Chappy 4

16.4K 835 18
                                    

"Manda!" Amanda menolah ke belakang. Wajah kacak Dani menyapa pandangan.

"Manda, boleh saya cakap dengan awak?" tanya Dani lembut. Rihan dan Zas sudah tersengih-sengih. Mereka segera beredar, menunggu Amanda di pokok yang berdekatan apabila faham yang Dani hanya mahu bercakap dengan Amanda bersendirian.

"Ada apa, Dani?" tanya Amanda pula.

"Saya nak nombor phone awak, boleh tak?" tersentak Amanda dibuatnya. Wajah Dani dipandang dengan wajah tak percaya.

"Qira dari semalam lagi tanya pasal awak. Dia nak sangat jumpa awak, boleh kan?" tanya Dani dengan penuh harapan. Amanda jadi serba salah.

"Bolehlah, Manda. Please, please..?" Amanda memandang Rihan yang sedang menguis-uis batang pokok, manakala Zas pula bersiul nakal. Nampak sangat dorang nak kenakan Amanda.

"Ermm.. macam ni lah. Saya dan kawan saya nak keluar tengah hari ni. Apa kata awak bawak Qira ikut kitorang?" pelawa Amanda memandangkan dia nampak riak kesungguhan pada wajah Dani. Sepantas kilat Dani mengangguk.

"Boleh! Bagi saya nombor awak. Tengah hari nanti saya call awak." putus Dani. Setelah bertukar nombor telefon, Amanda memberi salam dan menuju ke arah Rihan dan Zas.

Sepanjang perjalanan balik, Rihan dan Zas tidak habis-habis kenakan Amanda. Itulah akibatnya jadi kawan Rihan Azwina ni.. =.='


"Eii.. mana mamat ni, Manda? Dah 15 minit kita tunggu kat sini. Batang hidung dia pun aku tak nampak.." bebel Rihan sambil memandang orang yang lalu lalang di depan mall itu. 

"Entahlah.. dia cakap dia dah nak sampai tadi.." balas Amanda pula.

"Mak Su!" panggil Qira sambil mendepakan tangan minta dipeluk oleh Amanda. Amanda menyambut pelukan Qira lalu menggosok rambut Qira yang diikat dandan. 'Mak Su? Bila masa pula budak ni panggil aku Mak Su? Semalam elok je panggil aku Kak Manda?' teka-teki mengenai panggilan Qira buat dirinya lesap apabila Dani memberi salam.

"Assalamualaikum, maaf lah datang lambat. Qira ni buat hal pulak." kata Dani bersalah.

"Waalaikumussalam" balas Amanda dan Rihan serentak.

"Eh, takpe.. Kitorang pun baru sampai, kan Manda?" jawab Rihan sambil menyiku Amanda disebelahnya. Amanda hanya senyum kelat. 'Tadi bukan main marah lagi. Dah sampai mamat ni, terus berubah pulak. Eii..gatal betul kawan aku ni.' bisik hati Amanda.

"Mak Su, jom kita pergi makan, nak? Qira laparlah. Pak Su tak kasi Qira makan lagi.." Qira mengadu dengan wajah yang amat sedih. Kalah Puss In Boots. Dani menutup mulut Qira. Meronta-ronta Qira minta dilepaskan.

"Err.. jomlah kita pergi makan dulu. Qira lapar kan?' kata Amanda cuba menyelamatkan anak kecil yang tidak berdosa itu daripada terus dibuli oleh pak ciknya.

Mereka berempat memilih medan selera untuk mengisi perut memandangkan harga di situ lebih berpatutan berbanding restoran makanan segera yang tidak berkhasiat apatah lagi untuk Qira yang hanya berumur 5 tahun. No KFC, No Mc'D! 

"Qira nak makan apa?" tanya Dani kepada anak buahnya yang dari tadi berkepit dengan Amanda.

"Qira nak mihun goreng." balas Qira yang masih lagi bermain-main dengan Amanda. 'Amboi, dah dapat Manda, aku dicampaknya ke tengah lautan. Sampai hati mu, Qira!" sadis ayat yang bermain di hati Dani.

"Minum?" tanya Dani lagi.

