Chappy 38

14K 621 18
                                    

Assalamualaikum dan selamat pagi guyss..! Huhu Chappy 38 dah siap diupdate. Harapnya okay la bab kali ni. Happy reading!


Dani mengetuk pintu sebelum memulas tombol pintu dan melangkah masuk. Dilihatnya Amanda sedang termenung di tepi tingkap. Riak mukanya nampak muram. Matanya pula nampak.. sembap?

'Eh, Manda nangis ke?'

Dani melabuhkan duduk di birai katil berdekatan Amanda. Tangannya menggosok paha. Tak tahu nak kata apa. Tak tahu nak tanya apa.

"Awak okey ke?" pertanyaan Dani tidak dijawab. Amanda masih leka merenung ke luar tingkap.

Dani mengawang-awangkan tangannya dia hadapan muka Amanda. Amanda nampak baru tersedar dari lamunan, sebelum dia menoleh melihat Dani.

"Nak apa?" tanya Amanda tanpa nada.

"Awak okey ke?" Dani mengulang pertanyaannya.

"Hmm.." Amanda malas menjawab. Entah kenapa, dia rasa tawar hati dengan Dani. Mungkin sebab Dani yang dulu tahu sahaja menceriakan dia. Pandai memujuk, memberi nasihat dan .. pelukan. Tapi, Dani sekarang hanya mampu memberi pandangan simpati. Pandangan yang Amanda tidak mahu daripada sesiapa.

"Kenapa awak layan keluarga awak macam tu? Tak baik tau." Dani menegur perbuatan Amanda sebentar tadi.

"Awak akan tahu juga nanti." Itu sahaja yang mampu Amanda katakan. Kalau diceritakan hal sebenar, mahu ke lelaki itu percaya kata-katanya? Entah- entah Dani akan menuduhnya sebagai anak yang tidak sedar diuntung.

"Alahh.. cerita je lah." rengek Dani. Amanda menggeleng.

'Dah kenapa mamat ni? Tadi serius semacam tegur aku. Sekarang tergedik-gedik pula dia..'

"Tak nak lah. Dah sampai masa nanti saya cerita kat awak." putus Amanda.

"Bila?" tanya Dani lagi dengan muka sedih.

"Kak Manda." Wajah Ariz terpacul di muka pintu. Dani dan Amanda memandang Ariz tanpa berkelip. Ariz memandang Dani yang sedang err.. merayu? dan Amanda yang sedang memeluk tubuh.

"Oppss.. hee.." Ariz sengih menampakkan giginya yang putih dan beseri. Macam iklan colgate tu. Eh?

"Kenapa Riz?" tanya Amanda pantas.

"Erm.. Kak Mina dengan Abang Ed dah sampai. Ibu suruh keluar." Amanda mengangguk.

"Nanti kitorang keluar."

Ariz mengangkat tabik sebelum berlalu.

"Sambung la drama korang balik ye." Arif sempat mengusik.


"Ibu, dia buat apa dekat sini? Berani pulak dia jejakkan kaki ke sini." Amina menggigit buah epal yang baru dibasuh.

"Entah la. Mimpi apa sampai sanggup dia datang sini. Ibu ingat dia tak nak datang sini lagi dah. Maklumlah, Arif ada sepanjang masa kat sini." Puan Marlinah berkata sambil memotong buah epal untuk dihidangkan.

"Laki dia macam mana bu? Hilang ingatan lagi ke?" tanya Amina sambil terus mengunyah. Tangan Puan Marlinah terhenti memotong epal.

"Mana Mina tahu Dani hilang ingatan?" Amina terdiam. Dia berdehem.

"Err.. kawan Mina. Shirr bagi tahu haritu. Dia terserempak dengan Dani kat hospital. Kebetulan, doktor yang merawat Dani tu kawan Shirr." jawab Amina sambil berlagak selamba. Padahal dalam hati, tik tok tik tok merangka ayat.

"Mana Shirr tu tahu Dani suami Manda? Shirr tak datang wedding korang haritu kan?" Puan Marlinah mula mengesyak sesuatu.

"Ish, ibu ni. Adalah, dia datang sekejap je. Ibu ni banyak tanya la. Malas nak layan." Serentak dengan itu, Amina beredar ke ruang tamu. Makin panjang dia berborak dengan ibunya, makin banyak rahsia yang akan terbongkar.

