebelahnya.

"Banyak la kau punya dating! Ni ha, dating dengan kedai buku. Tunggu punyalah lama nak fotostat bendalah ni." bising suara itu sambil menunjukan fail yang berisi kertas.

"Betul! Kau punya pakcik la ni, Iq. Sempat pula nak suruh Han fotostat benda ni time lunch. Dah tahu mesin fotostat kat ofis tu rosak, tak tahu nak dibetulkan." bebel Syah sambil menghirup jus oren milik Irwan.

"Sabar, Syah. Sabar, Han. Kita ni, buat kerja kena ikhlas tau. Tak boleh marah-marah. Barulah berkat kerja kita." bebel Iqli.

"Dah mula dah ceramah dia tu..." sampuk Amil.

"Padahal tadi dia pun bising tunggu korang lama sangat.." Irwan menyambung.

"Entah.. cakap tak serupa bikin betul dia ni.." sakat Syah pula.

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now