Chappy 29

13.9K 660 4
                                    

Assalamualaikum w.b.t (tak jawab dosa.. XD) dan selamat petang! Mesti semua pembaca tertunggu-tunggu sambungan AAS! kan? Maaf.. Kesibukan masa menghalang saya mengupdate cerita ini. Jangan risau, cerita ini akan tetap diupdate dari masa ke semasa. Tak akan pending or on hold, okey? Mukadimah dah habis.. so, lets continue our story (cewahh XD)

"Mama!" jerit Aqira lantas memeluk Amanda dengan erat. Amanda membalas pelukan Aqira dengan penuh kasih sayang. Serta-merta dia teringat akan kehilangan anak yang dikandungnya hampir 3 bulan. Rasa sedih tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

"Qira dah cakap dengan mama, Qira tak nak balik rumah nenek. Tapi mama nak balik jugak. Qira tahu mesti benda buruk akan jadi kat mama. Sekarang Qira dah takde adik.." bebel Aqira sambil tangannya erat memeluk Amanda. Amanda hanya terkedu.

"Qira.. ajal tu di tangan Allah. Mungkin papa dan mama tak sedia lagi nak dapat baby. Dan mungkin Qira sendiri tak sedia nak ada adik baru. Kita kena belajar terima hakikat." Aqira terdiam mendengar nasihat Dani.

"Jangan risau, Qira. Mama takkan datang rumah nenek lagi. Dah tiba masanya mama mengalah dengan diorang." sampuk Amanda sambil mengusap rambut Aqira. Dani tahu Amanda sudah penat untuk meraih kasih sayang dari keluarga mertuanya.

"Betul ke mama? Maksudnya, kita takkan datang rumah nenek lagi?" tanya Aqira bingung. Amanda mengangguk. 

Dani mengalih perhatian Aqira dengan bercerita mengenai dirinya yang takut dengan jarum suntikan walaupun itu tidak benar. Kenalah kelentong sikit-sikit.. hehe

Amanda menahan rasa apabila Dani bercerita tentang kisahnya semasa kecil bersama keluarganya yang ceria. Amanda terkilan kerana dia sempat merasa pengalaman tersebut semasa kecil sahaja. Rasa sakit tersebut dipendam untuk mengelakkan Aqira dan Dani perasan akan kekecewaan yang melanda dirinya.

"Qira.. jom kita balik. Kejap lagi Qira kena pergi sekolah." Dani mencapai beg yang mengandungi pakaian kotor Amanda di tepi katil. Aqira mengangguk lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Amanda. Amanda memeluk erat tubuh kecil Amanda sebelum Dani dan Aqira keluar dari wad tersebut.

Sejurus pintu ditutup dari luar, Amanda menghamburkan tangis sepuasnya. Rasa sakit di dalam dada tak dapat ditahan lagi.

'Manda sayang sangat dengan ibu dan ayah macam Manda saya sayangkan nyawa Manda.'

'Manda rela kena marah dengan Abang Arif kalau abang dapat puaskan hati abang.'

'Manda sanggup tahan derita 10 tahun lebih kena fitnah sebab Manda sayangkan Mina.'

'Tapi.. Manda bukan malaikat. Manda dah tak sanggup terima semua ni lagi..'

'Manda.. akan mengalah.. kalau itu yang ibu, ayah, abang dan Mina nak..'


That's all untuk chappy kali ni. Harapnya pembaca puas hati dan gembira dengan update terbaru ni..Hehe :) Don't forget to vote anda comment! Babai dan assalamualaikum!

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now