Puan Marlinah menggeleng melihat kelakuan anaknya yang satu itu. Dulu, Amina sangat jarang bercakap. Selalunya menggeleng je,takpun mengangguk. Dah besar ni, pandai pulak budak tu melawan.

'Manusia banyak berubah..' bisik Puan Marlinah dalam hati lantas meneruskan kerjanya memotong buah. Tanpa dia sedari, dia juga telah berubah. Dari seorang ibu yang penyayang kepada ibu yang pendendam.

"Sihat, Manda?" tegur Eddy dari belakang. Amanda hanya senyum dan mengangguk. Malas cakap lebih-lebih. Karang dicop perempuan gatal pula. Dani memandang Eddy yang duduk di sofa berhadapan Amanda. Matanya tidak lepas memerhatikan tingkah Eddy yang dirasakan untuk menarik minat Amanda.

"Lama tak jumpa Manda. Sejak peristiwa haritu-"

"Manda sihat je. Ed sihat?" Amanda menukar tajuk perbualan yang bakal Eddy ketengahkan. Tidak mahu dia bercerita tentang itu sedangkan Arif juga ada di sini. Ruang tamu besar kediaman Encik Fauzi.

"Of course la my darling sihat. Kan yang?" Amina menyampuk dari dapur. Eddy senyum kelat.

"As long you dengan I, you akan sentiasa sihat. I akan jaga you macam baby." Amina mengusap lengan Eddy.

Allah! Mahu terkeluar segala isi perut Amanda mendengar kata-kata Amina. Kut ye pun kau nak tunjuk mesra, tak payah la over sangat =,= Ariz dan Aqira sudah buat muka menyampah. Arif pula hanya diam membisu. Apa yang nak ditegur adik kesayangan dia tu. Semuanya nampak baik.

Dani gelak terbahak-bahak. Mata semua menumpu pada Dani.

"Best la kau Ed. Dapat jadi baby balik. Hahahaha!!" Dani menyambung gelaknya. Ariz dan Aqira turut tergelak. Arif juga, tetapi dia cuba sembunyikan gelaknya.

Eddy senyum kelat lagi. Malunya tak tahu nak cakap macam mana. Even dengan family mertua, rasa malu tu ada bila digelakkan sebegini rupa. Dalam hati, dia mengutuk Amina yang agak keterlaluan apabila berkata.

Amanda hanya senyum sinis. Macam lah dia tak tahu perangai adik kembarnya. Nak jaga diri sendiri pun tak mampu, nak jaga laki.. lagilah. 'What? 'Jaga you macam baby'? Oi Mina, kau tu paling tak suka baby, macam lah aku tak tahu. Ada hati nak jaga laki macam jaga baby. ' sempat Amanda mengutuk dalam hati.

"Err.. korang duduk berapa lama kat rumah ibu?" Eddy menukar topik.

"Sampai lusa je. Aku kena start kerja dah Isnin ni." Dani menjawab. Yelah, dia yang beria-ria yang duduk rumah ni.

"Hmm.. lama juga kan? Manda rela ke?" tanya Amina dengan wajah yang kerek.

"Abang Arif duduk lama kat sini, kan abang?" Amina memandang wajah Arif yang serba salah.

'Jangan cakap Abang Arif rasa bersalah dengan Manda.' hati Amina berbisik geram.

"Hmm.." balas Arif sambil matanya memandang ke arah Amanda. Dani melihat Amanda dan Arif berbalas pandang. 'Ada sesuatu yang jadi ke antara Manda dan Arif?' Dani mula berteka-teki. Susah betul hilang ingatan ni. Semua benda tak tahu. Macam orang biul pun ada. Haihhh

Amanda melarikan pandangan matanya. Dia nampak riak bersalah pada mata Arif. Tapi apakan daya, kemaafan belum terbit buat abangnya.

"Qira, jom tolong mama kemaskan beg." Aqira mengangguk dan mengikut Amanda dari belakang. Dani hanya mampu melihat langkah dua beranak itu dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir.


Sooo,, yeah. tu je yang mampu saya postkan buat minggu ni. Busy nya tak tahu nak cakap macam mana.. huhuhu anyway.. comment dan vote banyak-banyak tauuu..! =)

P/s; Saya dah publish kan cerita She Belong With Me tu. Jangan lupa jenguk ye. Vote dan comment sentiasa dialu-alukan XD


Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now