"Horlick ais." sepatah Qira menjawab.

"Korang nak order apa-apa ke?" tanya Dani kepada Manda dan Rihan pula.

"Saya boleh beli sendiri." kata Amanda kepada Dani. Dia tidak mahu menyusahkan Dani.

"Takpe, saya belanja. Awak nak makan apa?"Amanda serba salah untuk menerima pelawaan Dani, tetapi setelah dipaksa, Amanda rela. Cewahh

"Saya nak nasi goreng ayam dengan jus kiwi."Dani mengangguk faham.

"Rihan nak apa?' tanya Dani pada Rihan yang sedang bermain telefon.

Rihan mengangkat muka, "Saya nak... ikut awak? Boleh?" tanya Rihan dengan wajah semanis selori gula. Dani tersenyum kelat sebelum mengangguk. Tidak dapat digambarkan betapa malunya Amanda melihat perangai kawannya yang satu itu.  Kalau dah nampak lelaki hensem.. hai.. Rynn..Rynn

Di kesempatan itu, Amanda bertanya kepada Qira tentang penggilan Qira buat dirinya.

"Qira, kenapa panggil akak Mak Su? Kelmarin okey je Qira panggil akak, Kak Manda?" Qira yang leka bermain telefon Amanda, menjawab, "Pak Su yang suruh." Jawapan yang Qira beri, sungguh membuatkan dia rasa ingin terjun lombong. 'Dah kenapa mamat tu suruh anak buah dia panggil aku Mak Su?'

"Qira, kenapa Kak Manda tak pernah nampak pun mama dengan papa Qira?"Wajah Qira bertukar mendung. Dia berhenti bermain game.

"Mama dengan papa Qira.. tak suka Qira. Dorang cakap dorang tak nak jaga Qira. Tapi, Qira tak kisah. Pak Su cakap, biar Pak Su yang jaga Qira sampai Qira besar. Qira tak perlukan sesiapa lagi dah, sebab Qira dah ada Pak Su!" kata Qira. Mukanya kembali ceria apabila dia menyebut tentang Dani. 

Amanda berasa sedih. Dalam hati dia bersyukur kerana nasibnya tidak seteruk Qira yang dibuang keluarga. Ibu dan ayahnya masih sanggup membela dia sehingga berumur 25 tahun. Masih memberi duit padanya setiap bulan walaupun dia tidak pernah mendapat belaian orang tuanya. Tidak selepas 10 tahun yang lepas.

Tak sampai setengah jam, Dani dan Rihan kembali dengan sedulang makanan dan minuman di tangan masing-masing. Dani mengetuai bacaan doa makan, sebelum mereka makan dengan berselera. 

"Mak Su, nak sikit."pinta Qira kepada Amanda yang sedang menyuap nasi goreng ayam. 

"Qira kan dah ada mihun goreng tu. Jangan la amik Mak Su punya." Tersedak Amanda dibuatnya apabila Dani turut menggelarnya Mak Su. Rihan mengusap belakang Amanda sambil menghulurkan segelas air. Setelah terlepas daripada seksaan tercekik nasi goreng, Amanda menyuapkan nasi gorengnya buat Qira. 

"Erm.. sedapnya! Lain kali Qira nak oder nasi goreng ayam pulak."Amanda tersenyum senang. Dani terkejut mendengar kata-kata Qira.


3 jam meluangkan masa bersama, Rihan dan Amanda terpaksa meminta diri apabila mereka perlu pulang ke rumah sebelum jam 6 petang. Qira berasa sedih apabila terpaksa berpisah dengan Amanda.

"Nanti kita keluar sama-sama lagi, eh?" pujuk Amanda apabila Qira enggan berpisah dengannya.

"Mak Su janji?" Qira menunjukkan jari kelingkingnya kepada Amanda.

"Janji." balas Amanda. Jari kelingking mereka bertaut menandakan perjanjian antara mereka.


Holaaa..! Acane bab ni? Best tak? *gelak awkward* tahu.. bab ni boring.. tapi ni je yang mampu saya updatekan untuk entry kali ni.. sorryy sesangat.. >< hope korang enjoy bab kali ni.. :) see ya!

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now