Additional Chappy [3]

10.9K 487 20
                                    

Assalamualaikum dan hai!  Harini saya ada free time, so sempatla nak update new chappy. Tapikan.. Bila dah taip beberapa bab untuk AC ni,  rasa macam tak boleh berhenti menaip pulak.  Hahahaha.  K,  dah start merapik 〒_〒. Enjoy reading!

Pemanduan yang mengambil masa selama 3 jam itu berakhir dengan selamat setelah mereka berlima sampai di perkarangan rumah Haji Izwal.

Dani memarkirkan keretanya di sebelah Toyota Vios di halaman rumah. Amanda di sisi dibiarkan tertidur.

Pintu kereta dibuka, kemudian dia bergerak ke bahagian penumpang iaitu seat isterinya. Didukung Amanda dengan penuh hati-hati.

Salam diberikan sebelum kaki kanan melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumusalam. Lahh Dani. Balik tak bagitahu ye. Dah,  bawak masuk isteri kamu tu dalam bilik dulu." kata Haji Izwal. Dani hanya tersengih dan melangkah masuk ke dalam bilik.

"Ayah tok..!" jerit Aqira dengan suara yang gembira. Segera dipeluknya tubuh Haji Izwal bagi melepaskan rindu. Haji Izwal tersenyum senang. Tak lama kemudian, Dani keluar dari bilik.

"Babah, kereta siapa kat luar tu? Tak pernah nampak pun?" pertanyaan Dani sedikit-sedikit mematikan senyuman di wajah Haji Izwal.

"Hero-hero babah tu mana? Tak ikut ke?" Haji Izwal menukar topik. Dani menepuk dahi.  Pantas kaki diatur ke arah keretanya untuk mendukung Darwin dan Darish yang masih tidur.

Dani melabuhkan duduk untuk melepaskan lelah. Penat memandu dan penat mendukung isteri serta anak-anak. Dani memang tidak suka menganggu tidur ahli keluarganya. Jadi, dia lebih rela membiarkan isteri dan anak-anaknya tidur daripada mengejutkan mereka.

"Babah, Dani dengar umi sakit.  Mana umi? Tak ada dalan bilik pun?" tanya Dani kepada Haji Izwal.

Haji Izwal mengerutkan dahinya.

"Mana ada umi sakit. Sihat je umi kamu tu. Dia ke rumah Mak Ngah kamu sekejap. Siapa pulak yang cakap umi kamu tu sakit?"

Dani mengetap mulut. 'Wani ni memang nak kena..!'

"Alhamdulillah lah kalau umi sihat. Wani call Dani tadi, cakap umi sakit. Sebab tu lah Dani cepat-cepat balik. Kerja pejabat pun Dani tinggalkan macam tu je sebab ingat umi sakit kuat." panjang lebar Dani bercerita.

Aqira muncul dari dapur dengab sedulang minuman buat papa dan ayah toknya.

"Dah kenapa pulak si Wani tu cakap macam tu?" tanya Haji Izwal pelik.

Dani mengangkat bahu tanda tidak tahu, lalu meneguk air yang baru dihidangkan oleh Aqira. 

"Assalamualaikum.." tiga suara bergabung memberi salam.

Dani, Aqira dan Haji Izwal pantas menalakan pandangan ke muka pintu.

Mata Dani membuntang, air yang baru diminumnya tersembur keluar.

Eh, siapa pulak yang datang tu? Sampai tersembur air dari mulut Dani. Hahaha
So,  stay tuned and see ya!

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now