Bab 26

28.5K 702 4
                                    

Amna melabuhkan badannya ke atas katil yang empuk itu. Katil miliknya dan Mika.
Betul la kata Mika yang rindu pada bilik dan katil mereka. Hilang segala penat dan sengal-sengal badan setelah tiga hari di hospital walau pun duduk di bilik VIP.

Mika yang membawa beg pakaian mereka meletakkan di tepi almari juga terus melabuhkan dirinya di atas katil sebelah Amna. Matanya dipejamkan rapat sama seperti Amna. Hanya kedengaran nafas kecil mereka. Dua-dua tertidur.

'Abang..abang", panggil Amna.
"Bangun abang dah pukul 6.30 petang. Jom kita solat dulu. Lewat dah ni. Sekejap lagi dah nak Maghrib pulak", beritahu Amna pada suaminya yang sedang menggosok-gosok matanya.

"Amna pergi mandi dulu. Solat dulu. Jangan tunggu abang nanti terlepas Asar pula.
Abang mandi kat bilik Kak Long", arah Mika.
Akibat kepenatan balik dari hospital mereka sama-sama tak sedar yang sudah terlajak tidur. Nasib baik mereka Zohor dulu sebelum keluar dari hospital tadi.

Usai solat Maghrib, Amna dan Mika turun ke dapur.
"Assalamualaikum mummy,daddy", Mika dan Amna serentak memberi salam apabila mummy dan daddynya sudah menunggu mereka di meja makan.

"Waalaikumsalam. Meh sini kita makan sama-sama. Special mummy masak ni tau. Mummy buat soto", kata Datin Suhana buat anak menantunya.

"Wah!mummy tahu-tahu je selera tekak Mika ni. Dah lama mummy tak buat. Mahu menambah ni". Mika sudah tersenyum bila nampak sup soto yang masih panas di atas meja. Ada nasi impit, ayam racik dan begedil.

Mika menarik kerusi untuk Amna. Bila Amna sudah duduk dibetulkan pula kerusinya agar rapat di sebelah Amna.
Mika mengisi mangkuk Amna dengan soto. Amna melihat saja suaminya itu lincah mengisi mangkuknya. Suka dia melihat suaminya. Tak sangka pula Amna, perbuatannya itu dilihat oleh mummy dan daddy. Amna malu sendiri bila tertangkap dengan mummy dan daddy. Dato' Muzafar dan Datin Suhana hanya senyum melihat anak lelakinya Mika pandai melayan isteri mana kuah kalau tak tumpah ke nasi.

"Makan Amna. Bagi tenaga semula. Makan untuk dua orang dah ni. Tak boleh nak skip dah makan tu ye. Biar cucu mummy tu sihat", pesan mummy.

"Baik mummy. Mummy jangan risau,Amna akan makan ikut waktu", jawab Amna pula.

"Mika tolong tengok-tengokkan Amna tu. Ingatkan dia makan ubat-ubat yang doktor bekalkan tu. Penting untuk ibu dan baby", pesan mummy lagi.

"Baik mummy", jawab Mika sambil tangannya diangkat seperti buat akujanji pula gayanya.

"Assalamualikum abang Ammar".
"Waalaikumsalam".
"Abang Ammar sihat? Amna minta maaf lama dah Amna tak call abang", kata Amna.

"Abang sihat Amna. Buat apa nak minta maaf bagai ni. Bukan Amna buat salah dengan abang pun. Baru seminggu Amna tak call. Abang faham Amna sibuk kerja. Nak uruskan rumahtangga lagi. Abang sendiri pun lama tak call Amna. Abang pun minta maaf ye", kata Ammar lembut.

"Tak apa lah Abang Ammar. Abang tu pun sibuk. Selalu tak ada kat Malaysia. Amna rindu Abang Ammar. Abang datang la sini, kita boleh sembang-sembang". Kedengaran sayu suara Amna. Hanya Abang Ammar suara kandung yang dia ada.

"Adik abang ni kenapa?lain macam je bunyinya ni. Ada apa-apa Amna nak bagitahu abang?", tanya Ammar.

"Er....Abang Ammar, Amna dah mengandung".malu-Amna nak bagi tahu abangnya itu walau pun abang kandung sendiri.

"Huh! Betul ni? Abang dapat anak buah la tak lama lagi ni. Alhamdulillah. Dah bapa bulan?", tanya Ammar. Agak terkejut bila Amna memberitahunya tetapi pada masa yang sama dia tumpang gembira dengan kehamilan satu-satu adik yang dia ada.

"Baru empat minggu abang. Amna baru discharge hospital petang tadi. Amna pun baru tahu bila Amna admit dan doktor sahkan Amna hamil. Sejak seminggu Amna tak sihat. Sakit kepala,loya-loya, muntah sampai Amna pengsan", beritahu Amna.

"Abang minta maaf Amna. Masa Amna susah abang tak ada bersama Amna. Abang ni memang outstation selalu. Tak tau la sampai bila macam ni. Sampai makwe pun tak sempat nak cari", keluh Ammar

Amna ketawa di hujung talian. Kelakar dia mendengar kata-kata abangnya itu. Dia memang sudah maklum abangnya itu akan ke China atas urusan kerja selama seminggu. Kesian abangnya itu sebab terlalu sibuk tak sempat nak cari calon isteri.

"Amna faham kerja abang. Abang jangan risau. Amna ada Abang Mika, mummy, daddypun ada. Boleh jaga Amna. Abang tu kena luangkan masa juga cari bakal kakak ipar Amna. Abang tu bukan muda lagi", kata Amna.

"Bukan tak nak beristeri dik oi tapi sapa nak abang ni. Mana ada orang perempuan yang suka lelaki sibuk macam abang ni. Yang suka kena tinggal-tinggal".

"Abang tak nak buat bisness sendiri? Abang kan banyak pengalaman buat logistik. Apa kata abang buat transportations service. Amna boleh minta Abang Mika tengok-tengokkan nanti. Rasanya Abang Mika juga ada kene mengena dengan bidang ni", cadang Amna.

"Ermmm... menarik juga cadangan Amna tu. Nanti abang fikirkan semula. Abang pun tak larat dah nak travel selalu macam ni. Terima kasih Amna sebab fikir pasal abang".

"Tak ada apa lah abang. Amna risau abang tu selalu travel sampai tak sempat nak cari isteri",seloroh Amna sebelum menamatkan perbualan dengan abangnya itu.

"Sayang cakap dengan sapa tu?", tiba-tiba Mika bertanya.

"Astagfirullahalazim....terkejut Amna tau", Amna mengurut-ngurut dadanya dek kerana terkejut bila dilihat si suami sudah terpacak dibelakangnya. Masa bila suaminya masuk ke bilik pun dia tak perasan.

"Sorry...sorry..abang tak sengaja. Abang ingat Amna sedar abang masuk tadi", beritahu Mika sambil mengusap belakang Amna.

"Amna cakap dengan Abang Ammar. Bagi tahu pasal Amna. Dia baru balik dari China. Abang Ammar kirim salam pada abang".

"Waalaikumsalam. Abang Ammar sihat?".

"Dia sihat je abang. Tapi yang Amna nak tergelaknya dia mengeluh tak dapat nak cari isteri sebab sibuk",.cerita Amna.

Mika juga turut tersenyum bila terbayang wajah abang iparnya itu. Abang iparnya itu cukup pakej. Kerja bagus. Rupa pun ada. Tengok la adiknya saja..comel, wajah yang tak jemu memandang, lemah lembut. Isteri sapa lah agaknya tu. Mika terus tersenyum.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now