Chappy 5

15.8K 795 7
                                    

Jeng. Jeng. Jeng! Chappy 5 is now available.! Ade someone dah request next entry,, so.. here you are!! hehehe.. [happpy reading, guyss :)]

Malam itu, Amanda mengemas barang-barangnya memandangkan pagi esok mereka akan pulang ke Kuala Lumpur. Walaupun berat hati Amanda untuk meninggalkan kampung Rihan, tetapi keluarganya yang akan pulang 3 hari nanti meninggalkan Amanda tanpa pilihan.

Beep. Beep!

Bunyi telefon Amanda menandakan dia menerima pesanan whatsapp. Telefon di'unlock'.Tertera FAUZI'S FAMILY di notification. Amanda membuka aplikasi whatsapp. Terdapat banyak gambar yang dihantar oleh Amina. Ya, gambar mereka sekeluarga bercuti di Pulau Tioman. Tertera caption bagi gambar-gambar tersebut.

-Great dayss with you allss XD-

-Having fun snorkelling ^^-

-Muka abang kesayangan yang teramatlah kelakar..!-

Dan banyak lagi. Nampak sangat mereka gembira tanpa Amanda. Amanda menatap satu demi satu gambar yang dihantar oleh Mina. Terdapat gambar di mana mereka sedang menjamu selera di restoran mahal. Ariz makan dengan lahap. Amina disuap oleh Arif. Encik Fauzi pula mengelap bibir Puan Marlinah yang comot. Betapa dia berharap bahawa Amina itu adalah dirinya. Oh..bukan! Amanda berharap dia berada dalam gambar tersebut. Bergembira bersama keluarganya.

 Amanda terfikir. Betulkah itu ahli keluarganya? Betulkah Puan Marlinah, Encik Fauzi, Arif Tazriq dan Ariz Taufiq itu ahli keluarganya? Betulkah Nurul Tasha Amina itu kembarnya? Kenapa bukan dia sekali yang berada di situ? Kenapa bukan dia yang bersama meluangkan masa bersama mereka? 

Pedih hati Amanda melihat semua gambar itu. Dia ingat lagi waktu dia ditambah menjadi ahli group FAUZI'S FAMILY itu. Kalau bukan kerana Ariz adalah admin, sudah pasti dia tidak wujud dalam group itu.

Ariz, kenapa masukkan Manda dalam group ni? Buat semak je..-Arif

Ariz, buanglah Manda daripada group ni. Bukann ada function pun..-Encik Fauzi

Tak guna dia ada dalam group ni. Dia kan asyik sibuk dengan U dia tu. Entah2 tak sempat nak bukak ws ni..-Puan Marlinah

Mina bukan apa, dia tu selalu sibuk dengan asignment. Nak tolong Mina buat asignment pun tak sempat-Amina

Abang Arif, sukati Ariz laa.. Diakan anak Fauzi jugak. Yang ada bin atau binti Mohd Fauzi, sume Ariz masukkan dalam group ni.-Ariz

Ayah.. ade function ke xde function ke,, itu belakang kira.-Ariz

Ibu, even Kak Manda tak sempat pun nk bukak ws.. dia read pun dh cukup.. bukannya korang pedulikan dia pun.. so why bother..-Ariz

Kak Mina, your assignment buat sendiri la.. apa guna masuk U tapi mintak tolong org lain yg siapkan assignment akak? Kak Manda pun tak pernah mintak tolong Kak Mina.-Ariz

Hai.. kalaulah Ariz tak cakap macam tu, dah lama dia ditendang keluar daripada group itu. Amanda cepat-cepat melihat pesanan yang lain pula, takut sekiranya dia sakit hati dengan perbuatan Amina yang sengaja menge'post' gambar mereka bercuti untuk menyakitkan hati dia yang ditinggalkan di rumah. 

Notification from Iman. Mesej daripada Iman dibuka. 

-Kak Manda~~~

-Jom kita pergi jenjalan nak? 

-Balik KL nanti bagitau Iman. Nanti Iman call akak..

-Sayang akak!

Amanda tersenyum membaca mesej daripada Iman Amani, adik angkatnya sebelum membalas.

-Assalamualaikum, Iman~~

-Boleh je. Akak balik nanti akak bagitahu Iman.

-Mana Iman tahu akak xde kat KL ni?

