Bab 2

28.9K 746 7
                                    

"Mama tak faham Zahra. Kenapa buat mama dan papa macam ni? Malu kami. Mana kami nak letak muka ni. Kad kahwin dah diedar". Kata Puan Hamidah yang sudah pun menangis.

Puan Hamidah dan Encik Zahri amat terkejut bila orang tua Mika, Datuk Muzafar dan Datin Suhana datang ke rumahnya menceritakan permintaan Zahra kepada mereka.

"Mama...maafkan Zahra. Zahra memang tak ada niat pun nak malukan mama dan papa. Tapi ni masa depan Zahra. Kebetulan tawaran ni datang pada masa yang tak sesuai untuk Zahra kahwin. Zahra akan kahwin dengan Mika tapi bukan sekarang. Zahra kena buat pilihan mama, papa. Mama dan papa pun tahu memang ni cita-cita Zahra dari kecil kan?".

Memang anak daranya itu sangat suka melawa, berhias dari kecil lagi berbeza dengan dua orang kakaknya. Dia tak akan keluar rumah kalau tidak ditacap mukanya. Barang make-up mama la yang jadi mangsanya.
Zahra juga sangat suka menonton rancangan realiti tv. Apa-apa sahaja rancangan yang berkaitan dengan fesyen dan model dia akan tengok seperti Run Away dan Top Model.

Papanya hanya diam. Sedang memikirkan kata-kata anaknya itu. Dia juga tidak bersetuju dengan permintaan anaknya itu. Sangat mengarut!.

"Tolong la Zahra fikir semula. Mika tu sayang dengan Zahra sebab tu dia sungguh-sungguh minta mama dan papa pujuk Zahra. Dia nak kahwin dengan Zahra bukan kahwin dengan Amna. Kesian juga kat Amna.Tak pasal-pasal dia terlibat sekali". Suara mama dah tinggi. Mungkin sudah hilang sabar pada anak perempuannya itu.

"Papa cadangkan perkahwinan ini akan diteruskan. Amna yang akan gantikan Zahra. Dah lewat sangat kita nak batalkan. Semua dah book, dah bayar pun. Tunggu majlis saje". kata papa dan terus bingkas bangun kerana dia tak nak marahnya pada Zahra akan meletus.

Zahra sangat gembira dengan cadangan papanya itu. Maksudnya papa merestui niatnya untuk belajar dan jadi model tu!. Yahoooo....

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now