-Sayang adik akak jugak

 Tiba-tiba notification whatsapp Amanda berbunyi sekali lagi. 'Siapa pulak ni?'. Amanda membuka mesej tersebut. Terpampang gambar dia dan Qira bersama ketika keluar tadi. Amanda senyum lebar. Tahulah dia siapa yang menghantar gambar tersebut.

"Apa yang hang tengok tu, Manda? Tersengih-sengih macam kerang busuk ja?" tanya Rihan yang baru  lepas mandi. Amanda mengangkat muka melihat Rihan yang sedang mengelap rambut sebelum kembali menatap telefonnya.

"Dani hantar gambar kita keluar tadi. Nak tengok? Gambar kau pun ada." pelawa Amanda. Rihan melabuhkan duduk di sebelah Amanda. 

"Wah..! Cantiknya gambar aku ni!" kata Rihan teruja. Amanda melihat gambar tersebut dan membulatkan mata. 'Rynn, biar betul? Kau cakap gambar ni cantik?!' Amanda kembali meneliti gambar tersebut. Terpampang gambar Dani yang tersenyum membuat 'peace'. Wajah Rihan pula di hujung gambar tersebut. Boleh cakap nampak kepala je. Disebabkan ada Dani dan Rihan dalam gambar itu, Rihan cakap cantik?! 'Oh My! kawan aku dah angau! Yang Dani ni pun satu, kenapalah dia hantar gambar ni kat aku? Ingat comel lah tu.. =,='

"Eh, nanti hang hantar gambar ni kat aku tau!" Amanda hanya menganggukkan kepala. Layankan sajalah kawan kau ni, Manda..

Amanda menjadikan gambar dia dan Qira membuat peace sebagai wallpaper. 'Hmm.. rindunya kat Qira..'. Saat itu dia teringat akan mesej yang dihantar melalui aplikasi whatsaps oleh Dani.

Buat pengetahuan awak, Qira tak pernah makan makanan lain selain mihun goreng. Dia cakap mihun goreng tu makanan favourite mama dan papa dia. Dia makan mihun tu so that dia tak lupakan parents dia. So, it's kinda shock bila dia cakap dia nak makan nasi goreng yang macam awak makan tadi.- Dani

Anyway, good night. Sleep tight :) -Dani

Amanda dan Rihan melambaikan tangan pada Hajah Timah , Haji Rahman dan Zas. Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur bermula. Pasti Amanda akan rindukan tok mak, tok abah dan Zas... lagi-lagi Qira..'Hai.. Pak Su Qira kau tak rindu ke, Manda?' Amanda menggelengkan kepalanya, cuba menghapuskan fikiran yang merapu itu.

"Apa yang hang dok geleng-gelengkan kepala tu, Manda?" tanya Rihan pelik. 

"Eh, tak de pape. Aku nak tidur ni. Dah sampai nanti, kau kejutkan aku tau.." kata Amanda sambil membetulkan duduk dan bersedia memejamkan mata.

"Amboi.. Hang dah macam bos besaq ja.. Patutnya hang teman aku sampai rumah. Ni dak, ada ka biaq aku sorang-sorang bawak kereta balik KL? Dah kira baguih aku bawak hang balik kampung aku, tau dak? Hang buleh tidur ja..? Hang ni..." dan Amanda sudah terlena. Radio buruk milik Rihan sudah sayup-sayup kedengaran sebelum sepenuhnya lesap. 

Amacam bab ni? Still boring ke? Kalau nak tanya apa2 pasal entry kali ni, boleh comment.. atau message je saya..ok?

So.. ini je yg mampu saya updatekan buat kali ni [ayat cliche] hahah! Hope korang enjoyy!! kalau nak entry seterusnya, sila comment dan vote! hahaha.. [maap, penulis ni mmg suka merapu =.=]

See you in the next entry!! babai!!

A/N: haritu saya kata nk update 2 minggu lagi kan? But.. what to do? saya cuti sehari.. which means today., kalau ade sesiapa yang marah sbb saya kata nk update 2 minggu lagi, but update jugak hari2,, sorry sangattt >,< masa lapang yg ade ni saya gunakan utk post bab2 seterusnya.. hehe.. lgipun kesian kpd yg menunggu cerita ni.. [sekali lagi perasan byk readers -,-] okey. stop membebel..! see ya!

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now